Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label HILANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HILANG. Papar semua catatan

23 Disember 2016

3 BULAN HILANG BARU JUMPA MAYAT


KOTA BHARU: Satu rangka manusia ditemui dalam semak di Kampung Semut Api Jalan Pantai Cahaya Bulan, dekat sini, petang tadi.

Mayat mangsa, yang dikenal pasti sebagai Nik Soh Nik Umar, 53, dijumpai kira-kira 15 meter dari basikalnya dan dipercayai meninggal dunia lebih tiga bulan lalu apabila menghilangkan diri daripada keluarganya. 

Saksi, Che Fakri Alias, 43, berkata beliau menjumpai rangka manusia itu ketika mahu mengambil lembunya yang ditambat berhampiran kawasan berkenaan. 

"Lebih kurang jam 4 petang tadi ketika mahu mengambil lembu, saya menjumpai tulang menyerupai manusia. Berdasarkan maklumat kad pengenalan pada mangsa, saya membuat laporan polis dan memaklumkan penemuan itu kepada keluarga mangsa," katanya ketika ditemui.


Sementara itu, adik mangsa, Nik Nor Mazura Nik Umar, 31, berkata beliau membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa, namun gagal menemui abangnya itu berikutan kekurangan maklumat dan gambar mangsa. 

"Arwah sering berada di Masjid Muhammadi untuk menyapu sampah serta mengambil upah mengurut di kampung ini. "Arwah menghidapi penyakit angin dan hanya pulang ke rumah lebih kurang dua hari saja dalam seminggu. 

"Namun, kami tidak menyangka arwah menemui ajal dalam keadaan demikian," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Kota Bharu, Asisten Komisioner Polis Baharom Abu, mengesahkan penemuan rangka manusia itu. "Rangka berkenaan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk bedah siasat," katanya.




Share:

19 Mei 2016

PESAWAT EGYPTAIT DI LAPORKAN TERHEMPAS DI LAUT MEDITERRANEAN


Pesawat EgyptAir yang hilang dari radar dilapor terhempas di Laut Mediterranean awal pagi Khamis, pegawai penerbangan Mesir dipetik sebagai berkata kepada AP.

Penerbangan 804, dilaporkan hilang pada 2.45 waktu tempatan ketika terbang pada ketinggian 37,999 kaki

Airbus 320 hilang 16 km selepas memasuki ruang udara Mesir, kira-kira 280km di luar pantai utara bandar pelabuhan Alexandria, Mediterranean.

Pegawai penerbangan berkata, pesawat terhempas dan carian serpihan kini sedang dijalankan.‎

"Kemungkinan pesawat terhempas adalah disahkan dan pesawat tidak mendarat di mana-mana lapangan terbang berhampiran," kata pegawai yang enggan namanya didedahkan.

Pegawai berkata, isyarat yang diterima dari pesawat dua jam selepas ia hilang dari radar dipercayi adalah isyarat kecemasan.

Pesawat dan kapal tentera Mesir mengambil bahagian dalam operasi mencari di luar pantai Mediterranean bagi mengesan pesawat.

Pesawat membawa 56 penumpang termasuk seorang kanak-kanak dan dua bayi serta 10 anak kapal dan juruterbang mempunyai rekod penerbangan 6,000 jam.

Dalam pada itu, EgyptAir berkata mereka yang berada di atas kapal termasuk 5 penumpang Perancis, 30 Mesir, seorang warga Britain, dua rakyat Iraq, seorang warga Kuwait, Arab Saudi, Sudan, Afrika, Portugis, Belgium, Algeria dan Kanada.

Akhbar Al-Ahram memetik seorang pegawai lapangan terbang sebagai berkata, juruterbang tidak menghantar panggilan kecemasan, dan sentuhan terakhir dengan pesawat itu dibuat 10 minit sebelum ia hilang dari radar.

Sementara itu, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di Paris, Presiden Perancis Francois Hollande bercakap dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah el-Sissi di telefon dan bersetuju untuk bekerjasama rapat berhubung insiden ini.
Share:

6 Mei 2016

TERKINI!! OPS SAR TEMUI SATU MAYAT WANITA TERAPUNG


Jam 12 tengah hari tadi pasukan mencari dan menyelamat telah menjumpai satu mayat wanita yang masih belum di kenal pasti identitinya.

Mayat itu di jumpai berhampiran dengan serpihan pesawat di sekitar sungai tempat. Setakat ini mangsa-mangsa yang lain masih belum di jumpai.
Share:

TERKINI!! PASUKAN MENCARI DAN MENYELAMAT MENJUMPAI SERPIHAN HELIKOPTER DAN SATU MAYAT


Imej serpihan yang di percayai pesawat terlibat di jumpai oleh Pasukan SAR 930 di Sebuyau. Pengesahan akan dibuat oleh DCA.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) telah menemui serpihan pesawat dipercayai milik helicopter Eurocopter AS350 yang dilaporkan hilang, petang semalam.

Menurut beliau maklumat penemuan itu diterima pada jam 9.50 pagi tadi.

"Sebahagian pintu, dinding pesawat dan beberapa bahgian lain telah dijumpai. Pasukan SAR akan berusaha mencari badan utama helikopter tersebut," katanya pada sidang media.

Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu berlepas dari Betong pada 4.12 petang dalam penerbangan ke Kuching sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan dan hilang 20 minit kemudian.

Dalam pada itu, Najib berkata, kawasan penemuan bersebelahan Sungai Batang Lupar dan ini menyukarkan operasi namun segala aset yang ada akan digunapaki dalam operasi ini.

Helikopter yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya itu ialah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon dan suami, Asmuni Abdullah serta Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Penumpang lain ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Sundaran Ann Amalai serta pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri. Pesawat itu dilaporkan diterbangkan oleh Kapten Rudolf Rex Ragas.

TERKINI!!

Jam 12 tengah hari tadi pasukan penyelamat telah menjumpai satu mayat wanita yang masih belum di kenal pasti identitinya.

Mayat itu di jumpai 15 kilometer dari serpihan pesawat yang ditemui oleh pasukan SAR Malaysia.

Setakat ini mangsa-mangsa yang terlibat masih belum ditemui.
Share:

TERKINI!! HELIKOPTER DI NAIKI VVIP HILANG DALAM RADAR MASIH BELUM DIJUMPAI


Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang dari radar. Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.     

"Helikopter itu berlepas dari Betong jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang," katanya.

DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat. Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.


Pasukan bertindak ditubuhkan
Pasukan bertindak diketuai PDRM dengan kerjasama agensi lain ditubuhkan segera untuk cari helikopter hilang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

JBPM Sarawak bersedia
Lakukan perincian lokasi. Sementara itu Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Norhisham Mohamad berkata, pihaknya telah meletakkan seluruh pasukan penyelamat dalam keadaan siap siaga penuh.

Pihaknya sedang melakukan perincian lokasi terakhir helikopter berkenaan dikesan di kawasan Sebuyau, sebelum menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR).

Antara yang digerakkan termasuklah pasukan khas menyelamat STORM. SAR kesan pesawat dikerah. Usaha sedang dijalankan untuk mengesan helikopter yang hilang di Sarawak.

PENGESAHAN TERKINI!!


Polis mengesahkan helikopter yang membawa Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon bersama lima yang lain termasuk juruterbang yang dilaporkan hilang petang tadi, masih belum dijumpai.



Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata, pihaknya yang menerima laporan mengenai kejadian itu daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) pada pukul 8.20 malam tadi telah menggerakkan sepasukan anggota ke beberapa lokasi untuk menjalankan operasi pencarian.



Beliau turut menafikan dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang mendakwa helikopter tersebut dijumpai di Sri Aman.



“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima maklumat dengan menggerakkan satu batalion Pasukan Gerakan Am (PGA) ke Sri Aman, Simunjan dan Betong.



“Selain itu, agensi lain iaitu masing-masing 30 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut bergerak ke lokasi bagi memulakan pencarian seawal pukul 6 pagi ini.



“Seramai 13 Pasukan Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) turut bergerak ke lokasi bagi melakukan operasi pencarian pagi nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini malam semalam.



Helikopter jenis ASO 350 bernombor pendaftaran RP-C6828 itu dilaporkan hilang dari radar pada pukul 4.32 petang selepas berlepas dari Betong pada pukul 4.12 petang dan dijadual tiba di sini kira-kira pukul 5 petang.

Share:

31 Disember 2015

DI MANAKAH NUR AMIRAH ATIRAH??


Polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejaki dan mengesan lokasi seorang gadis berusia 14 tahun yang dilaporkan diculik di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, dekat sini, Ahadlalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Samah Mat berkata, tindakan tersebut diambil berikutan satu laporan polis yang dibuat ibu kepada Nur Amirah Atirah Abdul Majid selepas menyedari anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah.

Gadis berkenaan sebelum itu dilaporkan bertemu rakannya kira-kira pukul 7.00 malam pada hari kejadian.

Menurut beliau, pada masa itu, mangsa juga dikatakan masih boleh dihubungi oleh ibunya menerusi telefon bimbit dan mangsa memaklumkan bahawa dia keluar untuk berjumpa rakannya.

“Namun, kira-kira pukul 7.30 malam semalam, ibu mangsa telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa dia dilarikan oleh dua lelaki yang tidak dikenali semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Remaja tersebut juga memberitahu bahawa dia telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Abdul Samah memberitahu, susulan itu, satu lagi laporan polis dibuat oleh bapa mangsa semalam.

“Siasatan dan operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis dan kes ini diklasifikasikan sebagai culik di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Abdul Samah turut meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut.

“Orang ramai juga diminta menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintenden Burhanuddin Mustafa di talian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Tarmizi Umar di talian 013-3430150,” tegasnya.

Semalam, seorang remaja perempuan yang diculik sempat menelefon kakaknya menceritakan dia sedang dalam perjalanan untuk dijual bersama beberapa gadis lain.

Nur Amirah Atirah dipercayai telah membuat panggilan selama tiga minit 43 saat dan berkali-kali merayu meminta bantuan sebelum perbualan itu terputus.

Dalam perbualan itu juga, dia sempat menceritakan diculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran kereta kerana telah ditutup dengan kain dan tidak sedar.

Menerusi perbualan itu juga dia memberitahu turut melihat papan tanda ke Johor Bahru. Difahamkan ibunya, Asmah Mamai juga mencari anak gadisnya itu di kawasan berhampiran dan cuba menghubungi mangsa namun gagal setelah tidak pulang ke rumah sehingga pukul 10 malam.

Rakaman perbualan antara mangsa dan keluarganya dalam keadaan mencemaskan itu tersebar di media sosial.

Share:

9 Oktober 2015

FOTO KANAK-KANAK ORANG ASLI DI JUMPAI LEMAH DALAM HUTAN

GUA MUSANG: Selepas penemuan dua rangka pada semalam dan kelmarin, Pasukan Mencari dan Menyelamat hari ini berjaya menemui dua anak Orang Asli yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi yang selamat.

Mangsa, Mirsudiar Aluj, 11 dan Noreen Yacob, 10, ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan tentera yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

Menurut Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kelantan, Nik Man Nik Ya, mereka ditemui sekitar jam 11 pagi Jumaat di kawasan pencarian.

''Dua ditemui hidup dan pihak Tentera Darat telah beri rawatan awal di SK Pos Tohoi pagi tadi. Mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,'' katanya di sini, hari ini.

ambahnya, pasukan mencari juga menemui satu mayat yang belum dikenal pasti bersama dua murid berkenaan.

''Semalam kita jumpa dua mayat dan hari ini kita jumpa satu lagi mayat menjadikan jumlah keseluruhan yang dijumpai setakat ini adalah lima orang termasuk dua yang hidup,'' ujarnya.

Nik Man memberitahu, usaha kini diteruskan bagi mencari dua lagi murid yang masih hilang.

Dua murid yang ditemui itu kemudiannya di bawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut sementara mayat yang ditemui bersama mereka dihantar ke unit forensik untuk proses suai kenal.

ujuh murid Orang Asli berusia antara 7 hingga 11  tahun dilaporkan hilang sejak 23 Ogos lalu selepas melarikan diri kerana bimbang akan dimarahi guru selepas mandi sungai tanpa kebenaran.





Share:

15 Mac 2015

EMPAT HARI HILANG, RUPANYA TERJATUH DALAM LONGKANG


Kuala Kangsar: Seorang lelaki warga emas terpaksa bermalam di dalam longkang selama empat hari dalam keadaan kesakitan tanpa disedari orang ramai selepas terbabit kemalangan motosikal.

Dalam kejadian Selasa lalu, Sharif Mat, 87, terperangkap di dalam longkang dipenuhi air sedalam lima meter selepas terjatuh di Kampung Chuar Hilir di sini.

Mangsa bagaimanapun berjaya ditemui penduduk kampung dalam longkang berhampiran kediaman mangsa yang berada kira-kira 100 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong di sini, kira-kira jam 7 petang kelmarin.

Sharif berkata, dia menderita kesejukan selain lapar sepanjang terperangkap di dalam longkang itu.
Banyak kali saya menjerit meminta tolong tetapi tiada siapa yang perasan saya berada di dalam longkang, katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli makanan di kedai berhampiran.

Sumber Harian Metro

Share:

30 Disember 2014

GAMBAR TERAKHIR PRAMUGARI AIRASIA INDONESIA DI DALAM PESAWAT


Pramugari AirAsia Indonesia, Khairunisa Haidar Fauzi, 22, sempat memuat naik foto profil Blackberry Messengernya (BBM) yang memperlihatkan sayap pesawat itu sedang melalui sebuah kawasan lautan.

Memetik laporan berita Tribunsumsel.com, perkara itu disedari keluarga dan rakan Khairunisa atau lebih dikenali sebagai Nisa ketika melihat foto profil di BBM milik gadis yang berasal dari Palembang itu.

Menurut seorang temannya, keluarga dan rakan Nisa tertanya mengenai perihal foto profil Nisa yang terakhir itu kerana Nisa tidak pernah memuat naik foto profil berkenaan.

“Biasanya dia akan memuat naik foto sama ada dirinya seorang atau dia dan juga teman lelakinya. Tetapi kita tertanya apakah maksud profil terakhir Nisa itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Nisa,” kata temannya.

Foto itu juga tidak menunjukkan tanda bahawa pesawat itu meluncur menuju ke arah laut.Sementara itu, Khairunisa dijadualkan akan pulang ke kampung halaman di Palembang pada minggu hadapan.

Menurut ibunya, Rohana, anaknya itu akan pulang di kediamannya di Jalan Pipa, Kelurahan Pipa Reja, Kecamatan Kemuning pada 6 Januari hadapan selepas kali terakhir pulang bulan lalu.

“Rancangannya adalah, Nisa akan pulang ke Palembang pada 6 Januari depan dan tiket juga sudah dibeli,” katanya.

Tambahnya lagi, komunikasi terakhir antara anaknya itu dengannya adalah malam sebelum kejadian itu.

Share:

23 November 2014

BUDAK 3 TAHUN DIBUNUH JIRAN KERANA KERAP MEMBUAT BISING

BEAUFORT: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon di sini, pagi kelmarin, ditemui mati dipercayai dibunuh.

Mayat Mohd Shariqal Sidek, ditemui pada jam 2.15 petang tadi berhampiran Sekolah Menengah St John di sini, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Difahamkan, penemuan mayat kanak-kanak itu susulan soal siasat dijalankan oleh polis terhadap seorang suspek yang juga jiran kepada mangsa.Dari hasil soal siasat polis terhadap suspek, mangsa dibunuh kerana selalu membuat bising di kediamannya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.

Dalam kejadian pagi kelmarin, Mohd Shariqal dikatakan kali terakhir dilihat bermain bersama dua abangnya di kawasan berhampiran kebun getah tidak jauh dari rumahnya di Kampung Selagon.

Ahli keluarga yang menyedari kehilangannya kira-kira jam 7 pagi, meminta bantuan jiran untuk mencari mangsa sebelum membuat laporan polis.

Berikutan itu, polis menjalankan operasi mencari kanak-kanak itu dengan bantuan bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung.


Suspek dikatakan berang diejek..

Beaufort: Suspek pembunuhan kanak-kanak Mohd Shahriqal Sidek, 3, mengaku menampar mangsa berulang kali sehingga pengsan sebelum mencampaknya ke anak sungai di Kampung Jempangah, Beaufort, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata demikian ketika dihubungi, di sini, hari ini.

"Hasil siasatan awal, suspek berusia 30 tahun itu mengaku bertindak demikian pada Jumaat lalu termasuk mencampaknya ke anak sungai berhampiran Sekolah Menengah St John, kira-kira 7 kilometer dari lokasi kanak-kanak itu hilang.

"Suspek memberitahu mangsa yang kerap mengejeknya sebelum ini menyebabkan lelaki itu berang lalu bertindak menyerang mangsa," katanya.

Suspek kini direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.


Share:

11 November 2014

PERLU SIASAT KELUARGA ANGKAT SUSULAN 4 KANAK-KANAK LARI DARI RUMAH


Empat kanak-kanak yang ditemui merayau-rayau di sebuah restoran di Sibu Jaya petang Sabtu lalu difahamkan keluar dari rumah tanpa kebenaran, bukannya dihalau ibu bapa angkat mereka sebagaimana yang tersebar dan menjadi viral di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kodri berkata, ibu angkat mangsa berusia 32 tahun yang tinggal di Taman Kristal, di sini, membuat laporan polis Ahad lalu memaklumkan empat anak angkatnya berusia dua hingga tujuh tahun tiada di rumah.

Katanya, semua kanak-kanak itu ditinggalkan di rumah sebelum wanita berkenaan keluar, tetapi sebaik pulang mendapati mereka tiada di rumah dengan mangga kunci jeriji dipecahkan.

"Hasil siasatan awal bersama ibu angkat kanak-kanak itu, dia mengesahkan tiga kanak-kanak berusia dua, enam dan tujuh tahun itu diambil sebagai anak angkat daripada saudaranya pada awal tahun lalu, manakala seorang lagi yang berusia tujuh tahun diambil sejak lahir.

"Wanita itu memaklumkan, ketika dia keluar, anak angkatnya ditinggalkan di rumah dengan jeriji dikunci dengan mangga. Mereka ditinggalkan tanpa penjaga, namun semua keperluan seperti makanan disediakan," katanya.

Share:

6 Oktober 2014

TERKINI !! BOT TEMPUR TLDM GHAIB KETIKA RONDAAN DI SABAH

SABAH: Tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan dengan menaiki bot tempur jenis CB90 bernombor panji CB204 terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi.


Sehingga kini bot berkenaan masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dilaksanakan termasuk bantuan dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Serang.

Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus.

Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan.

Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.


Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun twitternya, mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan anggota terbabit.

CB90 adalah antara aset terpenting milik TLDM kerana kemampuannya untuk tiba ke lokasi sasar dalam masa terpantas.

Bot tempur itu juga boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.

Bot ini turut digunakan oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh.


LAPORAN TERKINI!!
Bot tempur CB204 dipercayai masih selamat - Tan Sri Abdul Aziz


Bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilaporkan hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah dipercayai masih selamat biarpun usaha mencari dan menyelamat (SAR) berdepan cabaran cuaca buruk.

Perkara tersebut dimaklumkan Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi Astro Awani sebentar tadi.

“Kami yakin bot tersebut masih selamat kerana keupayaannya iaitu ia memiliki ciri kestabilan apungan yang tinggi,” ujar beliau yang menambah bahawa operasi SAR pada hari kedua menyaksikan penglibatan 6 buah kapal dan 3 buah pesawat.

Empat kapal TLDM yang dikerahkan dalam operasi tersebut  ialah kapal diraja (KD) Lekiu, KD Paus, KD Serang, KD Ganas dan sebuah helikopter jenis Super Lynx. Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan kapal KM Mabul dan KM Berani serta sebuah helikopter jenis AgustaWestland AW139 manakala aset TUDM, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T.

"Kami menerima maklumat terkini daripada pelantar minyak ERB West milik Petronas, bahawa mereka ternampak kelibat sebuah bot di lokasi pantai Barat Sabah iaitu kira 20 batu nautika dari Pulau Mengalum pada pagi ini.

"Kami telah mengarahkan pesawat Super Lynx dan kapal KD Lekiu untuk menyiasat," ujar Abdul Aziz.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI