Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

9 Oktober 2014

UPDATE!! 1 MAUT 13 CEDERA LETUBAN BOM DI BUKIT BINTANG

Kuala Lumpur: Seorang lelaki parah manakala 13 lagi cedera selepas terkena letupan bom yang disyaki dibaling dari aras dua di bangunan Sun Complex, Jalan Bukit Bintang, pagi tadi.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.25 pagi. 

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di lokasi kejadian cedera di mana seorang daripada mereka mengalami kecederaan parah. 

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks ini. Kita sedang mengenal pasti bahan letupan itu.

DUA bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta.

"Setakat ini dua bahan letupan dibuang dari tingkat dua di mana satu tidak meletup dan ditemui di bawah kereta Toyota Camry," katanya.

Khairi berkata, pihaknya akan menyiasat motif kejadian dan akan semak latar belakang mangsa untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat Seksyen 4 Akta Senjata dan 307 Kanun Keseksaan.


TERKINI!! 

Mangsa letupan bom meninggal dunia

Seorang mangsa yang cedera terkena letupan bom di Bukit Bintang, awal pagi ini disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Pihak HKL mengesahkan menerima 11 mangsa kejadian pagi tadi terdiri daripada tujuh lelaki dan empat wanita membabitkan lima warga tempatan, empat dari China dan masing-masing seorang warganegara Singapura dan Thailand.

Mangsa yang maut adalah warga Malaysia yang bekerja sebagai joki.

Jurucakap mengesahkan 10 lagi mangsa letupan bom masih dirawat dengan dua daripadanya berada dalam zon merah wad kecemasan.


Menurutnya, wakil kedutaan daripada tiga negara asing itu sudah datang ke HKL untuk membantu.


Tiada kaitan militan IS

Letupan bom yang mengorbankan seorang lelaki dan mencederakan 13 individu lain di Bukit Bintang di sini, hari ini tiada sebarang kaitan dengan kumpulan militan Negara Islam (IS) sebaliknya serangan bermotifkan dendam.

Walaupun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) pernah bertindak tegas terhadap kegiatan IS di negara ini termasuk menangkap tiga rakyat kita yang cuba ke luar negara untuk menyertai kumpulan militan itu, siasatan awal mendapati insiden letupan bom itu berpunca daripada perselisihan faham.

Polis juga mengesyaki serangan bom di hadapan sebuah pub di Sun Complex Off Jalan Bukit Bintang itu dilakukan oleh lebih daripada seorang pelaku.

Dalam kejadian kira-kira 4.20 pagi itu, sekumpulan lelaki melontar dua bom tangan mengakibatkan seorang joki kenderaan maut manakala 13 orang lagi cedera ketika pengunjungnya berusia 36 hingga 51 tahun mahu meninggalkan premis berkenaan.

Video
ANGGOTA unit pemusnah bom bersedia meletupkan bom tangan kedua. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali

Bagaimanapun, sebutir bom yang dibaling itu tidak meletup mengelakkan lebih banyak kecederaan atau kematian dalam kejadian itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Dr Gan Kong Meng, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira lima minit selepas kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi polis mendapati 12 lelaki dan dua wanita yang berada di situ cedera dengan seorang daripada mereka parah.

"Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai dibuang dari tingkat dua kompleks berkenaan," katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berkenaan untuk mengenal pasti pelaku selain menyemak latar belakang mangsa untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes ini disiasat mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Letupan dan Kakisan dan 302 Kanun Keseksaan.

"Kita percaya bom tangan itu dibawa masuk dari negara luar," katanya memberitahu, sebutir bom yang tidak meletup ditemui di bawah sebuah kereta Toyota Camry diletupkan oleh unit pemusnah bom PDRM di lokasi kejadian, kira-kira jam 12.35 tengah hari ini. 
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI