Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label BODOH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BODOH. Papar semua catatan

24 Mei 2016

WAJARKAH MEREKA INI DI GELAR PEMANDU YANG BODOH DAN TOLOL?


PERKONGSIAN seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai petugas perubatan mengenai rasa kecewa dan sedih dengan sesetengah pengguna jalan raya di Malaysia menjadi viral, hari ini.

Berdasarkan perkongsian di laman Facebook tersebut, individu berkenaan menaiki sebuah ambulans yang sedang menuju ke lokasi kemalangan di Simpang Ampat, Alor Gajah, semalam.

Menurutnya, petugas bantuan menganggarkan tempoh perjalanan ke lokasi kemalangan menjadi 20 minit, tapi lain jadinya.

"It did not (tidak berjaya sampai dalam 20 minit). Kenapa? Salahkan sikap tidak bertanggungjawab pemandu di Malaysia yang menggunakan lorong kecemasan," kata petugas tersebut.

Katanya, walaupun siren ambulans berbunyi, pemandu di lorong kecemasan 'buat pekak' dan tidak berganjak.

"Ini bukan kali pertama dialami oleh petugas kecemasan, tapi ini adalah yang paling teruk.

"Ketibaan ambulan bantuan telah dilewatkan selama 60 minit," luahnya kesal.

Selain perkongsian foto, petugas tersebut juga memuat naik sebuah video yang menunjukkan pengguna jalan raya menyalahgunakan lorong kecemasan ketika kejadian.

"Kepada semua pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan lorong kecemasan hari ini, bayangkan jika mangsa kemalangan adalah ahli keluarga atau saudara anda.

"Adakah anda akan buat perkara yang sama? (menyalahgunakan lorong kecemasan)

"Semoga mangsa kemalangan sampai ke hospital tepat pada masanya dan Tuhan rahmati mereka," akhiri beliau.

Gambar dan video yang memperlihatkan tindakan pengguna jalan raya yang menggunakan lorong kecemasan mendapat kutukan netizen di laman sosial.


"PEMBUNUH!". Begitulah luah seorang pelayar laman sosial Facebook selepas ambulans didakwa sampai lewat ke lokasi sebuah kemalangan disebabkan salah guna lorong kecemasan oleh pengguna jalan raya yang lain.

Menurut pelayar berkenaan yang mendakwa berada di lokasi kejadian, selepas lorong tengah dan lorong kanan berdekatan tol Simpang Ampat tertutup akibat kemalangan, orang ramai bertindak menggunakan lorong kecemasan.

"Tinggal satu lorong. Dan bila jadi macam ni, pembunuh-pembunuh ni buat apa yang diorang selalu buat, gunakan lorong kecemasan," kata pelayar tersebut.

Menurutnya, selain menggunakan lorong kecemasan, 'pembunuh-pembunuh' memperlahankan kenderaan berdekatan lokasi kemalangan untuk mengambil gambar.

"Korang nak ambil gambar bukti jenayah korang ke apa?

"Kemalangan berlaku lebih kurang pukul 3.30 petang, dan ambulans pertama yang sampai adalah lebih kurang sejam kemudian! Sejam weh, perjalanan yang biasanya ambil masa tak sampai 15 minit. Ambulans tu ambil penunggang pertama dan tinggal seorang penunggang. Ambulans kedua sampai selepas 2 jam setengah!" jelas beliau.

"Semua disebabkan pembunuh-pembunuh ni yang dengan tanpa segan silu guna lorong kecemasan," tambahnya.

Perkongian pelayar laman sosial tersebut menjadi viral dan disokong lebih berpuluh-puluh ribu pelayar laman lain.

Difahamkan, kedua-dua penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut meninggal dunia.


Share:

11 Januari 2015

PESTA ARAK PESTA SEKS, BUDAK MELAYU SEMAKIN HANYUT..


Klang: Polis menahan 19 lelaki dan 10 wanita kerana terbabit dalam pesta dadah dan seks di bilik hotel di Jalan Batu Tiga Lama, Klang, awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira 3 pagi itu, dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara selepas menerima maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, semua yang ditahan berusia 20 hingga 37 tahun termasuk dua daripadanya bekerja sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan kemudiannya menemui pelbagai jenis dadah seperti eramin, ketamin dan ekstasi serta satu botol berisi air ketum.

"Siasatan lanjut mendapati, mereka mengadakan parti berkenaan untuk menyambut ulangtahun kelahiran seorang daripada individu yang ditahan dan mereka kemudiannya di bawa ke IPD Klang Utara untuk siasatan lanjut,"

Share:

18 Disember 2014

MINGGU INI KECOH KISAH RAKYAT CHINA GELABAH NAIK PESAWAT


Beijing: Belum lagi reda mengenai tindakan bodoh dalam pesawat oleh pelancong China, timbul pula satu lagi kisah yang dicetuskan penumpang pesawat dari negara itu.

Minggu lalu, berlaku kejadian melontar mi panas terhadap seorang pramugari AirAsia Thailand dan ancaman mengebom pesawat itu yang dilakukan sepasang kekasih dari negara itu.

Kelmarin, satu lagi kes timbul, membabitkan seorang penumpang yang bertindak mengaktifkan gelungsur kecemasan semata-mata kerana mahu keluar cepat dari pesawat yang dinaikinya.

Penerbangan China Eastern MU2331 yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sanya dari Xi’an mendarat sekitar jam 9 malam kelmarin dan hampir siap untuk berhenti di kawasan yang ditetapkan sebelum seorang penumpang membuka pintu kecemasan.

Penumpang berkenaan sebelum itu memberitahu rakannya, dia tidak sabar untuk keluar dari kapal terbang berkenaan sebaik ia mendarat.

Dia membuka pintu kecemasan itu, menyebabkan gelungsur kecemasan terpasang.

Apabila ditahan kerana tindakannya itu, penumpang berkenaan berkata, dia tidak tahu pintu kecemasan tidak boleh dibuka walaupun perkataan melarangnya jelas terpampang pada pintu itu.

Share:

10 November 2014

ZALIM DAN KEJAM !!

ZALIM DAN KEJAM, itulah ungkapan 'marah' yang di luahkan oleh beberapa individu yang menjumpai 4 orang kanak-kanak ditinggalkan di sekitar pekan Sibu Jaya.

Kanak-kanak terbabit yang kelihatan terpinga-pinga itu dijumpai orang ramai yang sedang lalu lalang di hadapan Kedai Rahmah Cafe.Ketika dijumpai mereka dibekalkan RM70 dan sebuah beg dan dipercayai dari kaum Iban.

Hasil siasatan polis, kanak-kanak terbabit telah dihalau keluar dari rumah mereka namun masih tidak dapat mengesan keluarga yang bertanggungjawab dan pihak polis telah menyerahkan kanak-kanak terbabit kepada pihak yang berwajib untuk penjagaan sementara.

Kanak-kanak yang berumur 2-7 tahun dijumpai orang ramai


"Ada juga ibu bapa yang sanggup meninggalkan anak-anaknya. Perbuatan yang sangat kejam dan keterlaluan. Kasihan dengan anak-anak ini. Siapakah ibu bapa yang kejam ini?"
Share:

22 September 2014

BIADAP DAN ANGKUH

Sudah di ketahui umum Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai berbilang bangsa kaumnya.Negara ini juga aman damai setelah sekian lama mengamalkan toleransi yang baik antara kaum.Ya, memang benar tidak semua `manusia` itu mudah `dipuaskan` nafsunya.

Namun jika di dalam diri tidak di didik dengan betul erti hormat menghormati, maka negara telah memiliki seorang `pengkhianat` negara.Sebabnya mudah..apabila lagu `Negaraku` dan sesitiviti bangsa lain tidak dihormati, perpecahan dan pergaduhan antara kaum mudah berlaku.Jawapan yang paling mudah ialah, anda harus menukar status kewarganegaraan.Jangan berpijak pada bumi yang bertuah ini lagi.


Screenshot komen pemilik akaun yang bernama Tenashar Low

Antara kandungan statusnya itu adalah: “Kerajaan menganiaya saya setiap hari, adakah sekarang mereka minta saya menghormati mereka dengan berdiri semasa lagu (Negaraku) yang penuh penipuan dimainkan? Sudahlah saya membayar harga tiket (wayang) yang termasuk cukai A, cukai B dan cukai C? Saya cuma ingin menikmati filem yang ditonton, kepada mereka yang menyalahkan orang lain yang tidak berdiri, adakah anda fikir negara melayan kit dengan baik? Bodoh.”

Untuk rekod, gadis itu menggunakan perkataan ‘threaten’ yang bermaksud mengancam tetapi dalam konteks itu, dia mungkin bermaksud ‘treat’ iaitu layan.

Dengan harapan pihak berkuasa dapat menahan wanita ini dan mengambil tindakan dengan serta merta dan sewajarnya.(Fair&Lovely)..adiosss amigoss!
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI