Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan sebanyak 26 peratus kes denggi dan satu kes kematian akibatnya sejak seminggu lalu. Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Dr. Hayati Abdullah berkata, sepanjang tempoh itu, sebanyak 866 kes dicatatkan berbanding tahun lalu iaitu 643 kes, namun tiada kematian direkodkan.
Jelasnya, terdapat sebanyak 80 lokasi wabak aktif semasa di sekitar ibu negara dengan lebih satu kes dikesan setiap hari. “Parlimen Bandar Tun Razak mencatatkan sebanyak 19 kes iaitu yang paling tinggi setakat ini manakala Parlimen Cheras merekodkan sejumlah 11 kes,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan laporan statistik Kementerian Kesihatan berhubung peningkatan 16.4 peratus kes denggi yang membimbangkan tahun ini di seluruh negara. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya memaklumkan, sepanjang tempoh itu, sebanyak 12,897 kes demam denggi dengan 26 kematian dicatatkan berbanding 11,081 kes dengan 35 kematian bagi tempoh sama tahun lalu. Sementara itu, Hayati berkata, Parlimen Titiwangsa dan Setiawangsa mencatatkan sebanyak tujuh kes, selain Parlimen Wangsa Maju iaitu tujuh 11 kes.
0 comments:
Catat Ulasan