Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

31 Disember 2015

DI MANAKAH NUR AMIRAH ATIRAH??


Polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejaki dan mengesan lokasi seorang gadis berusia 14 tahun yang dilaporkan diculik di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang, dekat sini, Ahadlalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Samah Mat berkata, tindakan tersebut diambil berikutan satu laporan polis yang dibuat ibu kepada Nur Amirah Atirah Abdul Majid selepas menyedari anak perempuannya itu tidak pulang ke rumah.

Gadis berkenaan sebelum itu dilaporkan bertemu rakannya kira-kira pukul 7.00 malam pada hari kejadian.

Menurut beliau, pada masa itu, mangsa juga dikatakan masih boleh dihubungi oleh ibunya menerusi telefon bimbit dan mangsa memaklumkan bahawa dia keluar untuk berjumpa rakannya.

“Namun, kira-kira pukul 7.30 malam semalam, ibu mangsa telah menerima panggilan telefon daripada anaknya itu yang memberitahu bahawa dia dilarikan oleh dua lelaki yang tidak dikenali semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.

“Remaja tersebut juga memberitahu bahawa dia telah dibawa ke sebuah gudang dengan menaiki sebuah van warna putih,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Abdul Samah memberitahu, susulan itu, satu lagi laporan polis dibuat oleh bapa mangsa semalam.

“Siasatan dan operasi untuk mengesan remaja tersebut sedang giat dijalankan oleh pihak polis dan kes ini diklasifikasikan sebagai culik di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Abdul Samah turut meminta kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang boleh menggugat keselamatan remaja tersebut.

“Orang ramai juga diminta menyalurkan sebarang maklumat yang boleh membantu siasatan polis kepada mana-mana balai polis yang berhampiran atau hubungi terus Pegawai Penyiasat Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintenden Burhanuddin Mustafa di talian 019-3829212 atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Ahmad Tarmizi Umar di talian 013-3430150,” tegasnya.

Semalam, seorang remaja perempuan yang diculik sempat menelefon kakaknya menceritakan dia sedang dalam perjalanan untuk dijual bersama beberapa gadis lain.

Nur Amirah Atirah dipercayai telah membuat panggilan selama tiga minit 43 saat dan berkali-kali merayu meminta bantuan sebelum perbualan itu terputus.

Dalam perbualan itu juga, dia sempat menceritakan diculik menggunakan sebuah van berwarna putih namun tidak sempat melihat nombor pendaftaran kereta kerana telah ditutup dengan kain dan tidak sedar.

Menerusi perbualan itu juga dia memberitahu turut melihat papan tanda ke Johor Bahru. Difahamkan ibunya, Asmah Mamai juga mencari anak gadisnya itu di kawasan berhampiran dan cuba menghubungi mangsa namun gagal setelah tidak pulang ke rumah sehingga pukul 10 malam.

Rakaman perbualan antara mangsa dan keluarganya dalam keadaan mencemaskan itu tersebar di media sosial.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI