Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label JANGKITAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JANGKITAN. Papar semua catatan

2 Oktober 2016

TAMAN TEMA AIR BUKIT MERAH DISARAN UTAMAKAN KEBERSIHAN ELAK PENULARAN WABAK ROTAVIRUS BERTERUSAN


Pengusaha industri pelancongan di Perak perlu mengambil langkah berjaga-jaga serta mementingkan kebersihan kawasan sekitar bagi mengelak penularan virus seperti Rotavirus atau Zika.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata antara langkah yang perlu diambil termasuk menggiatkan operasi pembersihan di kawasan tumpuan pelancong.

"Bagaimanapun, industri pelancongan di negeri ini tidak terjejas meskipun terdapat kes jangkitan Rotavirus dipercayai selepas mandi di Taman Tema Air Bukit Merah Laketown Resort.

"Saya difahamkan, Kementerian Kesihatan dan Bukit Merah Laketown Resort telah mengambil langkah perlu dalam mengekang insiden jangkitan virus berkenaan," katanya kepada pemberita selepas majlis menyampaikan hadiah sempena Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr B.Venugopalan berkata setakat semalam, tiada kes Rotavirus di Perak, sebaliknya terdapat 19 kes Gastroentritis Akut (AGE) yang direkodkan, setakat ini.
  
Dr Venugopalan berkata semua kes AGE ini dipercayai positif selepas mandi di taman tema itu dengan kebanyakannya melibatkan kanak-kanak.

AGE merupakan sejenis penyakit bawaan air, sering dikaitkan dengan paip air yang tercemar dan antara simptomnya termasuk muntah-muntah, cirit-birit, demam selain kekejangan perut.
Share:

15 Jun 2015

KECOH SATU MALAYSIA JANGKITAN VIRUS AYAM PADA MANUSIA


Tiada kes ternakan ayam dijangkiti penyakit misteri dilaporkan di negeri ini yang menjadi viral di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Ketua Bahagian Kesihatan Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri, Dr Zanariah Ahmad Patana turut menafikan kejadian berkenaan berlaku di negeri ini dan pihaknya tidak pernah menerima laporan mengenai perkara itu.

Menurut Zanariah, pihaknya juga maklum mengenai penyebaran maklumat ayam dijangkiti virus di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

“Pihak jabatan tidak menerima laporan berkaitan penyebaran maklumat ini. Bagaimanapun sekiranya pengusaha tidak mengikut prosedur penjagaan dan penyembelihan, ia juga boleh menyebabkan daging berbintik-bintik,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, satu dakwaan dalam Facebook pada 16 Mac lalu menyebut orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan makan ayam dalam tempoh seminggu dua ini kerana ditakuti boleh dijangkiti virus yang tidak diketahui.

“Awas! Jangan beli atau makan ayam di mana-mana. Baru saja menerima mesej dari salah seorang kakitangan syarikat pemprosesan ayam yang memaklumkan tentang ayam yang dipotong oleh mereka dijangkiti penyakit misteri.

Jadi, elakkan dari membeli/makan ayam untuk seminggu dua ini. Sebarkan mesej ini!,” dakwa individu berkenaan dalam laman Facebooknya.

Pemilik akaun itu turut mendakwa, orang ramai yang termakan ayam dijangkiti penyakit misteri itu juga telah dijangkiti bintik-bintik merah di bahagian muka, badan dan tapak tangan.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI