Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

23 November 2014

BUDAK 3 TAHUN DIBUNUH JIRAN KERANA KERAP MEMBUAT BISING

BEAUFORT: Kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang hilang ketika bermain di kawasan kebun getah di Kampung Selagon di sini, pagi kelmarin, ditemui mati dipercayai dibunuh.

Mayat Mohd Shariqal Sidek, ditemui pada jam 2.15 petang tadi berhampiran Sekolah Menengah St John di sini, kira-kira tujuh kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Difahamkan, penemuan mayat kanak-kanak itu susulan soal siasat dijalankan oleh polis terhadap seorang suspek yang juga jiran kepada mangsa.Dari hasil soal siasat polis terhadap suspek, mangsa dibunuh kerana selalu membuat bising di kediamannya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Beaufort untuk bedah siasat.

Dalam kejadian pagi kelmarin, Mohd Shariqal dikatakan kali terakhir dilihat bermain bersama dua abangnya di kawasan berhampiran kebun getah tidak jauh dari rumahnya di Kampung Selagon.

Ahli keluarga yang menyedari kehilangannya kira-kira jam 7 pagi, meminta bantuan jiran untuk mencari mangsa sebelum membuat laporan polis.

Berikutan itu, polis menjalankan operasi mencari kanak-kanak itu dengan bantuan bomba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan penduduk kampung.


Suspek dikatakan berang diejek..

Beaufort: Suspek pembunuhan kanak-kanak Mohd Shahriqal Sidek, 3, mengaku menampar mangsa berulang kali sehingga pengsan sebelum mencampaknya ke anak sungai di Kampung Jempangah, Beaufort, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Mustaffa Maarof Mustaffa berkata demikian ketika dihubungi, di sini, hari ini.

"Hasil siasatan awal, suspek berusia 30 tahun itu mengaku bertindak demikian pada Jumaat lalu termasuk mencampaknya ke anak sungai berhampiran Sekolah Menengah St John, kira-kira 7 kilometer dari lokasi kanak-kanak itu hilang.

"Suspek memberitahu mangsa yang kerap mengejeknya sebelum ini menyebabkan lelaki itu berang lalu bertindak menyerang mangsa," katanya.

Suspek kini direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan.


Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI