Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

6 Jun 2016

PENJAWAT AWAM SELURUH MALAYSIA TERIMA BONUS 1 BULAN GAJI MENJELANG AIDILFITRI?


Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus sebulan gaji kepada penjawat awam menjelang Aidilfitri tidak lama lagi.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, pendirian itu akan dibentangkan pihaknya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuan yang dijangka ditetapkan dalam masa terdekat.

Menurut Azih, pemberian bonus tersebut dilihat perlu dipertimbangkan oleh kerajaan dengan mengambil kira kos sara hidup penjawat awam yang semakin meningkat di seluruh negara tidak kira di bandar mahupun di kawasan pedalaman.

“Saya sedang menunggu tarikh sesuai bagi membentangkan justifikasi atau pendirian mengenai perkara itu termasuk sebab mengapa kerajaan perlu mempertimbangkan pemberian bonus sebulan gaji sebagai insentif untuk persiapan perayaan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan CUEPACS Melaka di Jabatan Pendidikan Negeri, Bukit Baru, di sini hari ini.

Jelas Azih, pertemuan itu kelak turut akan membincangkan beberapa perkara berkaitan termasuk kesan tiada pemberian bonus selain isu yang diajukan oleh para peniaga untuk meluluskan permintaan itu bagi merancakkan ekonomi domestik.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI