Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label PENDATANG ASING. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENDATANG ASING. Papar semua catatan

4 Jun 2018

TAK TAHU ATAU TAK TAKUT??


Kuala Lumpur: “Apa itu Ops Mega ? Saya tak tahu!” itu antara reaksi kebanyakan warga asing yang berpeleseran di kawasan Jalan Petaling di sini.

Wartawan yang melakukan tinjauan hampir dua jam semalam, mendapati ratusan warga asing terutama dari Bangladesh, Myanmar dan Nepal memenuhi kawasan itu.

Kebanyakan mereka bersiar-siar, bertemu rakan dan membeli-belah pelbagai barang keperluan di kedai yang diusahakan rakan senegara.

Walaupun Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) baru melakukan operasi di sekitar kawasan itu Jumaat lalu, selain mengumumkan bakal melaksanakan Ops Mega 3.0 bertujuan menahan pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara bermula 1 Julai depan, kehadiran warga asing tetap ramai.

Namun usaha mendekati mereka sukar berikutan rata-rata mereka melarikan diri setiap kali wartawan mengajukan soalan berkaitan kehadiran mereka di kawasan itu.

Rata-rata mereka mendakwa tidak fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

Seorang warga asing yang enggan dikenali mendakwa jumlah warga asing di Jalan Petaling semalam, berkurang berbanding biasa.

Dia mendakwa ia kemungkinan berpunca susulan operasi JIM, petang Jumaat lalu.

Sementara itu, pekerja pembersihan warga Bangladesh, Rehman, 36, memberitahu berkunjung ke kawasan itu setiap hari Ahad untuk bertemu rakan senegara.

“Saya tidak tahu mengenai operasi (JIM), memang saya biasa datang sini dari Nilai, Negeri Sembilan,” katanya.

Peniaga tempatan yang ingin dikenali sebagai Ramli, 56, berkata, kebiasaannya jumlah warga asing lebih ramai pada Ahad.

“Semasa operasi Jumaat lalu, ramai yang ditahan. Operasi sebegini perlu dilakukan sekerap mungkin, sekurang-kurangnya mereka (warga asing) mula takut.

“Sebelum ini mereka berperangai jelik seperti berada di negara masing-masing. Dalam kalangan 10 peniaga di sini, hanya dua saja peniaga tempatan termasuk saya.

“Kalau boleh operasi perlu dilakukan sehingga ke dalam bangunan seperti Kompleks Kotaraya. Saya lihat semakin ramai warga asing berniaga di dalam bangunan itu. Jangan hanya periksa (warga asing) yang berpeleseran, tangkap sekali semua peniaga haram ini,” katanya.

Kelmarin, 170 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi dijalankan Imigresen Malaysia di Jalan Petaling di sini.

Dalam operasi bermula jam 4 petang, Imigresen Malaysia memeriksa 330 warga asing.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut turun padang dalam operasi yang disertai Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali.
Share:

25 September 2017

JENAYAH BERAT PENDATANG ASING MEMBIMBANGKAN


MAYAT warga asing yang juga peniaga kuih berusia 31 tahun ditemui dalam longkang di Seksyen 27, Shah Alam hari ini selepas dibunuh Khamis lalu oleh rakan senegaranya.

Mangsa dipercayai dibunuh dengan tukul dan mayatnya dikerat sebelum dibalut dengan plastik dan dicampakkan di lokasi berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, motif pembunuhan dipercayai suspek tidak berpuas hati berikutan jualan kuih mangsa lebih laris daripadanya.

Beliau berkata, mangsa dan suspek menjual kuih tidak jauh antara satu sama lain di bawah majikan yang berbeza.

"Menyedari kehilangannya sejak Khamis lalu, majikan mangsa membuat laporan di Balai Polis Taman Alam Megah pagi tadi dan dia turut membawa dua rakan mangsa iaitu suspek yang dipercayai ada kaitan dengan kehilangannya.

"Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku membunuh dan mencampakkan mangsa ke longkang berkenaan.

"Mangsa dibunuh di sebuah rumah di Flat Taman Megah, Seksyen 27 pada Khamis kira-kira 12 tengah hari dan dicampakkan ke longkang terbabit pada 1 tengah hari dengan menaiki sebuah kereta," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh
Share:

7 Ogos 2017

AUTA SI PENDATANG ASING


Tindakan seorang lelaki enggan memberi kerjasama terhadap pihak berkuasa yang menahan adiknya membongkar pemilikan kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) palsu oleh lelaki warga Myanmar itu.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan bersama adiknya dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar pusat bandar raya, dalam operasi bersepadu selama dua hari bermula kelmarin hingga hari ini.

Lelaki Rohingya itu yang memiliki kad UNHCR dibebaskan manakala adiknya yang tidak memiliki dokumen diri ditahan JIM.

Bagaimanapun, lelaki itu terus memeluk adiknya yang dipercayai mengalami masalah mental dan tidak membenarkan anggota JIM menahannya.

Malah, lelaki itu meminta JIM menahannya juga dan akibat tindakan lelaki itu yang keterlaluan, pegawai JIM membuat pemeriksaan lebih rapi ke atas kad UNHCR miliknya.

Dengan menggunakan lampu ultra ungu, mereka mendapati kad UNHCR dimiliki lelaki itu palsu dan dua beradik itu ditahan dan digari bersama.

Meskipun selepas digari bersama, lelaki itu terus memeluk adiknya malah lelaki itu tidak membenarkan lelaki lembam itu duduk di atas lantai sebaliknya di atas ribanya sehingga dimasukkan ke dalam kenderaan penguat kuasa.

Selain tindakan lelaki itu, turut disaksikan gelagat warga asing yang lari lintang-pukang sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

Mengulas lanjut, Ketua Pengarah JIM Datuk Seri Mustafar Ali yang mengetuai operasi itu berkata, kawasan sekitar pusat bandar terutama Jalan Tun Tan Siew Sin, Jalan Petaling dan Jalan Silang mendapat pelbagai jolokan seperti Jakarta Mini, Dhaka Mini (Bangladesh), Yangon (Myanmar), Karachi (Pakistan) selain turut mendapat jolokan bandar kedua Abuja (Nigeria) kerana hampir setiap hari dipenuhi warga asing.

Katanya, lambakan peniaga asing di ibu kota yang secara terang-terangan menjajah beberapa kawasan perniagaan utama.

Mustafar berkata, kebanyakan peniaga asing yang memiliki perniagaan di negara ini asalnya memasuki Malaysia dengan permit buruh, pelajar, pas lawatan sosial dan pegawai dagang.

Katanya, sikap segelintir peniaga tempatan ‘menjual’ lesen atau premis perniagaan selain menyewakannya menjadi punca utama lambakan peniaga warga asing di ibu kota.

Lebih mengecewakan, katanya, ramai dalam kalangan peniaga tempatan menjadi ‘ali baba’ selain sanggup melindungi warga asing.

“Sekarang mereka (peniaga asing) menjadi tauke di KL (Kuala Lumpur) manakala rakyat tempatan menjadi kuli mereka pula.

“Meskipun JIM menjalankan operasi dan tindakan berterusan namun jika timbul isu warga asing, jari dituding ke arah kami. Disebabkan itu, hari ini kami menjalankan penguatkuasaan secara bersepadu bersama DBKL dan PDRM,” katanya selepas operasi berkenaan semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan ke atas 765 warga asing di sekitar pusat bandar selama dua hari, pihaknya menahan seramai 210 warga asing termasuk seorang kanak-kanak.

“Daripada jumlah itu, 95 adalah warga Bangladesh, 56 Myanmar termasuk kanak-kanak lelaki itu, 22 Nepal, 16 India, lapan Indonesia, empat Pakistan, enam Filipina dan masing-masing seorang Sri Lanka dan Ghana.

“Operasi ini akan diteruskan secara bersepadu bagi memutuskan rantaian kesalahan. JIM bertekad untuk membersihkan negara ini daripada pendatang asing tanpa izin,” katanya.
Share:

6 Disember 2016

BUNUH MELALUI TINGKAP GUNA GALAH BERPARANG


Parang yang diikat dengan galah sepanjang tiga meter telah digunakan sebagai senjata untuk membunuh seorang lelaki yang sedang tidur di Kampung Melayu, Subang.

Tiga lelaki termasuk seorang bekas anggota polis, dipercayai telah melakukan jenayah itu melalui tingkap bilik tidur mangsa berkenaan, hanya dengan upah RM1,200 setiap seorang.

Ini semua akibat cemburu seorang lelaki warga Indonesia apabila isteri keduanya diganggu, dan dia bertindak mengupah ketiga-tiga lelaki itu untuk membunuh lelaki yang mengganggu isterinya di rumah berkenaan, pada pukul 2.30 pagi hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata isteri mangsa yang menyedari kejadian berkenaan, sempat merampas galah itu tetapi ketiga-tiga lelaki itu dapat meloloskan diri.

"Mangsa yang ditikam itu dikenali sebagai Yanto, 20an, mengalami pendarahan parah di perut dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh oleh isterinya," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata mangsa disahkan meninggal dunia dua hari kemudian selepas dirawat di hospital itu.

Ditanya pemberita sama ada suspek yang mengupah tiga lelaki itu turut terlibat dalam cubaan membunuh mangsa, Abdul Aziz berkata suspek itu dipercayai bertindak sebagai dalang.

Keempat-empat mereka ditahan di Kampung Melayu Subang pada Jumaat lepas.

Bekas anggota polis yang ditahan itu, merupakan anggota yang dipecat daripada perkhidmatan kerana mempunyai kes salah laku, katanya.

Kesemua mereka ditahan reman seminggu untuk siasatan lanjut.
Share:

22 Ogos 2016

KL BUKAN MILIK KITA LAGI..


KUALA LUMPUR atau nama pendeknya KL, merupakan antara bandar raya terpenting di Asia Timur.

Bandar ini juga merupakan tempat terletaknya bangunan paling terkenal di seluruh dunia, iaitu KLCC. Bangunan pencakar langit setinggi 88 tingkat ini boleh dilihat di hampir keseluruhan KL, namun yang menjadi persoalan, sejauh manakah rakyat Malaysia memiliki metropolitan ini?

Pada sambutan Aidilfi tri lalu, pusat bandar Kuala Lumpur amat jelas telah dikuasai oleh warga asing untuk beberapa hari terutamanya sekitar KLCC, Bukit Bintang dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Di hampir kesemua stesen bas Rapid,

Komuter KTM dan LRT dipenuhi oleh kelompok ini terutamanya dari Bangladesh.

Di KL Sentral, laluan ke arah Pelabuhan Klang dan Rawang, jumlah warga asing didapati jauh lebih ramai berbanding warga tempatan.

Pada hari bekerja sebelumnya pun jumlah mereka sudah ramai, apatah lagi pada musim cuti.

Kita juga dapat melihat kedai-kedai yang seakan-akan milik warga asing semakin membiak di sekitar ibu negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Malah, warga-warga asing ini semakin berani membuka gerai di tepi-tepi jalan seperti tiada penguatkuasaan dikenakan ke atas mereka.

Dengan selamba mereka menjual beg, kasut, makanan, sirih dan rokok di kaki-kaki lima di Jalan Silang, Chow Kit dan kawasan-kawasan sekitarnya, sedangkan kita tahu warga asing tidak dibenarkan berniaga!

Jadi, bagaimana mereka ini dibenar menubuhkan syarikat dan berniaga tanpa sebarang sekatan serta pemantauan pihak berkuasa? Apa yang berlaku sebenarnya?

Dahulu mereka datang sebagai pekerja ladang dan buruh kasar. Tetapi sekarang, mereka meraih kekayaan berganda dengan membuka perniagaan.

Mereka berniaga macam-macam barang. Warga asing ini juga sudah berada dalam lot-lot kedai, pasar minggu dan pasar malam.

Mereka menguasai perniagaan borong dan runcit serta hidup senang-lenang. Daripada sekecilkecil perniagaan hingga sebesarbesarnya. Tinjaulah sendiri di sekitar KL.

Selepas menguasai jalan-jalan dan perniagaan, warga asing ini akan menarik ribuan lagi dari negara mereka sehingga mereka boleh mewujudkan koloni mereka sendiri di kawasan tertentu. Jumlah mereka terus membesar.

Sekarang kita tidak berasa seperti berada di Malaysia lagi jika berjalan kaki di banyak tempat di KL. Umpama berada di Dhaka, Islamabad, Yangoon atau Jakarta, kenapa perkara ini boleh terjadi.

Adakah berlakunya unsur rasuah di mana-mana? Melalui laporan khas Sinar Harian, pelbagai keluh kesah terutamanya pihak persatuan peniaga kecil dan penjaja KL didengari mengenai isu warga asing yang terus menguasai KL tanpa ada penyelesaiannya.

"Orang kita sendiri pun sukar untuk mendapatkan lesen perniagaan, inikan pula warga asing'. Inilah yang sering bermain di fikiran, namun apa yang dilihat adalah sebaliknya.

Akhirnya, ribuan peniaga tempatan keluar dari ibu negara ini dan membiarkannya dikuasai warga asing kerana tidak tahan dengan persaingan dan kesal dengan apa yang berlaku.

Persoalannya, berapa juta sebenarnya warga asing di Malaysia?Apa kata pak pak menteri dalam isu keselamatan dan kedaulatan negara?
Share:

18 Ogos 2016

MEDIA ASING TUDUH IMIGRESEN MALAYSIA DERA TAHANAN KEMBOJA SEHINGGA MATI


PUTRAJAYA : Jabatan Imigresen Malaysia menafikan laporan yang mendakwa ada kejadian tahanan didera sehingga meninggal dunia di sebuah pusat tahanan Imigresen di negara ini.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Mustafar Ali berkata, siasatan awal pihaknya mendapati dakwaan itu tidak benar.

"Ya, pihak kami ambil maklum dan telah menyiasat dakwaan itu namun, ia tidak benar," katanya ketika ditemui di luar Persidangan Antarabangsa mengenai Strategi Lautan Biru (ICBOS) di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai siasatan lengkap kejadian itu tidak lama lagi.

Sebuah akhbar Kemboja, The Cambodia Daily, melaporkan dua wanita rakyat negara itu mendakwa mereka menyaksikan tahanan di Pusat Tahanan Imigresen Juru didera dengan teruk sehingga ada yang meninggal dunia.



Akhbar itu melaporkan kedua-dua wanita berkenaan dihantar pulang dari Malaysia oleh pertubuhan hak buruh Kemboja, Central.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI