Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label TERMAHAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TERMAHAL. Papar semua catatan

14 Jun 2016

MAJLIS PERKAHWINAN ALA-ALA FANTASI DAN TERMAHAL DI DUNIA


Majlis perkahwinan anak lelaki bilionaire Armenia dan pasangannya di Moscow, Russia baru-baru ini dianggap paling mewah pernah diadakan di negara itu apabila menelan belanja lebih AS$2 juta (RM8.12 juta).


Perkahwinan Sargis Karapetyan, 23, dan pasangannya dari Georgia, Salome Kintsurashvili, 25, itu juga dianggap umpama sebuah kisah dongeng.

Majlis itu diadakan di Safisa sebuah dewan mewah di Moscow dan turut dihadiri Presiden Armenia, Serzh Sargisyanu dan ahli politik serta perniagaan berpengaruh.


Dewan Safisa adalah lokasi majlis perkahwinan anak lelaki bilionaire Russia iaitu Said Gutseriev, 28, dengan pasangannya, Khadija Uzhakhovs pada Mac lalu.

Penyanyi terkenal Jennifer Lopez dan Enrique Iglesias turut membuat persembahan dalam majlis perkahwinan yang mendapat tumpuan seluruh dunia itu.


Bagaimanapun, majlis perkahwinan terbaru ini sangat mewah sehingga pernikahan Gutseriev kelihatan seperti majlis biasa.

Sargis adalah anak lelaki Samvel Karapetyan, yang menduduki tangga 28 senarai orang terkaya di Russia yang dikeluarkan oleh majalah Forbes.

Keluarga Karapetyan tinggal di Moscow tetapi mereka sebenarnya berketurunan Armenia.

Samvel adalah pemilik Kumpulan Tashir yang menguasai 33 pusat beli belah, empat bangunan pejabat dan lapan hotel di seluruh Russia.


Dengan nilai kekayaan sekitar AS$4 bilion (RM16.24 bilion), maka tidak hairanlah majlis perkahwinan anaknya sangat mewah.

Majlis perkahwinan itu dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Maroon 5 yang dianggarkan menerima bayaran antara AS$500,000 (RM2.03 juta) hingga AS$800,000 (RM3.25 juta).

Sebagai tambahan, beberapa penyanyi terkenal dari Ukraine dan Russia turut membuat persembahan dalam majlis itu.

Pengantin perempuan memakai tiga gaun sepanjang majlis itu termasuk rekaan pereka Lubnan, Elle Saab yang dianggarkan berharga lebih AS$35,000 (RM142,180).


Salome juga memakai hiasan kepala bertatah berlian dan mutiara serta kerongsang yang bernilai lebih AS$200,000 (RM812,459).

Selain busana menakjubkan yang dipakai pengantin hiasan dalaman di lokasi itu menjadikan majlis perkahwinan berkenaan umpama kisah dongeng.


Tetamu yang masuk akan berjalan melintasi laluan yang kelihatan seperti hutan yang cantik lengkap dengan pokok tiruan dan bunga segar.

Seorang tetamu yang memuat naik gambarnya di majlis itu di laman Instagram memberitahu, dia seolah-olah berada di dalam filem Alice in Wonderland.

Di ruang utama di mana 500 tetamu duduk, dihiasi dengan lampu candelier dan lampu kelap-kelip bagi mengwujudkan suasana magis.

Terdapat juga beribu-ribu bunga segar termasuk satu tembok yang dihiasi bunga pelbagai jenis yang luar biasa.

Kek pengantin sembilan tingkat dan dihiasi dengan bunga diletakkan di tengah ruangan utama.

Ia dihasilkan oleh chef terkemuka, Iyad Abusharaf yang pernah bekerja dengan putera Kuwait.

Untuk menyempurnakan semuanya, ruangan itu dilimpahi dengan cahaya berwarna ungu sekali gus mengwujudkan suasana yang menakjubkan.
Share:

23 Mac 2015

DUBAI CIPTA BURGER TERMAHAL DI DUNIA!


UAE: Satu hidangan burger mencipta rekod sebagai burger paling mahal di dunia apabila dijual pada harga mencecah AS$7,000 (RM25,976) dalam satu acara lelongan amal di sini, kelmarin.

Acara lelongan amal yang berlangsung di pusat beli-belah Dubai Mall di sini, itu dianjurkan bagi mengutip dana untuk sebuah pertubuhan mencegah kanser payudara, Pink Caravan.

Burger istimewa itu disediakan Pengerusi Jabatan Statistik dan Pembangunan Komuniti Sharjah, Sheikh Mohammed Bin Abdullah Al Thani juga duta Pink Caravan.

Hidangan burger paling mahal sebelum ini djual pada harga AS$5,000 (RM18,554) dalam satu acara lelongan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Beberapa lagi duta pertubuhan itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menyediakan hidangan burger mereka sebelum melelongkan kepada pembida.

Bagaimanapun, identiti pembida yang membeli hidangan burger paling mahal di dunia itu tidak didedahkan.

Jawatankuasa penganjur Pink Caravan mengumumkan bahawa aktiviti amal itu berjaya mengutip dana AS$19,650 (RM72,921).

Pengasas Pertubuhan Rakan Pesakit Kanser, Ameera Bin Karam berkata, beliau sangat bangga dengan sokongan yang diberikan penderma dan duta Pink Caravan pada program berkenaan.

“Tanpa sokongan mereka ini (penderma dan duta) Pink Caravan tidak dapat mencapai misi mereka,” katanya.

Menurutnya, Pink Caravan menyediakan beberapa pusat perubatan bergerak untuk menjalankan pemeriksaan terhadap wanita bagi mengesan tanda awal kanser payudara.

Share:

16 Februari 2015

IPHONE 6 TERMAHAL DI DUNIA?


Iphone 6 paling mahal di dunia dipamerkan kepada umum kelmarin dan ia bukan setakat dibuat daripada emas 24 karat, tetapi diturut bertatahkan puluhan berlian kecil.Harga ditawarkan ialah RM13 juta.

Syarikat Goldgenie bertanggungjawab menghasilkan rekabentuk luar biasa ini dengan logo Apple dibuat daripada berlian. Sepanjang sisi peranti itu juga dihiasi dengan permata berharga itu.

Antara pelanggannya sebelum ini ialah pelari pecut Usain Bolt, bekas bintang bola sepak David Beckham, penyanyi rap P Diddy.

Pengasas Goldenie Laban Roomes berkata: “Ini mungkin telefon bimbit paling eksklusif di dunia ketika ini. Nilainya sama dengan sebuah pulau kecil.”

Iphone Diamond Ecstasy boleh disesuaikan mengikut citarasa pelanggan, dengan pilihan emas, platinum atau kemasan keemasan-merah mawar.

Mereka juga boleh memilih sendiri berlian atau permata lain untuk menghiasinya.

Jika anda tidak mampu untuk memiliki edisi berlian, Goldgenie menawarkan telefon peribadi bermula dari RM53,000.Ini bukan pertama kali sebuah syarikat menawarkan iPhone mahal terlampau.

Tahun lalu, pereka Alexander Amosu mencipta iPhone 6 emas dengan bertatahkan 6,127 butir berlian untuk seorang pelanggan yang tidak diketahui identitinya.

Logo Apple dengan emas padu juga diletak di belakang dan telefon bimbit itu dijual dengan harga £1.7 juta (RM9 juta) - Agensi

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI