Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label BARISAN NASIONAL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BARISAN NASIONAL. Papar semua catatan

2 Januari 2017

CAJ TAMBANG BAS SEKOLAH NAIK!!


MALAYSIA : Gabungan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPBSM) mengakui terpaksa menaikkan tambang bas sekolah lantaran kenaikan kos harga petrol.

Presidennya, Mohd Rofik Mohd Yusof berkata kenaikan yang bakal berlaku dijangka tidak melebihi RM10 bagi setiap pelajar dan setiap bulan.

"Selain memberi perkhidmatan bas sekolah, kami sebenarnya juga meniaga. Saya jangka kenaikan akan berlaku tapi tidak banyak.

"Untuk makluman ibu bapa, tambang itu telah diregulasi. Jadi ia bukanlah satu isu lagi di mana ibu bapa boleh berbincang dengan pengusaha untuk dapatkan caj yang dipersetujui bersama," katanya.

Turut bersama dalam diskusi tersebut adalah Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof. Madya Datuk Dr Mohd Ali Hassan.

Isu ini timbul lantaran kenaikan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel kepada 20 sen di mana ia menjadi keperluan utama pengusaha bas sekolah.

Bermula 1 Januari, RON95 adalah RM2.10 seliter berbanding RM1.90 sen seliter untuk Disember, manakala harga diesel ialah RM2.05 seliter berbanding RM1.85 pada Disember.
Share:

24 November 2016

JAMAL BERJANJI AKAN TERUS BUAT ONAR DI SELANGOR


Pengerusi Gabungan NGO Gerakan Merah Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini melancarkan Bersih 7 Selamatkan Selangor sebagai gerakan menyelamatkan negeri tersebut daripada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Mohamed Azmin Ali yang didakwa 'tidak selamat.'

Kata Jamal, Bersih 7 akan menjelajah ke 700 lokasi sekitar Selangor dalam masa empat bulan dengan Sekincan menjadi lokasi pertama jelajah tersebut yang akan bermula Sabtu ini dan berakhir April tahun depan.

Menjelaskan pemilihan nama program tersebut, Jamal berkata ia sebagai menunjukkan definisi sebenar 'bersih' itu kepada rakyat, terutamanya di Selangor susulan perhimpunan Bersih 5 tempoh hari yang disifatkannya gagal.

"Ia berdasarkan tujuh perkara yang kami tuntut dan kita ambil nama bersih (Bersih 5) yang telah gagal supaya nama bersih ini benar-benar 'bersih'.

"Kita nak bersihkan kerajaan Selangor yang kotor, korup, menipu dan penyamun ini," katanya dalam sidang media pelancaran program tersebut di hadapan pintu masuk bangunan pentadbiran negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Bersih 7 menuntut kerajaan negeri yang telus, bersih dan berintegriti; manifesto dan janji pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, keperluan air bersih, penyelewengan wang rakyat, pemilikan rumah mampu milik, penghapusan kronisme dan kerajaan 'carca marba'.

Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar memaklumkan bahawa beliau yakin program itu akan berjaya mencapai matlamatnya apabila berakhir menjelang PRU ke-14 sekaligus menyaksikan kerajaan Selangor kembali kepada Barisan Nasional (BN).

"Saya percaya lepas tu rakyat Selangor akan percaya tentang kewibawaan kerajaan BN dan penipuan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan," katanya.

Sementara itu, mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, Jamal berkata beliau tidak kisah dipanggil kotor dan busuk.

"Tetapi orang sebelah saya kata saya sentiasa wangi, rakan-rakan media selalu rapat dengan saya, mereka tak pernah merungut.

"Saya sebulan pun tak mandi tetapi kerana jiwa, hati saya ini bersih dan murni, segala kekotoran yang ada pada luaran saya akan dibersihkan daripada dalaman saya," ujarnya.

Jamal dibebaskan dari tahanan reman pada Selasa dari ibu pejabat polis Ampang Jaya dengan jaminan polis.

Dia ditahan selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung insiden pukul di sebuah pusat beli-belah di Ampang, Ahad lepas.
Jamal ditahan kira-kira pukul 1.30 pagi Sabtu di sebuah hotel  di ibu negara.

Sejurus dibebaskan Jamal mengumumkan akan menggerakkan program 'Bersih 7' dengan matlamat menyelamatkan negeri Selangor daripada kerajaan yang dipimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Share:

14 Julai 2016

TUN MAHATHIR NEKAD BANTU PAKATAN PEMBANGKANG UNTUK MENENTANG BARISAN NASIONAL PRU-14 NANTI?


Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan satu pakatan parti pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Antara individu yang dikatakan berminat berhubung pembentukan parti baharu itu termasuk bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Saya akan menjadi yang pertama menyertai (parti baharu), tetapi tidak semestinya sebagai presiden. Parti politik baharu akan membentuk satu pakatan besar untuk lawan BN pada PRU-14.

“Pakatan baharu itu boleh disertai sesiapa sahaja termasuk parti pembangkang, NGO dan individu,” kata Tun Dr Mahathir selepas mengadakan mesyuarat selama tiga jam dengan pemimpin pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, beliau tidak berminat bertanding pada PRU-14, sebaliknya akan memberi tumpuan membantu parti pembangkang menentang BN.

“Bagaimanapun saya tidak berminat bertanding pada PRU-14 dan cukup sekadar memainkan peranan penting nanti,” katanya.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Kelmarin, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan sebuah parti baharu mungkin ditubuhkan dengan diterajui Tun Dr Mahathir yang akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan BN.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata matlamat sesebuah parti baharu seharusnya bukan hanya sekadar untuk memenangi pilihan raya.

Memetik kenyataan Datuk Seri Salleh Said yang dimuat naik menerusi blognya, beliau ingin melihat apakah hala tuju parti baharu itu termasuk gabungan.

"Apa yang lebih penting adalah apa yang mereka mahu capai dan bagaimana mereka berharap untuk mencapainya. Terlalu panjang senarai parti dan pakatan politik yang pernah ditubuhkan dan berkubur.

"Ia lebih daripada menubuhkan parti dan pakatan untuk menang pilihan raya. Kita patut lihat apakah yang mampu ditawarkan parti serta pakatan baharu ini kepada Malaysia.

"Kadang-kala pengundi memilih untuk mencuba dan menguji berbanding memilih sesuatu yang mereka tidak ketahui atau tidak pernah alami," katanya lagi.
Share:

19 April 2015

GAJI DAN ELAUN AHLI PARLIMEN NAIK LAGI ??


KUALA LUMPUR 10 April – Dewan Rakyat awal pagi ini meluluskan Rang Undang-Undang Ahli Parli­men (Saraan) (Pindaan) 2014 ber­kaitan kenaikan gaji dan elaun Ahli Parlimen yang ditangguhkan pada sidang Dewan Rakyat lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika membentangkan bacaan kali kedua akta itu berkata, pindaan tersebut berikutan faktor persekitaran masa kini yang mencabar kepada ahli Parlimen.

“Selain itu, tugas-tugas ahli Parlimen bertambah berat dan membawa harapan tinggi rakyat dan ini akan menambahkan semangat Yang Berhormat untuk bertugas lebih gigih dan dedikasi,” katanya.

Dengan lulusnya rang undang-undang ini, gaji bulanan anggota Dewan Rakyat dinaikkan kepada RM16,000 daripada RM11,000, anggota Dewan Negara (RM11,000 daripada RM7,000), Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM22,000 daripada RM16,000) dan Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat (RM31,000 daripada RM20,000).

Ketika ini, ahli Parlimen menerima gaji pokok RM6,508.59 sebulan selain elaun bulanan RM5,000 bagi menampung perbelanjaan keraian, gaji pemandu, perjalanan dan bil telefon bimbit.

Mereka juga dibayar elaun me­syuarat RM200 sehari apabila menghadiri sidang Dewan Rakyat dan elaun harian RM150 bagi menghadiri mesyuarat dengan agensi kerajaan.

Share:

9 Oktober 2014

ISU YANG HARUS DI BERI PERHATIAN DALAM BAJET 2015


Masalah kos sara hidup tumpuan tertinggi rakyat Malaysia untuk Bajet 2015

Isu kos sara hidup dianggap paling penting dalam kalangan rakyat Malaysia menjelang pengumuman Bajet 2015 pada 10 Oktober nanti.

Dalam satu tinjauan yang dijalankan di laman web Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, didapati bahawa 'Kos Sara Hidup' mendapat pilihan tertinggi dengan undian sebanyak 36,921.

Undian tersebut dijalankan sejak Ogos 2014 menerusi laman mikro www.najibrazak.com/bajet2015 bagi mendapatkan maklum balas berkaitan isu yang menjadi tumpuan menjelang Bajet 2015 Jumaat ini.

Selain 'Kos Sara Hidup', empat kategori tertinggi seterusnya ialah Pekerjaan yang mendapat 22,459 undian, Perumahan dan Kehidupan Bandar (20,478 undian), Pendidikan (13,762 undian) dan Kebajikan Sosial bagi OKU & Golongan Tidak Bernasib Baik (13,738 undian).

Bagi isu Keselamatan Awam & Rasuah pula, ia mendapat 10,759 undian.

Isu itu agak hangat diperbincangkan serta mendapat perhatian susulan pendakwaan terhadap beberapa pegawai tertinggi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Selain itu, kategori Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang menjadi topik perdebatan sejak ia diumumkan pada Bajet tahun lalu, hanya mendapat 10,143 undian.

Kategori lain dalam senarai undian ialah Penjagaan Kesihatan, Persekitaran & Pertanian, Pengangkutan & Infrastruktur, Pembangunan Ekonomi, Kebudayaan dan Pelancongan, Percukaian, Perniagaan dan Kewangan, Perkhidmatan Awam, Pembangunan Luar Bandar.

Kategori yang mendapat undian terendah ialah Belia & Sukan dengan hanya 1,918 undi.

Sementara itu dalam ruangan maklum balas pula, komen daripada Mohd Arif yang meminta supaya harga petrol dikurangkan mendapat sokongan tertinggi oleh rakyat Malaysia.

"Harga minyak petrol kian meningkat. Saya berharap subsidi minyak petrol ini hanya untuk golongan berpendapatan RM5,000 ke bawah. Kos minyak petrol ini meningkatkan perbelanjaan isi rumah," kata komen tersebut.

Komen seterusnya yang mendapat perhatian ialah daripada Abdul Rahman Kamis yang meminta kerajaan memperhalusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Selain itu, komen daripada Mohd Shafie pula menyatakan harapan agar Bajet 2015 lebih menitikberatkan kesusahan golongan pertengahan.

Kos sara hidup dijangka akan diberi tumpuan serius oleh kerajaan pada pengumuman Bajet 2015 oleh Perdana Menteri Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Dr Ahmad Husni Hanadzlah, Ogos lalu yang berkata perkara itu adalah antara 30 inisiatif kerajaan dalam Bajet 2015 dalam usaha membantu mengurangi beban rakyat.

Ia juga merupakan permintaan golongan belia Gen-Y menerusi satu sesi Google Hangout bersama astroawani.com, yang mahukan agihan peruntukan lebih adil agar ia memanfaatkan golongan yang benar-benar memerlukannya.


Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI