Pelakon Filem Fast & Furious, Tyrese Gibson menggambarkan momen emosional saat pertama kali melawat sebuah masjid semasa trip ke Qatar minggu ini.
Memuat naik gambar serta video dia berpakaian tradisional Arab, pelakon itu berkata, dia berasa sangat dirahmati.
"Lawatan pertama buat julung kali ke masjid dan jantung saya berdegup kencang dan berasa sangat rendah diri sebaik berjalan masuk," tulisnya di laman sosial, Facebook.
Melalui status tersebut, Gibson berkata, dia diberi kursus pertama tentang bagaimana untuk mendirikan solat dengan betul.
"Insya-ALLAH visi saya akan diberkati di Timur Tengah," tulisnya.
Memetik Al Arabiya, sebelum ini, pelakon itu melawat Timur Tengah beberapa kali sebagai sebahagian penggambaran filem Fast & Furious 7 dan lawatan peribadi.
Bagaimanapun status agama pelakon itu tidak dapat dipastikan.
Pada Jun tahun lalu, pelakon Hollywood yang terkenal dengan watak Roman Pearce dalam filem The Fast and the Furious itu menafikan telah memeluk agama Islam.
0 comments:
Catat Ulasan