
Putrajaya: Cat antinyamuk yang dikenali sebagai ‘painticide’ akan dikomersialkan tidak lama lagi bagi membunuh serangga penyebab denggi di negara ini, sekali gus mengawal penularan wabak berkenaan.
Ketua Unit Entomologi Perubatan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) Dr Lee Han Lim berkata, cat berkenaan dibangunkan hasil kajian institut berkenaan.
“Ia adalah cat emulsion yang diformulasi dengan deltamethrin dan piperonyl butoxide (PBO) bertindak melepaskan racun serangga secara perlahan ke permukaan dinding manakala PBO adalah ejen untuk mencegah keupayaan nyamuk menjadi rintang (resistant) terhadap deltamethrin.
“Kesannya ia mampu melumpuhkan nyamuk dalam tempoh 10 minit dan berkesan membunuh serangga itu dalam tempoh dua tahun selepas dinding dicat,” katanya ketika dihubungi di sini.
Sebelum ini Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam mengumumkan dua teknik baru untuk mengurangkan kes denggi iaitu menggunakan semburan ‘Outdoor Residual Spray (OVR)’ dan cat khusus antinyamuk.








0 comments:
Catat Ulasan