Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label AIB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label AIB. Papar semua catatan

14 Julai 2016

SUAMI BARAN BOGELKAN ISTERI DI DEPAN RUMAH JADI TATAPAN JIRAN


Azab buat seorang wanita bersuamikan lelaki baran apabila terpaksa menanggung malu selepas dibogelkan di hadapan rumah hingga menjadi tatapan jiran tetangga dalam kejadian di Ketereh, di sini.

Terbaru, mangsa yang berusia 31 tahun itu turut mengalami lebam pada paha dan lengan serta bengkak di muka dan dahi kerana dipukul suami yang berusia 50 tahun itu pada jam 5.30 petang, 24 Jun lalu.

Ibu kepada seorang anak berusia tiga tahun itu berkata, kejadian dia dibogelkan itu berlaku pada awal Jun lalu.

Katanya, ketika itu, dia baru selesai mandi dan suaminya tiba-tiba berang bertindak mengoyakkan baju serta mengheretnya ke hadapan rumah dalam keadaan seluruh tubuh badan terdedah tanpa seurat benang.

“Ketika itu saya bergantung (memeluk) pada kakinya, menyembahnya, merayu, namun dia tetap membiarkan saya di luar rumah dalam keadaan memalukan begitu. Saya dibiarkan begitu kira-kira 15 minit,” katanya.

Menurutnya, ada jiran tetangga dan orang ramai yang lalu-lalang di hadapan rumah melihat diri serta maruahnya ‘dihina’ sedemikian. Terdapat juga jiran yang melihat kejadian itu dari dalam rumah, namun mereka takut untuk membantu.

Katanya, sebelum ini dia kerap kali dipukul suami sejak mereka mendirikan rumah tangga empat tahun lalu sehingga berasakan bingung serta trauma dengan penyeksaan itu.

“Terbaru, saya dipukul teruk sekali hanya kerana menukar namanya dalam telefon bimbit daripada suami kepada nama panggilan sahaja. Selepas kejadian itu, saya nekad membuat laporan polis bimbang perkara lebih buruk berlaku,” katanya.

Katanya, suaminya seorang yang bertanggungjawab dari segi perbelanjaan rumah serta menyayangi anaknya, cuma panas baran lelaki itu bertambah selepas berkahwin dengan seorang wanita lain, baru-baru ini.

“Saya sedar diri hanya seorang suri rumah, tidak berpelajaran, tidak berharta, orang susah selain hidup sebatang kara, namun, tidak wajar saya menjadi mangsa pukul.

“Jangan fikir apabila cukup memberi nafkah, kemudian suami boleh memperlakukan sesuka hati pada isteri. Hinggakan saat ini saya berasa trauma dengan kejadian yang menimpa diri,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Setapa Yusoff mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Share:

11 Januari 2015

PESTA ARAK PESTA SEKS, BUDAK MELAYU SEMAKIN HANYUT..


Klang: Polis menahan 19 lelaki dan 10 wanita kerana terbabit dalam pesta dadah dan seks di bilik hotel di Jalan Batu Tiga Lama, Klang, awal pagi tadi.

Serbuan kira-kira 3 pagi itu, dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara selepas menerima maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, semua yang ditahan berusia 20 hingga 37 tahun termasuk dua daripadanya bekerja sebagai anggota polis bantuan sebuah bank.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di dalam bilik berkenaan kemudiannya menemui pelbagai jenis dadah seperti eramin, ketamin dan ekstasi serta satu botol berisi air ketum.

"Siasatan lanjut mendapati, mereka mengadakan parti berkenaan untuk menyambut ulangtahun kelahiran seorang daripada individu yang ditahan dan mereka kemudiannya di bawa ke IPD Klang Utara untuk siasatan lanjut,"

Share:

15 Oktober 2014

DI BOGELKAN KERANA TIDURI SUAMI ORANG

Dia dibogelkan secara paksa dan dipukul tanpa belas kasihan oleh sekumpulan wanita di jalan raya yang sibuk.

Bukan saja polis tidak datang membantu, malah orang ramai juga tidak campur tangan ketika kumpulan wanita berkenaan menendang celah kelangkang dan payu dara Lin Yao Li, 38, walaupun dia meraung kesakitan.Saksi berkata, Lin tidak layak dibantu kerana dia tidur dengan suami orang.

Ia kejadian terbaru seumpamanya di China yang menyaksikan wanita dimalu dan dipukul di khalayak ramai kerana menjadi punca lelaki bersikap curang terhadap isteri.Dalam kejadian kelmarin, Lin diserbu empat wanita ketika berjalan pulang dari membeli-belah di Puyang, wilayah Henan, di timur China.

Dengan menumbuk dan menendangnya sehingga Lin terjatuh sambil meraung kesakitan, penyerangnya kemudian menanggalkan pakaiannya sebelum memukulnya lagi, menarik rambut dan menendang celah kelangkang dan payu daranya.


Serangan ganas itu dikatakan dirancang oleh isteri lelaki yang didakwa tidur dengan Lin. Dia dibantu tiga rakannya.Orang ramai yang berada di tempat kejadian hanya memerhatikannya.

Seorang lelaki tempatan, Jun Feng, 30, yang membantu Lin selepas penyerangnya meninggalkan tempat itu memberitahu stesen televisyen tempatan: "Kejadian ini sudah menjadi perkara biasa.

"Isteri dan teman wanita membalas dendam terhadap lelaki mereka dengan menyerang wanita lain. Orang ramai tidak berminat membantu."

Lin yang calar-balar dan lebam kemudian dibawa ke hospital selepas merayu dipanggilkan ambulans.-Agensi

Share:

SELUAR PERAGUT TERLONDEH !!

Tumpat: Perbuatan seorang lelaki berusia 36 tahun yang menaiki basikal dan berkain pelekat meragut seorang remaja menerima padahnya, apabila kain pelekatnya tertanggal ketika dikejar penduduk kampung yang berang dengan tindakannya.


Dalam kejadian jam 8.30 pagi semalam di tepi jalan dekat simpang Stadium Mini, Pengkalan Nangka, di sini, lelaki terbabit meragut beg tangan remaja perempuan berusia 17 tahun diletakkan dalam raga motosikalnya.

Dia turut mengugut mahu mencederakan remaja terbabit selepas menyambar beg tangan berisi kad pengenalan, telefon bimbit Nokia dan wang tunai RM200.

Bagaimanapun, nasibnya kurang baik apabila remaja itu meminta tolong penduduk kampung yang kemudian mengejarnya dan sempat memukul hingga cedera, selain kain pelekatnya tertanggal ketika cuba melarikan diri.

Difahamkan, gambar lelaki itu turut tersebar di laman sosial memperlihatkan dia separuh bogel seperti bersantai di tepi jalan dengan hidung dan mulut berdarah.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaharuddin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu.

Katanya, suspek seorang penganggur berasal dari Kampung Bukit Payong, Terengganu, meragut mangsa sebelum mangsa meminta bantuan penduduk kampung berhampiran.

"Dia dikejar tidak jauh dari lokasi dia meragut mangsa dan cedera akibat bergelut dengan orang kampung ketika melepaskan diri.

"Suspek dibawa ke Hospital Tumpat, di sini untuk mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI