Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label HAMIL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HAMIL. Papar semua catatan

11 September 2017

PELAJAR PEREMPUAN HAMIL 3 BULAN TERLANJUR DENGAN 5 LELAKI



Seorang pelajar tingkatan lima yang sedang hamil tiga bulan dan kerap ponteng sekolah membongkar kegiatannya melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam tempoh lapan hari antara 30 Ogos lalu sehingga 7 September lalu.

Ketua Polis  Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, kejadian berlaku di empat lokasi berasingan, tiga di Bachok, manakala satu di Kota Bharu, dua daripadanya berlaku tanpa kerelaan mangsa (pengadu).

“Pada jam 7.30 pagi, 30 Ogos lalu, teman lelaki pengadu juga rakan sekelasnya mengambil dia di sebuah sekolah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu dan membawanya ke rumah di Kampung Beris Kubur Besar, Bachok.

“Di situ, pengadu dan teman lelakinya melakukan hubungan seks sebelum lelaki terbabit meninggalkan remaja tersebut. Rakan teman lelaki itu pula membawa mangsa ke rumah seorang lagi rakan lelaki yang lain dan mengajaknya melakukan hubungan seks,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, pengadu melakukan seks tanpa kerelaannya sebelum datang seorang lagi rakan lelaki lain yang turut sama memaksa pengadu melakukan seks.

“Selesai kejadian, pengadu ditinggalkan oleh rakan teman lelakinya itu di sebuah kedai makan di Binjai dan menghubungi seorang rakan perempuan yang menghantarnya pulang ke rumah,” katanya.

Menurutnya, ketika pengadu berada di rumah, pengadu telah menerima panggilan telefon dari seorang lelaki tidak dikenali mengajaknya keluar dan mereka berjumpa serta menunggang motosikal ke Bachok sebelum menginap di sebuah hotel di daerah itu.

“Mereka melakukan hubungan seks dengan kerelaan pengadu. Selesai itu, pengadu ditinggalkan berhampiran lampu isyarat Tendong, Kota Bharu pada tengah malam pada 7 September lalu sebelum menghubungi seorang rakan lelaki yang menghantarnya ke sebuah hotel di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

“Di situ, pengadu berkenalan dengan seorang lelaki iaitu rakan kepada penjaga kaunter hotel sebelum melakukan hubungan seks dengan lelaki itu sebelum mereka menghantar pengadu pulang ke rumah pada pagi, 8 September lalu,” katanya.

Nik Aminuddin berkata, sebaik tiba di rumah, abang pengadu kemudian membawa pengadu ke balai polis untuk memaklumkan kepulangan adiknya berkait laporan polis Binjai.

“Sehubungan itu, polis sedang menjalankan siasatan dan menjejaki dua suspek yang memaksa pengadu melakukan hubungan seks. Kes diklasifikasikan sebagai rogol mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

“Pengadu pula dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia untuk pemeriksaan dan didapati hamil 12 minggu,” katanya.
Share:

20 Mei 2016

BENARKAH RAKYAT MALAYSIA MASIH JAHIL TENTANG SEKS DAN KEHAMILAN?


PENGETAHUAN tentang kesihatan seksual dan pembiakan (SRH) dalam kalangan remaja Malaysia kekal rendah dan mereka terus jahil tentang banyak aspek seks serta kehamilan.

Tinjauan yang dijalankan terhadap 1,071 responden antara usia 18-29, pelbagai kaum dan di seluruh negara mendapati ramai yang tidak mempunyai cukup pengetahuan mengenai fungsi tubuh badan mereka.

Oleh yang demikian, tidak memeranjatkan apabila seorang responden berkata ada kawannya yang tidak tahu mereka boleh hamil sekiranya melakukan seks.

Sementara itu, 71 peratus daripada responden perempuan berkata mereka boleh hamil ketika datang haid.

Kajian itu juga mendedahkan 10 peratus daripada responden tidak mahu diuji dan dirawat terhadap kemungkinan terdedah kepada jangkitan bawaan seksual (STI) kerana bimbang dipulau kerana percaya ia sesuatu yang 'mengaibkan'.

Tinjauan ini yang disokong oleh Durex Malaysia, jenama terkemuka dalam pengeluaran kondom oleh Reckitt Benckiser, memberi data yang bernilai untuk memudahkan perbincangan dalam kalangan pihak yang berkepentingan bagi menghasilkan program yang bersesuaian.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun yang hadir pada majlis pembentangan hasil kajian itu berkata isu SRH tidak lagi boleh dipinggirkan.

Ia seharusnya dibincang secara meluas kerana ia memberi kesan kepada golongan remaja di negara ini.


RAKYAT MALAYSIA JAHIL?

"Ramai anak muda yang tidak peka dengan isu berkaitan SRH berdasarkan kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN). Contohnya, hanya 39.5 peratus mempunyai pengetahuan bagaimana bayi dilahirkan dan 45.5 peratus sahaja yang tahu apa dia rahim.

"Hasil kajian LPPKN juga mendapati 4.8 peratus rakyat Malaysia antara umur 13-24 pernah melakukan hubungan kelamin sementara lebih daripada satu pertiga (35.3 peratus) terdedah kepada pornografi kebanyakannya menerusi internet (60.8 peratus)," katanya.

Ketika subjek SRH masih dianggap larangan 'taboo', tidak dapat dinafikan remaja semuda 10 tahun melakukan hubungan seks. Untuk itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting untuk mendidik anak mereka mengenai kesihatan seksual.

Dengan menjadikannya sebagai keutamaan, Chew dalam ucapannya berkata LPPKN memperkenalkan program Parenting@Work.

Jelas beliau, program itu menjadikan keibubapaan sebagai teras dengan fokus memberi sokongan kepada keluarga secara keseluruhannya daripada hanya bertumpu kepada golongan remaja semata-mata.

"Ibu bapa memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, menerusi program ini kami mendidik ibu bapa mengenai cara untuk bercakap dengan anak mereka tentang keseksualan," tambah Chew.


MITOS SEKSUAL RAKYAT MALAYSIA

Sementara itu, tinjauan oleh Perspective Strategies juga menunjukkan 35 peratus lagi responden tidak percaya orang perempuan boleh hamil sewaktu pertama kali melakukan hubungan seks.

Sementara itu, seorang daripada 10 orang berkata mencuci faraj selepas melakukan hubungan seks boleh mencegah kehamilan.

Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa 11 peratus daripada anak muda Malaysia yang aktif melakukan hubungan seks pernah mengalami STI.

Didapati juga hampir satu perempat (24 peratus) daripada mereka tidak mendapatkan rawatan.
Tinjauan itu juga mendapati bahawa 19 peratus anak muda Malaysia beranggapan menggunakan dua kondom pada satu-satu masa memberi lebih perlindungan.

Ketika bercakap pada majlis itu, pengarah urusan Perspective Strategies, Andy See berkata hakikatnya menggunakan dua kondom ketika melakukan kegiatan seks boleh menyebabkan kondom itu pecah akibat geseran.

Keadaan itu, katanya akan menjadikan risiko STI lebih tinggi dan berlaku kehamilan yang tidak dirancang.

"Sementara it 25 peratus lagi responden berpendapat tidak memerlukan perlindungan apabila kedua-dua pihak saling percaya mempercayai.

"Bagaimanapun, terdapat keperluan untuk mendidik masyarakat bahawa dalam apa juga kegiatan seksual, soal percaya mempercayai bukan isu tetapi yang lebih penting berada dalam keadaan selamat," katanya.
Share:

9 Februari 2015

SEORANG LELAKI TERKEJUT PUNYAI ORGAN PEMBIAKAN SEPERTI WANITA


BRITAIN. Seorang lelaki terkejut apabila diberitahu oleh doktor bahawa dia mempunyai rahim; yang membawa maksud dia juga berpontensi untuk hamil seperti wanita lain.

Memetik laporan daripada Telegraph.co.uk kelmarin, penemuan tersebut dilaporkan doktor ketika lelaki itu menjalani ujian MRI bagi mengesan punca pendarahan yang terdapat dalam kandungan air kencingnya.

Hasil imbasan MRI mendedahkan penemuan organ pembiakan wanita yang berpotensi menyebabkan kehamilan, haid dan PMT (senggugut).

Lelaki berusia 37 tahun ini dipercayai mempunyai sindrom salur Müllerian (PMDS) yang mana penghidap sindrom berkenaan mempunyai organ pembiakan lelaki dan wanita dalam satu-satu masa.

“Ia merupakan kes yang sangat jarang berlaku. Pesakit kini diletakkan dibawah jagaan dan akan dibedah untuk membuang organ pembiakan wanita yang terdapat dalam tubuhnya,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan tersebut.

Menurut doktor lagi, darah yang terdapat air kencingnya dipercayai darah haid.

Sekurang-kurangnya 120 bayi dilahirkan dengan sindorm tersebut setiap tahun di Britain  dan ia juga dilaporkan berlaku pada haiwan seperti anjing.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI