Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label BUANG BAYI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUANG BAYI. Papar semua catatan

24 Julai 2017

BUANG BAYI DALAM PERIGI


MELAKA : Seorang bayi lelaki berusia enam hari ditemui meninggal dunia dipercayai dibunuh, di dalam sebuah perigi sedalam lebih enam meter di belakang kediaman mereka di Kampung On Lok, Batang Melaka, Jasin malam tadi.

Susulan penemuan mayat bayi tersebut, pihak polis kemudian menahan enam suspek termasuk ibu dan bapa bayi berkenaan serta empat lagi ahli keluarga mereka yang tinggal di kediaman sama bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu yang memaklumkan kejadian itu berkata, mayat bayi yang masih berbalut kain lampin putih dan sempurna sifat itu ditemui orang awam sebelum dikeluarkan dari perigi berkenaan dengan bantuan anggota Bomba dan Penyelamat Balai (BBP) Jasin Bistari, kira-kira jam 10.30 malam tadi.

Ujar Arshad, bayi itu pada awalnya dilaporkan hilang jam 7.45 malam Sabtu lalu oleh bapa mangsa yang hadir ke Balai Polis Batang Melaka.

Berdasarkan laporan yang dibuat, kali terakhir bayi berkenaan dilaporkan dilihat sedang tidur di dalam bilik bersama ibunya pada jam 6.30 petang Sabtu lalu.

Jelasnya, susulan laporan itu, siasatan lanjut dilakukan berikut wujud keraguan mengenai kesahihan kehilangan bayi itu.

“Pihak polis Jasin semalam 22hb, sekitar 7 malam kita telah terima, satu laporan polis  dari seorang lelaki yang mengatakan bayinya berusia enam hari telah hilang di kediamannya.

“Ekoran laporan kita terima, polis menjalankan siasatan terperinci memandangkan terdapat keraguan tentang kesahihan cara bayi ini hilang, maka siasatan berterusan. Peringkat itu kita klasifikasikan sebagai orang hilang tetapi selepas maklumat diperolehi tadi kita dapat maklumat penemuan mayat seorang bayi lelaki dalam kes ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian malam tadi.

Mengulas lanjut beliau berkata, sejurus menerima maklumat daripada jiran yang mengesyaki terdapat mayat bayi di dalam perigi di belakang rumah keluarga mangsa, pihak polis termasuk pasukan forensik  kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

Sejurus tiba, pihak polis menjumpai mayat bayi lelaki malang itu di dalam perigi yang masih digunakan itu dan disyaki ada kaitan dengan kes orang hilang yang dilaporkan di daerah itu pada 22 Julai lalu.

Jelasnya, berdasarkan laporan awal, kes tersebut diklasifikasikan sebagai orang hilang, bagaimanapun sususlan penemuan mayat bayi tersebut, keenam-enam suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mayat bayi malang tersebut kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.
Share:

30 Mac 2017

GILA BETUL TANAM BAYI HIDUP HIDUP!


Penduduk sebuah kampung di India menyelamatkan seorang bayi baru lahir selepas dia ditemui ditanam hidup-hidup.

Bayi perempuan itu yang dipercayai berusia kurang enam jam ditemui seorang kanak-kanak di Jajpur di negeri Odisha selepas dia ternampak kaki mangsa terjulur keluar dari tanah, Sabtu lalu.

Dalam video yang di rakam, kanak-kanak terbabit sedang berusaha mengorek tanah dan menarik keluar bayi terbabit yang masih bernyawa. Mangsa dihantar ke hospital sebaik berjaya diselamatkan.

Ketua pegawai perubatan daerah Jajpur, Fanindra Kumar Panigrahi berkata, kanak-kanak itu dilahirkan cukup sifat dan normal.

“Tali pusatnya masih bercantum dan dia masih dilitupi verniks,” katanya.
Share:

17 September 2016

TERGAMAK BUAT BAYI SAMPAI MACAM TU..


Seorang lelaki terkejut apabila menemui mayat bayi yang sudah busuk dan berulat ketika sedang memunggah tong sampah berhampiran kafeteria Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, pada pagi Sabtu.

Pekerja pembersihan di hospital tersebut Nor Hanizam Idris, 46, berkata dia menemukan mayat bayi itu selepas bungkusan plastik yang berada di atas tong sampah terjatuh ke atas lantai.

Katanya, semasa kejadian kira-kira pukul 10.55 pagi itu, dia sedang melakukan kerja-kerja pembersihan bersama rakannya.

"Semasa saya sedang memunggah sampah antara tiga buah tong, terdapat satu bungkusan plastik telah terjatuh ke atas lantai dari salah sebuah tong itu.

"Saya terkejut apabila melihat objek yang terkeluar dari bungkusan itu menyerupai bayi dan sejurus selepas memeriksanya, saya dapati objek tersebut merupakan mayat bayi yang cukup
sifat namun telah busuk dan berulat," katanya ketika ditemui di sini pada petang Sabtu.

Tambahnya,beliau pada mulanya tidak pasti dengan objek yang dijumpainya kerana saiz bayi itu yang masih kecil.

"Selepas rakan-rakan mengatakan objek itu adalah mayat bayi, saya terus bergegas membuat laporan polis di pondok polis hospital," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, sejurus menerima maklumat, pihaknya ke lokasi penemuan  mayat itu yang terletak di luar bangunan kafeteria hospital tersebut.

Katanya, mayat bayi itu belum dikenal pasti jantina dan bangsanya dan telah dihantar ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat pada Isnin ini.

Sementara itu, beliau berkata seorang pengawal keselamatan hospital memaklumkan bahawa dia ada ternampak seorang lelaki dan wanita bertengkar berhampiran tempat mayat itu dijumpai pada pagi Isnin lepas.

Sum berkata pihaknya sedang mengesan saksi-saksi yang melihat kejadian itu dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.
Share:

26 Februari 2016

TERJUMPA BAYI MENGGIGIL KESEJUKAN DAN DI HARUNG SEMUT TEPI MASJID


Seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan tanpa pakaian dan menggigil kesejukan di tepi  longkang berhampiran Masjid Darul Ehsan di SS15, di sini, pagi tadi.

Mangsa yang dikerumuni semut dan masih bertali pusat ditemui seorang tukang cuci warga Indonesia yang bekerja di kolej swasta berdekatan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Senior Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya menerima panggilan kira-kira jam 7.20 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan penemuan bayi tersebut.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat seorang bayi dipercayai baru dilahirkan ditinggalkan di tepi jalan belakang kawasan masjid.
Menurutnya, tukang cuci berusia 41 tahun  memaklumkan terdengar tangisan bayi dan cuba mencari arah bunyi sebelum menemui mangsa.

Hasil siasatan awal, bayi seberat 1.78 kilogram ditemui dengan sehelai kain sarung berkemungkinan dilahirkan tidak cukup bulan.

Terdapat kesan luka dan calar pada kaki kirinya dipercayai terkena batu, ketika ditemui bayi tersebut dalam keadaan sejuk dan menggigil.

“Mangsa sudah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil,”katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah dihubungi untuk tindakan lanjut.

Tiada suspek dikenal pasti dan siasatan masih diteruskan dan kes disiasat bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Share:

29 Oktober 2015

SI IBU BUANG BAYI DALAM MESIN BASUH


JERAI 28 Okt. – Seorang pesawah terkejut apabila menjumpai bayi perempuan yang masih hidup di dalam mesin basuh di rumahnya di Kampung Ulu Dulang Kecil di sini semalam.

Pesawah tersebut, Zainol Hamid, 71, berkata, sewaktu kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu dia sedang berehat di dalam bilik sambil menonton televisyen.

Katanya, dia kemudian menuju ke bilik air yang terletak di bahagian belakang rumahnya kerana ingin membuang air kecil.

Tiba-tiba saya terdengar bunyi suara tangisan bayi berdekatan dengan saya. Saya sangka bunyi hantu.

“Tetapi bunyi tangisan tersebut semakin kuat datang dari arah mesin basuh berhampiran tandas dan saya sangat terkejut apabila ternampak seorang bayi yang masih bertali pusat di dalam mesin basuh tersebut,” katanya ketika ditemui di Kampung Ulu Dulang di sini hari ini.

Menurutnya, dia mengesyaki bayi tersebut diletakkan di dalam mesin basuh oleh seseorang memandangkan pintu dapur di bahagian belakang rumahnya itu tidak berkunci.

“Hanya pintu depan rumah saya berkunci manakala pintu belakang saya kunci bila saya nak tidur,” ujarnya yang tinggal bersama anak lelaki, menantu serta empat cucunya di rumah itu.

Zainol berkata, dia kemudiannya memaklumkan kepada anak saudaranya, Roslan Ramli, 38, yang tinggal di depan rumahnya mengenai penemuan bayi tersebut.

“Anak saudara saya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan bayi ini dibawa ke Hospital Yan untuk rawatan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Muhamad Halim Yatim ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

“Kita sedang mengesan suspek dan meminta pihak hospital kerajaan mahupun klinik swasta untuk segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat ibu yang baru bersalin dalam keadaan mencurigakan datang mendapatkan rawatan,” katanya.

Muhamad Halim berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.

Share:

11 Ogos 2015

IBU JAHIL BUANG BAYI TEPI JALAN


Shah Alam: Seorang pekerja klinik di Seksyen 19, di sini, yang dalam perjalanan ke tempat kerja tidak menyangka suara tangisan bayi yang didengarnya membawa kepada penemuan seorang bayi perempuan yang diletakkan di tepi jalan, Jumaat lalu.

Bayi malang berkenaan yang dipercayai berusia seminggu itu diletakkan dalam sebuah kotak dan berbungkus kain sebelum dijumpai wanita terbabit jam 7 pagi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, bayi berkenaan ditinggalkan individu yang tidak bertanggungjawab di tepi jalan.

Bagaimanapun, bayi itu bernasib baik selepas dia ditemui seorang kerani klinik berusia 22 tahun yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya.

“Wanita itu yang terkejut dengan penemuan bayi perempuan berkenaan membawanya ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan,” katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, di sini, semalam.

Share:

14 Mei 2015

KUASA TUHAN!


Seorang bayi baru lahir ditemui hidup walaupun selepas lapan hari ditanam di sebuah tanah perkuburan di wilayah Guangxi, selatan China.

Bayi lelaki itu ditinggalkan ibu bapanya di daerah Tian Dong selepas dilahirkan sumbing.

Bagaimanapun, tangisannya didengari seorang wanita yang mencari herba untuk dibuat ubat, lapor akhbar People’s Daily Online.

Wanita berkenaan, Lu Feng-lian yang ketakutan mendengar tangisan itu kerana menyangka ia hantu meluru ke sebuah kuil Buddha berhampiran untuk mendapatkan pertolongan.

Dengan bantuan sami Zhao Shimin, 75, mereka kembali ke tempat kejadian sebelum mengesahkan ia tangisan bayi dari kawasan kubur tanpa tanda dan memaklumkannya kepada polis.

Polis menggali beberapa sentimeter sebelum menemui bayi berkenaan dalam kotak kadbod.

Share:

12 Mei 2015

APA DOSA SI KEMBAR INI?


Georgetown: Mayat sepasang bayi perempuan ditemui dibuang dalam almari kosong berhampiran tangga di tingkat 7 sebuah pangsapuri di Lebuh Maccalum, di sini.

Mayat bayi dipercayai kembar itu hanya dibaluti tuala dan ditemui oleh seorang tukang cuci ketika dia sedang menyapu sampah, 11 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridala thrash Wahid berkata siasatan awal mendapati bayi terbabit dilahirkan tidak cukup bulan.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan suspek yang membuang bayi terbabit.
"Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat,"katanya ketika dihubungi.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI