Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

14 Jun 2016

SAMSENG BOLA SEPAK RUSIA PUAS HATI BELASAH PENYOKONG ENGLAND?


EURO 2016 : Samseng Russia menyelar penyokong bola sepak England dengan menyifatkan mereka sebagai ‘perempuan yang tidak tahu berlawan’ selepas pertempuran di Marseille pada perlawanan Euro 2016.

Seorang lelaki Russia, Vladimir, yang menganggap keganasan sebagai satu keseronokan semalam pulang dari perlawanan antara England dan Russia di kejohanan itu mendakwa penyokong England ‘cuma lelaki tua gemuk yang minum banyak bir.’

Pengurus perhubungan awam di Moscow itu yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak berkata, dia tidak peduli jika UEFA mengancam menggugurkan Russia - tuan rumah Piala Dunia 2018 - dari Euro 2016 jika perbalahan seperti yang berlaku selepas perlawanan kedua-dua pasukan di Marseille itu berulang.

Vladimir berada di Marseille kurang dari 48 jam, tetapi berkata, dia melihat semua kejadian dan turut mengambil bahagian.

Puluhan samseng Russia dikenali sebagai ‘ultra’ - termasuk seorang samseng bernama Vasily - dipercayai dalang di sebalik pertempuran itu.

Vasily, 36, anggota geng neo-Nazi, Spartak Gladiator malah mempunyai lambang kumpulan itu ditatu di dadanya, lapor akhbar The Sun.

Dia juga menggunakan pelindung gusi yang tertulis nama gelarannya, ‘killer’ (pembunuh).

Kumpulan samseng ala separa tentera itu membuat persediaan untuk bertempur lagi dengan peminat England pada esok dan lusa.

Polis di Lille berkata, ada ‘risiko tinggi’ peminat England akan menjadi sasaran menjelang perlawanan Russia dengan Slovakia. - Agensi

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI