Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

8 Oktober 2016

BAYI DEMAM TEMUI AJAL SELEPAS DI BERI SUNTIKAN KEDUA


KEDAH : “Selepas jururawat memberikan suntikan terakhir, saya perasan perubahan ketara kepada anak yang dipangku apabila bibirnya tiba-tiba menjadi biru dan badan terkulai.

“Dalam keadaan cemas itu, saya terus mendapatkan doktor sebelum diminta keluar dari wad kecemasan kerana mereka mahu memasukkan tiub pernafasan dalam mulut anak,” kata Mariyati Ismail, 37, ibu kepada Ahmad Akif Rayqal, bayi lelaki berusia 14 bulan yang meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, Rabu lalu.

Ibu kepada empat anak itu berkata, pada mulanya, dia dan suami, Zaidi Mahadzir, 42, membawa anaknya untuk rawatan di sebuah klinik kerana demam pada 4 Oktober lalu sebelum doktor mengeluarkan surat untuk merujuknya ke HSB berikutan klinik berkenaan tidak menerima kes kanak-kanak.

Menurutnya, ketika di HSB, anaknya diberikan bantuan oksigen dua kali hingga pernafasannya kembali pulih.

“Namun, kira-kira jam 9.30 malam, anak saya dimasukkan ke zon merah selepas doktor mengesan terdapat masalah pernafasan seperti berkahak.

“Anak saya kemudian diberikan ubat dua kali melalui tiub yang dipasang pada tangannya.

“Kira-kira jam 11.30 malam, seorang jururawat menyuntik ubat kepada anak, namun ketika itu dia masih aktif dan minum susu,” katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Taman Bersatu, Kuala Kedah, kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, dia terkejut apabila anaknya tiba-tiba berada dalam keadaan kritikal selepas jururawat memberikan suntikan kedua sebelum bergegas mendapatkan doktor.

“Saya kemudian diarahkan keluar dari wad kecemasan dengan alasan kerana doktor mahu melakukan rawatan.

“Kira-kira sejam kemudian, doktor memanggil saya dan memberitahu anak akan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Paediatrik (PICU),” katanya.

Menurutnya, jam 10.45 pagi Rabu lalu, dia mendapat tahu anaknya meninggal dunia.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, pihaknya termasuk Ketua Pengarah Kesihatan sedia maklum dengan kes itu dan masih melakukan siasatan lanjut.

“Jabatan Kesihatan negeri dan pihak pengurusan HSB sudah mengambil maklum berhubung kes berkenaan. Siasatan bagi mengenal pasti punca kematian bayi berkenaan sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil hasil daripada siasatan itu nanti,” katanya.

AL-FATIHAH..
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI