Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label TUN MAHATHIR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label TUN MAHATHIR. Papar semua catatan

5 Jun 2018

AGONG PERKENAN PELANTIKAN TOMMY THOMAS SEBAGAI PEGUAM NEGARA YANG BAHARU


YANG di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Seri Paduka telah menitahkan perkara itu mengikut Perkara 145 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama, kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” katanya.

Dalam kenyataan bertarikh 4 Jun yang dihantar Istana Negara hari ini, Wan Ahmad Dahlan berkata, Seri Paduka bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

"Setelah mengambil kira pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja tentang pelantikan (i) Peguam Negara Malaysia, (ii) hak Bumiputera serta (iii) peranan Majlis Raja-Raja di bawah Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga memperkenan penamatan perkhidmatan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai Peguam Negara oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Wan Ahmad Dahlan berkata, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.

“Seri Paduka Baginda menitahkan bahawa Baginda mempunyai kewajipan untuk menegakkan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan memelihara hak-hak orang Melayu dan Bumiputera serta melindungi agama Islam,” katanya.

Baru-baru ini, Dr Mahathir telah mencadangkan peguam terkemuka Tommy Thomas sebagai calon Peguam Negara bagi menggantikan Mohamad Apandi, kepada Yang di-Pertuan Agong.
Share:

1 Jun 2018

TUN M BERI PERINGATAN PADA PENJAWAT AWAM


Kerajaan minta penjawat awam yang terlibat secara langsung dengan kempen parti pemerintah sebelum ini, Barisan Nasional, untuk kembali neutral.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini adalah penting supaya mereka dapat melaksanakan tanggungjawab di bawah pemerintahan Pakatan Harapan dengan baik.

"Kami dapati ramai penjawat awam yang terlibat dalam kempen Barisan Nasional.

"Ini tidak betul. Sebagai penjawat awam, mereka harus bersikap neutral dan berkhidmat untuk kerajaan sedia ada," kata Dr Mahathir.

Apabila ditanya apa tindakan yang akan diambil terhadap golongan ini, Dr Mahathir berkata Kerajaan tidak ingin menghukum sewenang-wenangnya.

"Kami berharap mereka boleh kembali neutral agar perjalanan pentadbiran Kerajaan kini dapat diteruskan dengan baik," kata beliau dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Share:

22 Mei 2018

GUGUR JIKA GAGAL LAKSANA TUGAS!


Anggota Kabinet yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan boleh digugurkan dan digantikan dengan anggota Parlimen lain yang lebih layak, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, urusan melantik menteri-menteri Kabinet bukanlah satu tugas mudah dan pastinya tidak akan ada Kabinet yang sempurna serta tidak sunyi daripada kritikan orang ramai.

"Memang tidak ada perfect Cabinet. Sentiasa ada saja cacat celanya. Kita pilih macam mana pun ada orang tak puas hati. Yang saya pilih ni pun saya tahu ramai yang tak puas hati. Tapi nak satisfy everybody (puaskan hati setiap orang) pun tak mungkin.

"Jadi kita akan cuba. Kalau (prestasi) tidak satisfactory (memuaskan), kita kena gugur dan kita pilih lain. Tetapi kita kena bagi peluang supaya ramai orang baharu masuk (menyandang jawatan dalam Kabinet) dan wanita pula, tuntutan mereka kita kena ambil kira. Jadi, tak mudah mengisi jawatan Kabinet," katanya.

Beliau bercakap kepada wartawan selepas upacara mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia 13 menteri Kabinet di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.

Dr Mahathir berkata beliau kini boleh mengadakan mesyuarat Kabinet walaupun masih ada lagi jawatan menteri yang belum diisi.

Menurutnya, jumlah akhir menteri Kabinet mungkin akan mencecah 28 orang setelah ditambah wakil daripada Sabah dan Sarawak.

Diminta mengulas mengenai kritikan sesetengah pihak terhadap pemilihan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, Dr Mahathir berkata: "Dia seorang professor, seorang intelektual, dan seorang lulusan bidang agama tetapi bahasa Inggerisnya baik.

"Kita kalau pilih yang lama saja ataupun yang ada connection saja pun tak boleh juga. Kita kena bagi kat orang lain... kita cuba.

"Tapi ramai daripada menteri yang kita pilih tidak ada pengalaman. Jadi kita kena ada bantuan daripada pakar," tambahnya.
Share:

14 Julai 2016

TUN MAHATHIR NEKAD BANTU PAKATAN PEMBANGKANG UNTUK MENENTANG BARISAN NASIONAL PRU-14 NANTI?


Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan satu pakatan parti pembangkang yang melibatkan sebuah parti baharu, PKR, DAP dan Amanah akan ditubuhkan untuk menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) nanti.

Antara individu yang dikatakan berminat berhubung pembentukan parti baharu itu termasuk bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas naib presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Saya akan menjadi yang pertama menyertai (parti baharu), tetapi tidak semestinya sebagai presiden. Parti politik baharu akan membentuk satu pakatan besar untuk lawan BN pada PRU-14.

“Pakatan baharu itu boleh disertai sesiapa sahaja termasuk parti pembangkang, NGO dan individu,” kata Tun Dr Mahathir selepas mengadakan mesyuarat selama tiga jam dengan pemimpin pembangkang dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir berkata, beliau tidak berminat bertanding pada PRU-14, sebaliknya akan memberi tumpuan membantu parti pembangkang menentang BN.

“Bagaimanapun saya tidak berminat bertanding pada PRU-14 dan cukup sekadar memainkan peranan penting nanti,” katanya.

Antara pemimpin pembangkang yang hadir adalah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Kelmarin, bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendedahkan sebuah parti baharu mungkin ditubuhkan dengan diterajui Tun Dr Mahathir yang akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan BN.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata matlamat sesebuah parti baharu seharusnya bukan hanya sekadar untuk memenangi pilihan raya.

Memetik kenyataan Datuk Seri Salleh Said yang dimuat naik menerusi blognya, beliau ingin melihat apakah hala tuju parti baharu itu termasuk gabungan.

"Apa yang lebih penting adalah apa yang mereka mahu capai dan bagaimana mereka berharap untuk mencapainya. Terlalu panjang senarai parti dan pakatan politik yang pernah ditubuhkan dan berkubur.

"Ia lebih daripada menubuhkan parti dan pakatan untuk menang pilihan raya. Kita patut lihat apakah yang mampu ditawarkan parti serta pakatan baharu ini kepada Malaysia.

"Kadang-kala pengundi memilih untuk mencuba dan menguji berbanding memilih sesuatu yang mereka tidak ketahui atau tidak pernah alami," katanya lagi.
Share:

6 November 2015

RINTIHAN KEPADA TUN MAHATHIR


PENINGKATAN kos sara hidup yang semakin membebankan kini menyebabkan seorang pengguna Facebook meluahkan rintihannya kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelamatkan kehidupan rakyat sekarang.

Luahan pengguna yang bernama Redzuan Azariq mendedahkan betapa tertekan hidupnya kini malahan realiti buat rakyat Malaysia hari ini kerana nilai duit sekarang yang kian mengecil.

"Tun tolonglah kami Tun, betapa kami perlukan Tun saat ini, sekarang perbelanjaan kami sehari RM50, isi minyak RM30, makan tengah hari RM10, bayar parking RM10, habis RM50 sehari.

"Gaji kami RM2.5K (RM2,500) sahaja Tun, nak bayar sewa rumah, anak nak sekolah, bayar kereta dan macam-macam lagi. Kami sekarang diambang krisis tahun 1998 yang Tun berjaya tangani.

"Tapi sekarang, kami yang tangani sendiri dengan 'cut cost' kehidupan, makan sehari sekali contohnya, kami rindu Tun, dengarlah suara hati kami," tulisnya di Facebook.

‎Kenyataan Redzuan yang ditulis pada 9 Disember tahun lalu itu kini menjadi viral semula berikutan pelbagai siri kenaikan kos sara hidup rakyat kini.

Petikan kenyataan itu mendapat lebih 300 perkongsian daripada pelayar Facebook yang lain.
Share:

6 Disember 2014

ORANG MALAYSIA BODOH TAK MAMPU URUSKAN MALAYSIA AIRLINES (MAS) - TUN MAHATHIR


MALAYSIA - "Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS (Malaysia Airline System Berhad) rugi," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.

Demikian reaksi balas bekas pemimpin negara itu apabila diajukan tentang keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Chrisoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.

Beliau berkata lagi tidak hairan jika 'orang luar' diberikan kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.

"Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah," katanya lagi.

Mueller, ketika ini merupakan CEO Aer Lingus Plc, syarikat penerbangan nasional Ireland, juga dicalonkan menyertai Lembaga Pengarah MAS.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI