Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KAYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAYA. Papar semua catatan

14 Jun 2016

MAJLIS PERKAHWINAN ALA-ALA FANTASI DAN TERMAHAL DI DUNIA


Majlis perkahwinan anak lelaki bilionaire Armenia dan pasangannya di Moscow, Russia baru-baru ini dianggap paling mewah pernah diadakan di negara itu apabila menelan belanja lebih AS$2 juta (RM8.12 juta).


Perkahwinan Sargis Karapetyan, 23, dan pasangannya dari Georgia, Salome Kintsurashvili, 25, itu juga dianggap umpama sebuah kisah dongeng.

Majlis itu diadakan di Safisa sebuah dewan mewah di Moscow dan turut dihadiri Presiden Armenia, Serzh Sargisyanu dan ahli politik serta perniagaan berpengaruh.


Dewan Safisa adalah lokasi majlis perkahwinan anak lelaki bilionaire Russia iaitu Said Gutseriev, 28, dengan pasangannya, Khadija Uzhakhovs pada Mac lalu.

Penyanyi terkenal Jennifer Lopez dan Enrique Iglesias turut membuat persembahan dalam majlis perkahwinan yang mendapat tumpuan seluruh dunia itu.


Bagaimanapun, majlis perkahwinan terbaru ini sangat mewah sehingga pernikahan Gutseriev kelihatan seperti majlis biasa.

Sargis adalah anak lelaki Samvel Karapetyan, yang menduduki tangga 28 senarai orang terkaya di Russia yang dikeluarkan oleh majalah Forbes.

Keluarga Karapetyan tinggal di Moscow tetapi mereka sebenarnya berketurunan Armenia.

Samvel adalah pemilik Kumpulan Tashir yang menguasai 33 pusat beli belah, empat bangunan pejabat dan lapan hotel di seluruh Russia.


Dengan nilai kekayaan sekitar AS$4 bilion (RM16.24 bilion), maka tidak hairanlah majlis perkahwinan anaknya sangat mewah.

Majlis perkahwinan itu dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Maroon 5 yang dianggarkan menerima bayaran antara AS$500,000 (RM2.03 juta) hingga AS$800,000 (RM3.25 juta).

Sebagai tambahan, beberapa penyanyi terkenal dari Ukraine dan Russia turut membuat persembahan dalam majlis itu.

Pengantin perempuan memakai tiga gaun sepanjang majlis itu termasuk rekaan pereka Lubnan, Elle Saab yang dianggarkan berharga lebih AS$35,000 (RM142,180).


Salome juga memakai hiasan kepala bertatah berlian dan mutiara serta kerongsang yang bernilai lebih AS$200,000 (RM812,459).

Selain busana menakjubkan yang dipakai pengantin hiasan dalaman di lokasi itu menjadikan majlis perkahwinan berkenaan umpama kisah dongeng.


Tetamu yang masuk akan berjalan melintasi laluan yang kelihatan seperti hutan yang cantik lengkap dengan pokok tiruan dan bunga segar.

Seorang tetamu yang memuat naik gambarnya di majlis itu di laman Instagram memberitahu, dia seolah-olah berada di dalam filem Alice in Wonderland.

Di ruang utama di mana 500 tetamu duduk, dihiasi dengan lampu candelier dan lampu kelap-kelip bagi mengwujudkan suasana magis.

Terdapat juga beribu-ribu bunga segar termasuk satu tembok yang dihiasi bunga pelbagai jenis yang luar biasa.

Kek pengantin sembilan tingkat dan dihiasi dengan bunga diletakkan di tengah ruangan utama.

Ia dihasilkan oleh chef terkemuka, Iyad Abusharaf yang pernah bekerja dengan putera Kuwait.

Untuk menyempurnakan semuanya, ruangan itu dilimpahi dengan cahaya berwarna ungu sekali gus mengwujudkan suasana yang menakjubkan.
Share:

25 Ogos 2015

GELAGAT PAK ARAB YANG BERMEWAH MEWAH


Sudah menjadi seperti acara tahunan, deretan kereta mewah milik golongan kaya dari negara Arab akan memenuhi jalan di sekitar London.

Golongan kaya dari negara Asia Barat ini datang ke London setiap tahun kerana mahu mengelak cuaca panas di negara mereka.

Mereka bukan sahaja membawa gaya hidup eksklusif tetapi sanggup berbelanja tinggi untuk membawa kereta mewah mereka mengembara beribu-ribu kilometer bersama.

Syarikat Franklin antara firma yang menawarkan perkhidmatan eksklusif bagi membawa kereta mewah dan menguruskan percutian golongan kaya ini di London.

Pemiliknya, Michael Shaw berkata, pelanggan mereka tidak menghiraukan bayaran yang tinggi semata-mata mahu kenderaan mewah mereka tiba dalam keadaan baik.

Perarakan kereta mewah di sekitar Knightsbridge dan Sloane Square di London ini sering menjadi tarikan pengunjung.

Ada yang mengambil peluang merakam seberapa banyak gambar dengan kereta yang sangat jarang ditemui ini sementara si pemiliknya berbelanja di butik eksklusif.

Bagaimanapun, untuk membawa kereta mewah di kota terkenal itu bukan sesuatu yang boleh dirancang dalam masa yang singkat.

Ia memerlukan perancangan selama beberapa bulan untuk mengatur ketibaan kereta dengan bantuan sepasukan besar kakitangan.

Menurut Shaw, sesetengah pelanggan akan menghantar kenderaan menggunakan kapal beberapa minggu sebelum ketibaan mereka di kota itu.

Namun, ada juga yang sanggup mengeluarkan belanja sehingga £40,000 (RM260,000) untuk menghantarnya dengan pesawat.

“Pelanggan kami ada di serata dunia tetapi yang sering menggunakan perkhidmatan kami kebanyakannya dari Asia Barat.

“Mereka gemar menghabiskan masa di London ketika musim panas di bandar itu.

“Memiliki kereta mewah melambangkan status seseorang, kerana itu mereka memilih membawanya bersama,” katanya.

Syarikat itu turut menawarkan perkhidmatan mengecat dan ubah suai khas bagi menjadikan kereta pelanggan lebih menonjol.

“Ada pelanggan yang mahukan kereta Lamborghini mereka bersadur emas.

“Kos ini sahaja menelan belanja kira-kira lima kali lebih mahal daripada harga asal kereta,” jelasnya.

Selain perkhidmatan menghantar kenderaan, syarikat itu turut menyediakan pengendali haiwan, tukang kebun dan kru kapal layar untuk pelanggan mereka ketika berada di London.

Pereka dalaman turut diupah untuk memastikan tempat penginapan yang disewa golongan ini sesuai dengan selera mereka.

Shaw juga pernah melihat sendiri bagaimana jutawan ini menghabiskan £50,000 (RM320,000) dalam masa sepuluh minit sewaktu membeli barang kemas dan jam tangan.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI