SARAWAK : Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu ditemui maut dalam keadaan menyayat hati apabila hanya bahagian bawah tubuhnya dijumpai dipercayai dibaham sang bedal berdekatan Pangkalan Feri Muara Tuang, di sini, semalam.
Hanya bahagian pinggang ke bawah mangsa, Silvester Kilat Lee, 19, ditemui kira-kira jam 10.30 pagi oleh orang awam yang memancing tidak jauh dari lokasi penemuan itu.
Difahamkan, bahagian atas tubuh mangsa hilang dipercayai dibaham buaya di Sungai Samarahan dan masih belum ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, mayat yang ditemui itu disahkan adalah Silvester oleh bapanya yang membuat pengecaman berdasarkan seluar jeans yang dipakai pekerja kapal korek berkenaan pada hari kejadian.
Menurutnya, mangsa dilaporkan hilang selepas meninggalkan kapal pengorek pasir yang berlabuh berhampiran Pengkalan Feri Muara Tuang, di sini, kira-kira jam 5.30 petang Isnin lalu untuk membeli sayur.
0 comments:
Catat Ulasan