Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

6 Oktober 2014

TERKINI !! BOT TEMPUR TLDM GHAIB KETIKA RONDAAN DI SABAH

SABAH: Tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berpangkalan di Sepanggar yang dalam perjalanan ke Stesen Uniform berdekatan Pulau Layang-Layang, Labuan dengan menaiki bot tempur jenis CB90 bernombor panji CB204 terputus hubungan, jam 11.00 pagi tadi.


Sehingga kini bot berkenaan masih belum ditemui dan usaha mencari sedang giat dilaksanakan termasuk bantuan dari Kapal Diraja (KD) Lekiu dan KD Serang.

Difahamkan bot CB204 dipercayai berlepas dari pangkalan TLDM Sepanggar ke Stesen Uniform pada jam 5 pagi bersama KD Paus.

Ketika tiba di lokasi kejadian kira-kira 23 batu nautika di Pulau Mengalom, keadaan laut bergelora dan KD Paus membuat panggilan pada jam 10.35 pagi ke pusat operasi di pangkalan TLDM untuk berpatah balik berikutan cuaca tidak mengizinkan.

Bagaimanapun, CB204 gagal dikesan dan hilang dari pemantauan KD PAUS sebelum terputus hubungan pada jam 1.05 petang.


Sementara itu, Panglima TLDM Laksamana Datuk Seri Abdul Aziz Jaafar menerusi akaun twitternya, mengesahkan kejadian itu dan meminta orang ramai mendoakan keselamatan anggota terbabit.

CB90 adalah antara aset terpenting milik TLDM kerana kemampuannya untuk tiba ke lokasi sasar dalam masa terpantas.

Bot tempur itu juga boleh beroperasi di kawasan air cetek sama ada lautan mahupun sungai atau tasik.

Bot ini turut digunakan oleh TLDM di kawasan-kawasan sensitif termasuk di Sabah bagi menangani sebarang pencerobohan musuh.


LAPORAN TERKINI!!
Bot tempur CB204 dipercayai masih selamat - Tan Sri Abdul Aziz


Bot tempur Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang dilaporkan hilang sejak pagi Ahad di perairan Pulau Mengalum, Sabah dipercayai masih selamat biarpun usaha mencari dan menyelamat (SAR) berdepan cabaran cuaca buruk.

Perkara tersebut dimaklumkan Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar ketika dihubungi Astro Awani sebentar tadi.

“Kami yakin bot tersebut masih selamat kerana keupayaannya iaitu ia memiliki ciri kestabilan apungan yang tinggi,” ujar beliau yang menambah bahawa operasi SAR pada hari kedua menyaksikan penglibatan 6 buah kapal dan 3 buah pesawat.

Empat kapal TLDM yang dikerahkan dalam operasi tersebut  ialah kapal diraja (KD) Lekiu, KD Paus, KD Serang, KD Ganas dan sebuah helikopter jenis Super Lynx. Aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan kapal KM Mabul dan KM Berani serta sebuah helikopter jenis AgustaWestland AW139 manakala aset TUDM, sebuah pesawat jenis Beechcraft B200T.

"Kami menerima maklumat terkini daripada pelantar minyak ERB West milik Petronas, bahawa mereka ternampak kelibat sebuah bot di lokasi pantai Barat Sabah iaitu kira 20 batu nautika dari Pulau Mengalum pada pagi ini.

"Kami telah mengarahkan pesawat Super Lynx dan kapal KD Lekiu untuk menyiasat," ujar Abdul Aziz.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI