Sentuhan magis pemain Pulau Pinang Faiz Subri, 30, terus mencipta sejarah bola sepak Malaysia dan Asia selepas merangkul Anugerah Puskas FIFA 2016 di Zurich, Switzerland pada pagi tadi.
Sepakan Faiz dipilih sebagai jaringan terbaik di dunia selepas menerima undian keseluruhan sebanyak 59.46 peratus dan menewaskan pesaingnya Johnath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil (22.86 peratus), wakil tunggal pemain bola sepak wanita Daniuska Rodriguez dari Venezuela. (10.01) peratus dan lain-lain (7.68 peratus).
Jaringan terbaik itu dilakukan ketika Faiz membantu pasukannya menetang pasukan Pahang dengan mencatat kemenangan 4-1 dalam saingan Liga Super tahun lalu.
Anugerah Puskas FIFA tersebut disampaikan oleh legenda bola sepak Brazil, Ronaldo.
View image on Twitter
Faiz menerusi catatan tweetnya berkata: “Memang di luar jangkaan saya untuk sampai ke tahap ini, bersama-sama dengan pemain bola sepak bertaraf antarabangsa yang lain. Saya bersyukur dengan Anugerah Puskas FIFA yang diterima ini.”
Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih buat keluarga, pasukan Pulau Pinang, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga seluruh rakyat Malaysia.
Rakan sekampung bangga kejayaan Faiz Subri
Rakan-rakan sekampung Mohd Faiz Subri di Kampung Pida 6, Tok Kepak di sini berasa bangga dengan kejayaan Mohd Faiz yang merangkul Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2016.
Helmi Baharom, 25, berkata, kejayaan yang dikecapi Mohd Faiz juga kejayaan buat rakan-rakan sepermainan yang pernah bermain bola sepak suatu masa dahulu.
"Kami main bola masa kecil-kecil dulu dan dia seorang yang bersungguh-sungguh jika bermain bola dibandingkan dengan kami, kejayaanya ini adalah hasil usaha beliau sendiri," katanya di rumah keluarga Mohd Faiz selepas pengumuman kemenangan itu di Zurich, Switzerland, awal hari ini.
Beliau berkata selain itu, Mohd Faiz disifatkan sebagai seorang yang sangat menghormati rakan-rakannya walupun dia sebenarnya seorang pemalu.
Bagi Mohd Adha Salleh, 35 beliau percaya Mohd Faiz akan mengulangi kejayaan ini pada masa hadapan bagi anugerah yang lain di peringkat antarabangsa.
"Saya cukup bangga menjadi kawan kepada Mohd Faiz dan akan pergi menjemput beliau di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang lepas ini untuk peluk dia sepuasnya," katanya.
Mohd Faiz merupakan finalis dalam kategori gol tercantik bersama-sama dua pemain lain iaitu Jonath Marlone Azevedo da Silva dari Brazil dan pemain bola sepak wanita, Danisuka Rodriguez dari Venezuela.
Teknik 'knuckleball' yang dicalonkan pada anugerah tersebut dilakukan Mohd Faiz ketika menjaringkan gol melalui sepakan percuma ketika perlawanan Pulau Pinang menentang Pahang pada saingan Liga Super, 16 Feb tahun lepas.
Sejak diperkenalkan pada 2009, anugerah yang bertujuan mengiktiraf gol tercantik di dunia sepanjang sesuatu tahun itu pernah dimenangi bintang bola sepak terkenal dunia antaranya Cristiano Ronaldo, Zlatan Ibrahimovic, Neymar dan James Rodriguez.

0 comments:
Catat Ulasan