Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label HARTAWAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HARTAWAN. Papar semua catatan

31 Oktober 2016

KENAPA SAVJI DHOLAKIA DIGELAR BOS TERBAIK DI DUNIA?


Billionair berlian di Surat, India membuat kejutan pada perayaan Deepavali tahun ini apabila menghadiahkan 400 buah rumah flat dan 1,260 kereta kepada pekerja-pekerjanya yang cemerlang.

Bonus itu diumumkan oleh Savji Dholakia pada satu perjumpaan tidak rasmi pekerja pada Selasa dan sudah menjadi amalan di syarikat Hare Krishna Exports sejak 2011.

Savja memberitahu CNNMoney, mereka adalah sebahagian daripada 5,500 kakitangan syarikat Hari Krishna Exports, yang dipilih kerana menunjukkan prestasi kerja mengagumkan dari segi kesetiaan dan kemahiran sejak tahun lalu.

Dua tahun lalu, beliau menghadiahkan 200 pangsapuri, 400 kereta dan 500 set barang kemas yang mahal kepada 1,200 pekerja.

Menurut Dholakia, 20 tahun lalu, beliau menghadiahkan kereta kepada tiga kakitangan terbaik syarikatnya dan sejak itu beliau melaksanakan pelbagai program insentif.

"Eksport syarikat bernilai AS$700 juta (RM2.9 bilion) ke 70 negara, tetapi tiada yang lebih berharga berbanding pekerja kami," kata Dholakia.

Selain sifat pemurahnya, Savji juga terkenal dengan sifatnya yang tidak mahu memanjakan anaknya.

Sebelum ini, Savji memberikan cabaran kepada anaknya untuk hidup secara undercover sebagai orang biasa selama sebulan dengan hanya berbekalkan RM 423 untuk kecemasan.
Share:

14 Jun 2016

MAJLIS PERKAHWINAN ALA-ALA FANTASI DAN TERMAHAL DI DUNIA


Majlis perkahwinan anak lelaki bilionaire Armenia dan pasangannya di Moscow, Russia baru-baru ini dianggap paling mewah pernah diadakan di negara itu apabila menelan belanja lebih AS$2 juta (RM8.12 juta).


Perkahwinan Sargis Karapetyan, 23, dan pasangannya dari Georgia, Salome Kintsurashvili, 25, itu juga dianggap umpama sebuah kisah dongeng.

Majlis itu diadakan di Safisa sebuah dewan mewah di Moscow dan turut dihadiri Presiden Armenia, Serzh Sargisyanu dan ahli politik serta perniagaan berpengaruh.


Dewan Safisa adalah lokasi majlis perkahwinan anak lelaki bilionaire Russia iaitu Said Gutseriev, 28, dengan pasangannya, Khadija Uzhakhovs pada Mac lalu.

Penyanyi terkenal Jennifer Lopez dan Enrique Iglesias turut membuat persembahan dalam majlis perkahwinan yang mendapat tumpuan seluruh dunia itu.


Bagaimanapun, majlis perkahwinan terbaru ini sangat mewah sehingga pernikahan Gutseriev kelihatan seperti majlis biasa.

Sargis adalah anak lelaki Samvel Karapetyan, yang menduduki tangga 28 senarai orang terkaya di Russia yang dikeluarkan oleh majalah Forbes.

Keluarga Karapetyan tinggal di Moscow tetapi mereka sebenarnya berketurunan Armenia.

Samvel adalah pemilik Kumpulan Tashir yang menguasai 33 pusat beli belah, empat bangunan pejabat dan lapan hotel di seluruh Russia.


Dengan nilai kekayaan sekitar AS$4 bilion (RM16.24 bilion), maka tidak hairanlah majlis perkahwinan anaknya sangat mewah.

Majlis perkahwinan itu dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Maroon 5 yang dianggarkan menerima bayaran antara AS$500,000 (RM2.03 juta) hingga AS$800,000 (RM3.25 juta).

Sebagai tambahan, beberapa penyanyi terkenal dari Ukraine dan Russia turut membuat persembahan dalam majlis itu.

Pengantin perempuan memakai tiga gaun sepanjang majlis itu termasuk rekaan pereka Lubnan, Elle Saab yang dianggarkan berharga lebih AS$35,000 (RM142,180).


Salome juga memakai hiasan kepala bertatah berlian dan mutiara serta kerongsang yang bernilai lebih AS$200,000 (RM812,459).

Selain busana menakjubkan yang dipakai pengantin hiasan dalaman di lokasi itu menjadikan majlis perkahwinan berkenaan umpama kisah dongeng.


Tetamu yang masuk akan berjalan melintasi laluan yang kelihatan seperti hutan yang cantik lengkap dengan pokok tiruan dan bunga segar.

Seorang tetamu yang memuat naik gambarnya di majlis itu di laman Instagram memberitahu, dia seolah-olah berada di dalam filem Alice in Wonderland.

Di ruang utama di mana 500 tetamu duduk, dihiasi dengan lampu candelier dan lampu kelap-kelip bagi mengwujudkan suasana magis.

Terdapat juga beribu-ribu bunga segar termasuk satu tembok yang dihiasi bunga pelbagai jenis yang luar biasa.

Kek pengantin sembilan tingkat dan dihiasi dengan bunga diletakkan di tengah ruangan utama.

Ia dihasilkan oleh chef terkemuka, Iyad Abusharaf yang pernah bekerja dengan putera Kuwait.

Untuk menyempurnakan semuanya, ruangan itu dilimpahi dengan cahaya berwarna ungu sekali gus mengwujudkan suasana yang menakjubkan.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI