Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

5 Jun 2017

TIKUS ANGKASAWAN NAIKI KAPAL ANGKASA SPACEX DRAGON


Apabila kapal angkasa lepas SpaceX Dragon dilancarkan pada hari ini menuju ke Pangkalan Angkasa Lepas Antarabangsa, ia akan membawa bersama 40 tikus istimewa yang dibiak khusus untuk misi ini oleh Taconic Biosciences, iaitu peneraju global dalam model tikus tereka bentuk secara genetik dan perkhidmatan yang berkaitan.

Projek ini merupakan kerjasama antara Universiti California, Los Angeles (UCLA), Pusat Kemajuan Sains di Angkasa (CASIS), BioServe dan NASA. Untuk misi yang dinamakan "Rodent Research-5" ini, tikus Taconic akan menyokong penyelidikan diketuai oleh Dr. Chia Soo, profesor pembedahan di Pusat Pengajian Pergigian, Kejuruteraan dan Perubatan di UCLA. Kajian ini mengkaji tentang molekul NELL-1, iaitu protein yang dihasilkan oleh badan manusia yang penting untuk pertumbuhan dan pembangunan tulang yang normal.

40 tikus yang dirawat dengan NELL-1 akan dilancarkan ke Pangkalan Angkasa Lepas Antarabangsa untuk menguji sama ada kehadiran molekul akan menghalang kelesapan tulang yang berkaitan dengan mikrograviti.


Graviti yang kurang di angkasa akan mempercepatkan proses kelesapan tulang yang semula jadi. Tikus hidup ini akan kembali ke bumi untuk dijalankan penilaian lanjut oleh pasukan Dr. Soo selepas tempoh mereka dalam keadaan mikrograviti. Pasukan tersebut berharap untuk menemui hasil bagi membangunkan terapi yang mengelakkan kelesapan tulang dan selanjutnya, memperkuatkan tulang dalam kalangan manusia.

"Sejarah ''Taconic Biosciences'' dengan program angkasa lepas telah bermula sejak tahun 1985, apabila tikus Taconic pertama dihantar ke angkasa. Baru-baru ini lagi, kami telah menyokong misi penyelidikan roden dengan CASIS yang roden telah ditempatkan di Pangkalan Angkasa Lepas Antarabangsa untuk tempoh yang lama. Penyelidikan ini telah membantu saintis untuk mengenali kesan mikrograviti awal terhadap kelesapan tulang dan otot," ujar Dr. Gretchen Kusek, pengurus program sains dengan Taconic.

"Sebagai pengurus Makmal Nasional A.S. Pangkalan Angkasa Lepas Antarabangsa, kami berusaha secara berterusan dengan penyelidik untuk menghapuskan halangan dan menerokai yang kebarangkalian yang tidak dapat dijalankan melalui eksperimen berasaskan bumi," jelas CASIS pengarah operasi Ken Shields.

"Penyelidikan roden di pangkalan angkasa lepas mempunyai keupayaan untuk membantu kami dalam pemahaman baharu terhadap kelesapan ketumpatan tulang dan otot, yang boleh membawa kepada pembangunan ubat-ubatan yang dipertingkatkan untuk kita di planet bumi kita ini. Taconic Biosciences telah terbukti sebagai rakan usaha sama yang dihargai dalam penyelidikan penting ini dan kami berharap untuk terus bekerjasama dengan mereka untuk banyak misi Makmal Nasional ISS yang akan datang."

Taconic ialah pembekal berlesen penuh untuk perkhidmatan penjanaan model roden dan mempunyai pengalaman reka bentuk model selama dua puluh tahun. Keupayaan unik Taconic untuk menyediakan peralihan yang lancar daripada proses reka bentuk sehingga pengurusan pembiakan dan koloni telah memberikan penyelesaian yang lengkap kepada pelanggan. Perkhidmatan saintifik ini termasuk pemerolehan atau penjanaan, pengimportan, pelesenan, pembiakan, pengujian, persediaan, dan pengedaran model tereka bentuk secara genetik ke mana-mana lokasi di seluruh dunia dan juga ke angkasa lepas. Sumber : Taconic Biosciences
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI