Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label PRAMUGARI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRAMUGARI. Papar semua catatan

30 Disember 2014

GAMBAR TERAKHIR PRAMUGARI AIRASIA INDONESIA DI DALAM PESAWAT


Pramugari AirAsia Indonesia, Khairunisa Haidar Fauzi, 22, sempat memuat naik foto profil Blackberry Messengernya (BBM) yang memperlihatkan sayap pesawat itu sedang melalui sebuah kawasan lautan.

Memetik laporan berita Tribunsumsel.com, perkara itu disedari keluarga dan rakan Khairunisa atau lebih dikenali sebagai Nisa ketika melihat foto profil di BBM milik gadis yang berasal dari Palembang itu.

Menurut seorang temannya, keluarga dan rakan Nisa tertanya mengenai perihal foto profil Nisa yang terakhir itu kerana Nisa tidak pernah memuat naik foto profil berkenaan.

“Biasanya dia akan memuat naik foto sama ada dirinya seorang atau dia dan juga teman lelakinya. Tetapi kita tertanya apakah maksud profil terakhir Nisa itu mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat Nisa,” kata temannya.

Foto itu juga tidak menunjukkan tanda bahawa pesawat itu meluncur menuju ke arah laut.Sementara itu, Khairunisa dijadualkan akan pulang ke kampung halaman di Palembang pada minggu hadapan.

Menurut ibunya, Rohana, anaknya itu akan pulang di kediamannya di Jalan Pipa, Kelurahan Pipa Reja, Kecamatan Kemuning pada 6 Januari hadapan selepas kali terakhir pulang bulan lalu.

“Rancangannya adalah, Nisa akan pulang ke Palembang pada 6 Januari depan dan tiket juga sudah dibeli,” katanya.

Tambahnya lagi, komunikasi terakhir antara anaknya itu dengannya adalah malam sebelum kejadian itu.

Share:

30 November 2014

GARA-GARA `TAYANG BADAN` PRAMUGARI DI PECAT

Seorang pramugari di pecat selepas tindakannya "menayangkan" tubuhnya di dalam sebuah video muzik.

Zuhal Sengul 31, menimbulkan kemarahan majikanya iaitu Turkish Airlines apabila dia mengambil bahagian dalam sesi fotoshot dan penggambaran dengan hanya berpakaian seksi termasuk menggunakan korset ketat dengan gaya ala ala gotik.

Didalam video itu juga Zuhal didapati bertatu dan mengenakan pakaian pantai iaitu bikini dan menyebabkan syarikat penerbangan itu memecatnya.



Pekerja di dalam sektor perkhidmatan dinasihati memakai mekap serba sederhana yang kemas dan berwarna pastel.Presiden kesatuan pekerja syarikat penerbangan itu turut mengakui Turki semakin konservatif dan mengamalkan adab Islam.




Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI