Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KERAJAAN MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KERAJAAN MALAYSIA. Papar semua catatan

30 Oktober 2017

KERAJAAN MALAYSIA BAKAL PUTUSKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN KOREA UTARA?


Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menutup kedutaannya di Pyongyang, Korea Utara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia pada masa ini telah memperkenalkan visa kepada rakyat Korea Utara yang mahu ke negara ini.

"Mengenai keadaan di Semenangjung Korea, kedua-dua negara (Malaysia dan Amerika Syarikat) telah menyatakan kebimbangan di atas keselamatan dan keamanan di rantau Asia Pasifik yang diancam oleh tindakan Korea Utara yang menjalankan program ujian nuklear dan ujian peluru berpandu balistik.

"Saya telah menyatakan Malaysia telah mengambil langkah untuk mematuhi kesemua resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan dengan Korea Utara antaranya untuk mengurangkan bilangan pegawai diplomatik Korea Utara.

"Malaysia juga sedang mempertimbangkan hubungan dengan Korea Utara dari aspek termasuk hubungan diplomatik, politik dan ekonomi. Malaysia sedang mempertimbangkan untuk menutup Kedutaan Besar Malaysia di Pyongyang dan memindahkan ke Beijing.

"Malaysia juga kini telah memperkenalkan visa untuk kemasukan warganegara Korea Utara ke negara ini," katanya ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu).

Tiong sebelum itu meminta Perdana Menteri menyatakan apakah hasil lawatan kerja Perdana Menteri ke Amerika Syarikat pada September lalu dan apakah kejayaan yang telah dicapai melalui lawatan tersebut.

Ketegangan antara Malaysia dan Korea Utara tercetus berikutan pembunuhan Kim Jong Nam, abang pemimpin negara itu Kim Jong Un, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lepas.

Pergeseran diplomatik timbul apabila Duta Korea Utara Kang Chol membuat tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia mengenai cara negara ini mengendalikan kes itu yang mengakibatkan Malaysia mengisytiharkan beliau sebagai 'persona non grata' dan mengusirnya keluar.

Kang Chol meninggalkan Kuala Lumpur pada 6 Mac.

Korea Utara bertindak balas dengan mengusir Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohd Nor Azrin Md Zain.

Pada 7 Mac, Pyongyang menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara itu dan Kuala Lumpur mengambil tindakan sama ke atas warganegara Korea Utara yang berada di negara ini.

Malah, Datuk Seri Najib mengumumkan kesemua rakyat Malaysia yang dihalang daripada meninggalkan Korea Utara dibenarkan pulang ke tanah air.

Selain Mohd Nor Azrin sekeluarga, empat lagi rakyat Malaysia terbabit ialah pembantu peribadi kepada Duta Besar Noor Saaidah Jamaluddin, 29 dan suaminya Mohd Radzuan Othman, 29 serta bayi mereka Mohamad Radhiy yang berusia lapan bulan; dan pembantu tadbir S. Nirmala Malar Kodi, 45.
Share:

2 Januari 2017

CAJ TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK!!


MALAYSIA : Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) mengakui terpaksa menaikkan tambang bas sekolah lantaran kenaikan kos harga petrol.

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata kenaikan yang bakal berlaku dijangka tidak melebihi RM10 bagi setiap pelajar dan setiap bulan.

"Selain memberi perkhidmatan bas sekolah, kami sebenarnya juga meniaga. Saya jangka kenaikan akan berlaku tapi tidak banyak.

"Untuk makluman ibu bapa, tambang itu telah diregulasi. Jadi ia bukanlah satu isu lagi di mana ibu bapa boleh berbincang dengan pengusaha untuk dapatkan caj yang dipersetujui bersama," katanya.

Turut bersama dalam diskusi tersebut adalah Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan.

Isu ini timbul lantaran kenaikan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen di mana ia menjadi keperluan utama pengusaha bas sekolah.

Bermula 1 Januari, RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen seliter untuk Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85 pada Disember.
Share:

13 Oktober 2016

PENJAWAT AWAM DI MALAYSIA DISARAN JANGAN MINTA YANG BUKAN-BUKAN!


Penjawat awam sangat beruntung kerana kerajaan amat prihatin menjaga kebajikan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata kakitangan perkhidmatan awam dibayar gaji tinggi, pembayaran gaji tepat pada masanya serta pelbagai elaun dan insentif di samping mendapat kenaikan pangkat dan pencen selepas bersara daripada perkhidmatan.

Katanya, penjawat awam seharusnya merasa diri mereka beruntung berbanding mereka yang bekerja dalam sektor swasta yang tidak begitu terjamin masa depan mereka.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan Malaysia juga menyediakan program post graduate untuk memberi peluang kakitangan yang berminat untuk menyambungkan pelajaran mereka.

Dr Hilmi berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia Zon Sarawak di Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini hari ini.

Seramai 925 graduan dari empat institusi menerima diploma dan sijil dalam pelbagai bidang kursus.

Dr Hilmi turut berpesan kepada semua penjawat awam di bawah Kementerian Kesihatan supaya terus meningkatkan kecemerlangan mereka.

"Kita mahu terus mengekalkan perkhidmatan kesihatan kita yang sudah diiktiraf sebagai antara yang terbaik di dunia," tambah beliau.

Beliau juga mengingatkan anggota penjawat awam di bawah Kementerian Kesihatan supaya mengelak daripada melibatkan diri dengan gejala negatif media sosial.

Menurut Dr Hilmi, kebanyakan bahan yang disebarkan oleh media sosial adalah berita atau maklumat palsu kerana faktanya tidak disahkan berbanding berita yang disiarkan oleh media perdana yang terlebih dahulu mengesahkan faktanya sebelum ia disiarkan.

"Sebagai anggota kerajaan jangan kita menjadi ejen kepada penyebaran fitnah, malah sebagai umat Islam ia adalah satu dosa. Jangan kita melakukan dosa setiap hari, lebih baik anda menumpu kepada kerjaya serta meningkatkan prestasi kerja kita untuk mencapai kecemerlangan," katanya.

Beliau meminta supaya semua penjawat awam sentiasa menjaga profesion dan nama baik kerajaan.

"Jalankan tugas anda dengan baik dan dengan penuh berdedikasi untuk manfaat rakyat," tambah beliau.


Sementara itu di Putrajaya, waktu kerja bagi penjawat awam kekal seperti sekarang, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berhubung cadangan waktu bekerja selama enam jam sehari bagi perkhidmatan awam.

Beliau berkata cadangan bekerja enam jam sehari yang dikemukakan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) itu sudah dikaji dan didapati mungkin mempunyai risiko 'menjejaskan' perkhidmatan awam.

Katanya penekanan dalam perkhidmatan awam sekarang ialah untuk peningkatan produktiviti.

"Selepas kajian itu (dibuat), waktu kerja kekal seperti sekarang," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Persidangan Tahunan Agama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita), di sini hari ini.

Waktu bekerja bagi perkhidmatan awam sekarang adalah sembilan jam sehari.
Share:

1 Oktober 2016

BERATUR PANJANG GARA-GARA MINYAK PETROL DAN DIESEL NAIK TENGAH MALAM TADI


Harga runcit petrol  RON95 dan RON97 naik 10 sen, diesel naik 5 sen mulai tengah malam tadi.

Jurucakap Persatuan Pengusaha Minyak (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz berkata harga baharu berkuat kuasa 1 Oktober bagi RON95 adalah RM1.80 seliter berbanding RM1.70 sen seliter.

Harga RON97 adalah RM2.15 berbanding RM2.05 sen seliter, manakala harga diesel ialah RM1.85 seliter berbanding RM1.80. 

Harga runcit petrol sepanjang September bagi RON95 ialah RM1.70 seliter, RON97 (RM2.05) dan diesel (RM1.70)
Share:

9 Jun 2016

PM UMUM BANTUAN KHAS AIDILFITRI RM500 BAGI PENJAWAT AWAM


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6 juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan mereka.

"Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini," katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1 bilion.

"Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya Aidilfitri 2016," kata perdana menteri.

Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran implikasi kewangan RM1.1 bilion.
Share:

6 Jun 2016

PENJAWAT AWAM SELURUH MALAYSIA TERIMA BONUS 1 BULAN GAJI MENJELANG AIDILFITRI?


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus sebulan gaji kepada penjawat awam menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pendirian itu akan dibentangkan pihaknya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuan yang dijangka ditetapkan dalam masa terdekat.

Menurut Azih, pemberian bonus tersebut dilihat perlu dipertimbangkan oleh kerajaan dengan mengambil kira kos sara hidup penjawat awam yang semakin meningkat di seluruh negara tidak kira di bandar mahupun di kawasan pedalaman.

“Saya sedang menunggu tarikh sesuai bagi membentangkan justifikasi atau pendirian mengenai perkara itu termasuk sebab mengapa kerajaan perlu mempertimbangkan pemberian bonus sebulan gaji sebagai insentif untuk persiapan perayaan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan CUEPACS Melaka di Jabatan Pendidikan Negeri, Bukit Baru, di sini hari ini.

Jelas Azih, pertemuan itu kelak turut akan membincangkan beberapa perkara berkaitan termasuk kesan tiada pemberian bonus selain isu yang diajukan oleh para peniaga untuk meluluskan permintaan itu bagi merancakkan ekonomi domestik.

Share:

1 Jun 2016

KERAJAAN KEKALKAN HARGA RON95, RON97 DAN DIESEL


Harga runcit petrol dan diesel bagi bulan Jun 2016 tidak berubah, menurut Kementerian Kewangan.

Harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada harga RM1.70 seliter, RON97 berharga RM2.05 seliter manakala diesel pada harga RM1.55 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus sejak 1 Disember tahun lepas berikutan penyingkiran subsidi bahan api.
Share:

20 Februari 2016

PIHAK INDUSTRI AMBIL BANGLA KERANA NAK KAUT UNTUNG LEBIH - CUEPACS


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik keputusan kerajaan yang membekukan pengambilan semua pekerja asing ke Malaysia, termasuk dari 1.5 juta dari Bangladesh.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, keputusan itu perlu disusuli dengan inisiatif kerajaan untuk menguar-uarkan kekosongan tenaga kerja yang diperlukan pihak industri kepada rakyat tempatan berikutan banyak peluang pekerjaan hanya dimaklumkan terus kepada ejen pekerja asing.

“Kami amat mengalu-alukan dan bersetuju dengan langkah kerajaan itu. Dalam masa sama, kerajaan perlu memaklumkan kekosongan yang diperlukan industri mengikut bidang tertentu, selama ini tak pernah diberitahu (kepada rakyat tempatan).

“Apa salahnya industri ini beritahu kerajaan, iklan berapa ramai nak pakai, saya yakin mereka akan datang, tetapi perkara ini sebenarnya tidak berlaku,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam yang membuat keputusan untuk menangguh pengambilan pekerja asing ke negara ini termasuk 1.5 juta dari Bangladesh, berkuatkuasa serta-merta.

Beliau berkata, majikan kini digalakkan lebih mengutamakan pengambilan pekerja tempatan berbanding pekerja asing.

Mengulas lanjut, Azih juga mendakwa keengganan pemain industri mengiklankan jawatan kosong dalam tiga bidang iaitu bahaya, kotor dan sukar secara terbuka menjadi punca sebenar rakyat tempatan dipinggirkan dan dimonopoli orang asing.

“Kalau nak ambil pekerja tempatan, dia kena buat iklan, kena buat tapisan, kena temubual, jadi semua ini remeh kepada mereka, ini punca sebenarnya, bukan sebab orang tempatan tak nak bekerja, industri sendiri tak ambil orang tempatan.

“Kita minta supaya kerajaan di bawah program melatih orang tempatan ini untuk memasuki bidang yang diperlukan (industri),” ujarnya.

Dalam pada itu, Azih berkata lagi, pemain industri didakwa lebih gemar mengambil pekerja asing berbanding rakyat tempatan supaya mereka boleh mengaut keuntungan tinggi dari segi mengekalkan bayaran upah yang minimum setiap tahun.

“Bila kerajaan melaksanakan penswastaan sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamed melibatkan Alam Flora dan syarikat perkhidmatan kutipan sisa pepejal lain di seluruh negara, yang bekerja dalam sektor ini telah berubah dari 100 peratus orang kita kepada pekerja asing.

“Kita nampak (industri) nak untung lebih banyak, sebab orang asing gajinya kecil, dia boleh bayar kecil,  habis setahun, dia tukar orang baru, gaji asal balik, ini nak mengekalkan keuntungan.

''Kemudian dia tahu sifat-sifat orang tempatan susah sikit (tindas) berbanding orang asing ini,” katanya lagi.

Penggantungan pengambilan pekerja asing itu berkuatkuasa sementara kerajaan mengkaji semula program levi dua peringkat untuk pekerja asing.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, pekerja asing tanpa izin yang sedia ada di negara ini akan ditahan dan dihantar pulang.

Kelmarin, Bangladesh dan Malaysia memeterai perjanjian persefahaman (MoU) untuk membawa masuk 1.5 juta pekerja secara berperingkat untuk tempoh tiga tahun.
Share:

6 November 2015

RINTIHAN KEPADA TUN MAHATHIR


PENINGKATAN kos sara hidup yang semakin membebankan kini menyebabkan seorang pengguna Facebook meluahkan rintihannya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelamatkan kehidupan rakyat sekarang.

Luahan pengguna yang bernama Redzuan Azariq mendedahkan betapa tertekan hidupnya kini malahan realiti buat rakyat Malaysia hari ini kerana nilai duit sekarang yang kian mengecil.

"Tun tolonglah kami Tun, betapa kami perlukan Tun saat ini, sekarang perbelanjaan kami sehari RM50, isi minyak RM30, makan tengah hari RM10, bayar parking RM10, habis RM50 sehari.

"Gaji kami RM2.5K (RM2,500) sahaja Tun, nak bayar sewa rumah, anak nak sekolah, bayar kereta dan macam-macam lagi. Kami sekarang diambang krisis tahun 1998 yang Tun berjaya tangani.

"Tapi sekarang, kami yang tangani sendiri dengan 'cut cost' kehidupan, makan sehari sekali contohnya, kami rindu Tun, dengarlah suara hati kami," tulisnya di Facebook.

‎Kenyataan Redzuan yang ditulis pada 9 Disember tahun lalu itu kini menjadi viral semula berikutan pelbagai siri kenaikan kos sara hidup rakyat kini.

Petikan kenyataan itu mendapat lebih 300 perkongsian daripada pelayar Facebook yang lain.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI