Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label RUSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RUSIA. Papar semua catatan

26 Disember 2016

RUSIA TERIMA BALASAN APABILA SEBUAH PESAWAT TENTERANYA TERHEMPAS MENGORBANKAN 91 PENUMPANG


MOSCOW : Pesawat tentera milik Kementerian Pertahanan Rusia, TU-154 yang terhempas pada Ahad dilaporkan membawa kumpulan koir tentera bagi meraikan satu majlis sambutan di Syria.

Menurut laporan portal berita Rusia, RT, sebahagian besar penumpang pesawat malang itu terdiri daripada ahli kumpulan koir dikenali sebagai Alexandrov Ensemble.


Difahamkan 60 ahli kumpulan tersebut adalah antara 91 penumpang yang akan ke Syria bagi mengadakan konsert sempena sambutan Tahun Baru di sana.

Setakat ini, antara yang disahkan maut dalam nahas pesawat itu ialah aktivis kemanusiaan terkemuka Rusia, Elizaveta Gklinka.

Pesawat malang itu hilang dari radar 20 minit selepas berlepas ketika melintasi ruang udara di Laut Hitam berdekatan pesisiran Sochi.


Share:

14 Jun 2016

SAMSENG BOLA SEPAK RUSIA PUAS HATI BELASAH PENYOKONG ENGLAND?


EURO 2016 : Samseng Russia menyelar penyokong bola sepak England dengan menyifatkan mereka sebagai ‘perempuan yang tidak tahu berlawan’ selepas pertempuran di Marseille pada perlawanan Euro 2016.

Seorang lelaki Russia, Vladimir, yang menganggap keganasan sebagai satu keseronokan semalam pulang dari perlawanan antara England dan Russia di kejohanan itu mendakwa penyokong England ‘cuma lelaki tua gemuk yang minum banyak bir.’

Pengurus perhubungan awam di Moscow itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berkata, dia tidak peduli jika UEFA mengancam menggugurkan Russia - tuan rumah Piala Dunia 2018 - dari Euro 2016 jika perbalahan seperti yang berlaku selepas perlawanan kedua-dua pasukan di Marseille itu berulang.

Vladimir berada di Marseille kurang dari 48 jam, tetapi berkata, dia melihat semua kejadian dan turut mengambil bahagian.

Puluhan samseng Russia dikenali sebagai ‘ultra’ - termasuk seorang samseng bernama Vasily - dipercayai dalang di sebalik pertempuran itu.

Vasily, 36, anggota geng neo-Nazi, Spartak Gladiator malah mempunyai lambang kumpulan itu ditatu di dadanya, lapor akhbar The Sun.

Dia juga menggunakan pelindung gusi yang tertulis nama gelarannya, ‘killer’ (pembunuh).

Kumpulan samseng ala separa tentera itu membuat persediaan untuk bertempur lagi dengan peminat England pada esok dan lusa.

Polis di Lille berkata, ada ‘risiko tinggi’ peminat England akan menjadi sasaran menjelang perlawanan Russia dengan Slovakia. - Agensi

Share:

MAJLIS PERKAHWINAN ALA-ALA FANTASI DAN TERMAHAL DI DUNIA


Majlis perkahwinan anak lelaki bilionaire Armenia dan pasangannya di Moscow, Russia baru-baru ini dianggap paling mewah pernah diadakan di negara itu apabila menelan belanja lebih AS$2 juta (RM8.12 juta).


Perkahwinan Sargis Karapetyan, 23, dan pasangannya dari Georgia, Salome Kintsurashvili, 25, itu juga dianggap umpama sebuah kisah dongeng.

Majlis itu diadakan di Safisa sebuah dewan mewah di Moscow dan turut dihadiri Presiden Armenia, Serzh Sargisyanu dan ahli politik serta perniagaan berpengaruh.


Dewan Safisa adalah lokasi majlis perkahwinan anak lelaki bilionaire Russia iaitu Said Gutseriev, 28, dengan pasangannya, Khadija Uzhakhovs pada Mac lalu.

Penyanyi terkenal Jennifer Lopez dan Enrique Iglesias turut membuat persembahan dalam majlis perkahwinan yang mendapat tumpuan seluruh dunia itu.


Bagaimanapun, majlis perkahwinan terbaru ini sangat mewah sehingga pernikahan Gutseriev kelihatan seperti majlis biasa.

Sargis adalah anak lelaki Samvel Karapetyan, yang menduduki tangga 28 senarai orang terkaya di Russia yang dikeluarkan oleh majalah Forbes.

Keluarga Karapetyan tinggal di Moscow tetapi mereka sebenarnya berketurunan Armenia.

Samvel adalah pemilik Kumpulan Tashir yang menguasai 33 pusat beli belah, empat bangunan pejabat dan lapan hotel di seluruh Russia.


Dengan nilai kekayaan sekitar AS$4 bilion (RM16.24 bilion), maka tidak hairanlah majlis perkahwinan anaknya sangat mewah.

Majlis perkahwinan itu dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Maroon 5 yang dianggarkan menerima bayaran antara AS$500,000 (RM2.03 juta) hingga AS$800,000 (RM3.25 juta).

Sebagai tambahan, beberapa penyanyi terkenal dari Ukraine dan Russia turut membuat persembahan dalam majlis itu.

Pengantin perempuan memakai tiga gaun sepanjang majlis itu termasuk rekaan pereka Lubnan, Elle Saab yang dianggarkan berharga lebih AS$35,000 (RM142,180).


Salome juga memakai hiasan kepala bertatah berlian dan mutiara serta kerongsang yang bernilai lebih AS$200,000 (RM812,459).

Selain busana menakjubkan yang dipakai pengantin hiasan dalaman di lokasi itu menjadikan majlis perkahwinan berkenaan umpama kisah dongeng.


Tetamu yang masuk akan berjalan melintasi laluan yang kelihatan seperti hutan yang cantik lengkap dengan pokok tiruan dan bunga segar.

Seorang tetamu yang memuat naik gambarnya di majlis itu di laman Instagram memberitahu, dia seolah-olah berada di dalam filem Alice in Wonderland.

Di ruang utama di mana 500 tetamu duduk, dihiasi dengan lampu candelier dan lampu kelap-kelip bagi mengwujudkan suasana magis.

Terdapat juga beribu-ribu bunga segar termasuk satu tembok yang dihiasi bunga pelbagai jenis yang luar biasa.

Kek pengantin sembilan tingkat dan dihiasi dengan bunga diletakkan di tengah ruangan utama.

Ia dihasilkan oleh chef terkemuka, Iyad Abusharaf yang pernah bekerja dengan putera Kuwait.

Untuk menyempurnakan semuanya, ruangan itu dilimpahi dengan cahaya berwarna ungu sekali gus mengwujudkan suasana yang menakjubkan.
Share:

1 Mac 2016

PENGASUH PENGGAL KEPALA KANAK-KANAK


Orang ramai di sebuah stesen metro di Moscow terkejut apabila seorang wanita tiba-tiba muncul sambil membawa kepala seorang kanak-kanak lelaki yang telah dipenggal.

Menurut Dailymail, polis kini menahan wanita tersebut dan mengenal pasti beliau sebagai Gyulchehra Bobokulova.

Gyulchehra, 39 yang berasal dari Uzbezkistan bekerja sebagai penjaga kanak-kanak dan sebelum ini menjaga seorang kanak-kanak perempuan bernama Nastya M.

Polis juga merujuk kepada forensik psikatrik disebabkan keadaan Gyulchehra ketika ditemui polis di stesen metro Oktyabrskoye Pole.

Sementara itu, polis menemui mayat seorang kanak-kanak tanpa kepala di sebuah apartmen tidak jauh dari tempat kejadian. Polis masih menyiasat motif kejadian.
Share:

27 November 2015

RUSIA MULA HANTAR SENJATA BERAT KE SYRIA UNTUK MENAKUT-NAKUTKAN TURKI


SYRIA - Susulan kejadian jet pejuang Rusia yang ditembak jatuh Turki Selasa lepas, Kementerian Pertahanan Rusia akan menghantar senjata anti-pesawat untuk menyertai kempen pengeboman di Syria.

Menurut Menteri Pertahanan, Sergey Shoygu berkata Rusia akan menghantar sistem pertahanan anti-pesawat S-400 yang akan ditempatkan di markas tentera udara Hmeymim di Latakia, Syria.

Maklumat dari laman missilethreat.com menyatakan S-400 mampu menembak misil sejauh jarak 250 kilometer.

Sempadan Turki pula hanya 48 kilometer dari markas Hmeymim. Sementara itu, Menteri Luar, Sergey Lavrov menuduh Turki sengaja menembak jatuh jet pejuangnya.

"Ianya seperti satu provokasi terancang," kata Lavrov.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI