Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label SINDIKET. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SINDIKET. Papar semua catatan

30 Oktober 2017

POLIS MULA BURU 9 DRAGONS


Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan terdapat dalang dan ketua sindiket perjudian di negara ini terdiri daripada kalangan orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri serta Tan Sri.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan menyifatkan golongan orang kenamaan tersebut menggunakan pengaruh mereka untuk melindungi sindiket haram berkenaan.

"Saya tidak boleh mendedahkan siapa mereka kerana bimbang akan mengganggu siasatan kes. Bagaimanapun ada dalam kalangan mereka terdiri daripada orang kenamaan berpangkat Datuk, Datuk Seri dan Tan Sri diburu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pada 19 Oktober lepas, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dilaporkan berkata kegiatan perjudian haram dan semua aktiviti tidak bermoral di negara ini didakwa didalangi oleh sembilan ketua digelar dragon selain mengutip hasil RM5 bilion sebulan.

Ditanya mengenai lokasi sindiket tersebut, Mohamad Fuzi memaklumkan perkara itu tidak boleh didedahkan kepada umum kerana bimbang mengganggu siasatan.

"Untuk makluman kita telah mengenal pasti siapa mereka ini, kalau saya dedah lokasi dan individu tersebut sudah pasti mereka akan melarikan diri ke lokasi lain termasuk luar negara.

"Sindiket perjudian terbesar negara ini terdapat di seluruh negara," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Fuzi meminta semua pihak memberi ruang kepada PDRM untuk menyiasat perkara tersebut dan mengheret individu yang terlibat ke muka pengadilan.

"Beberapa kali saya tegaskan bahawa kita tidak akan bersekongkol dengan pihak yang terlibat termasuk anggota PDRM. Tetapi saya minta jangan ada dakwaan menyatakan terdapat anggota polis 'dibayar' untuk melindungi kegiatan ini," katanya.
Share:

13 November 2015

SEORANG WANITA DAKWA DI ROGOL SEBANYAK 43,200 KALI..


Seorang wanita mendakwa dirogol oleh 30 lelaki sehari selepas diperdaya oleh sindiket pemerdagangan manusia.

Karla Jacinto, 23 berkata, 43,200 kali adalah anggaran kasar beliau dirogol dalam tempoh empat tahun. Laporan CNN mengatakan zaman gelap Karla bermula ketika beliau berusia 12 tahun.

Menurut Karla, beliau berkenalan dengan seorang lelaki berumur 22 tahun dan mula berkongsi nombor telefon. Mereka kemudian 'bercinta' dan pada satu hari, Karla mengikut lelaki tersebut untuk hidup bersama.

"Saya tinggal bersamanya selama tiga bulan. Beliau melayan saya dengan baik. Semuanya sangat indah," kata Karla.

Tidak lama kemudian, Karla diperkenalkan kepada 'bapa ayam' sebelum teman lelakinya menghilangkan diri.

Karla kemudian dipaksa bekerja sebagai pelacur di Guadalajara, salah sebuah bandar tersbesar di Mexico. Ketika berusia 15 tahun, Karla melahirkan seorang bayi perempuan.

Bayi tersebut diambil oleh bapa ayam sebagai cagaran jika Karla melarikan diri. Karla akhirnya diselamatkan semasa operasi anti-pemerdagangan manusia pada 2008 ketika berusia 16 tahun.

Beliau kini menjadi aktivis yang lantang bersuara menentang aktiviti pemerdagangan manusia. Karla berkata, sifat masyarakat yang 'tidak berbuat apa-apa' akan menyebabkan ramai lagi kanak-kanak diculik dan dirogol beribu-ribu kali.

"Kanak-kanak yang masih kecil diculik, diumpan dan dirampas dari keluarga mereka.

"Jangan dengar cakap saya sahaja. Anda perlu tahu apa yang terjadi pada saya dan mula membuka mata," tegas Karla.

Karla sudah mengkongsikan kisah hidupnya kepada Pope Francis di Vatican, Julai lepas dan kepada Kongress Amerika Syarikat pada Mai tahun ini.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI