Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KEMALANGAN BAS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEMALANGAN BAS. Papar semua catatan

31 Oktober 2017

RAMAI PENUMPANG CEDERA BAS EKSPRESS BERGESEL DENGAN LORI TANGKI DI JASIN


MELAKA : “Mujur saya ikut gerak hati tukar tempat duduk, kalau tak mungkin saya boleh cedera parah. Difahamkan, penumpang yang cedera ramai duduk di sebelah kiri,” kata penumpang bas ekspres Amir Arsyad, 22, yang terbabit kemalangan dengan dua lagi kenderaan lain di Kilometer 178 Lebuhraya PLUS arah utara, di sini, semalam.

Kemalangan menyebabkan tangan kiri penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Johor itu membengkak dipercayai akibat terhentak, namun dia bersyukur kerana tidak cedera serius.

Menceritakan kejadian itu, Amir berkata, terdahulu dia menaiki bas berkenaan bersama penumpang lain di Batu Pahat pada jam 8 pagi sebelum bertolak ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur.

“Sepatutnya saya duduk di kerusi penumpang sebelah kiri, tetapi sebelum bas bertolak tiba-tiba saya berasa mahu pindah ke kanan kerana melihat banyak tempat duduk kosong.

“Tidak lama kemudian saya terlena, namun terjaga selepas dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dan bas bergegar, ketika itu kedengaran suara penumpang lain yang panik menjerit menyebabkan saya cemas,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan Hospital Jasin, semalam.

Katanya, semua penumpang kemudian menyelamatkan diri dengan keluar menerusi cermin depan bas yang pecah akibat bergesel dan berlanggar dengan lori tangki serta bas persiaran.

Dia turut memuji keprihatinan orang ramai membantu mengeluarkan penumpang wanita yang mengalami kesukaran untuk keluar dengan sendiri berikutan tersepit di tempat duduknya.

“Saya sebenarnya mahu ke Hospital Shah Alam, Selangor kerana ada temu janji dengan doktor dan mendapatkan rawatan susulan akibat terbabit kemalangan Ogos lalu, tapi hari ini (semalam) lain pula jadinya,” katanya.
Share:

12 Mei 2017

TRAGEDI DALAM TEROWONG RAGUT SEBELAS NYAWA KANAK-KANAK


Sebelas kanak-kanak antara lima warga Korea Selatan dan enam rakyat China – terkorban apabila bas yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dan terbakar di timur wilayah Shandong pada Selasa.

Kemalangan yang berlaku di dalam sebuah terowong di sini turut mengorbankan pemandu bas terbabit dan menyebabkan kecederaan parah kepada seorang guru.

Menurut stesen CCTV, bas terbabit dilapor membawa kanak-kanak berusia di antara tiga dan enam tahun ke sebuah tadika antarabangsa di Weihai, sebuah bandar di seberang Laut Kuning dari Korea Selatan.

Rakaman video di lokasi kejadian menunjukkan api marak dan asap hitam berkepul keluar dari pintu masuk terowong.
Share:

11 Februari 2017

70 SEN PUNYA PASAL!


Seorang ibu beranak dua dipenjara 39 bulan kerana menyerang seorang pemandu bas, sekali gus menyebabkan kenderaan itu nahas semata-mata kerana enggan membayar satu yuan (70 sen) untuk tiket anaknya.

Wanita itu yang hanya dikenali sebagai Wan, turut diarahkan membayar pampasan 125,000 yuan (RM80,760) kepada syarikat bas tempatan terbabit selepas didapati bersalah membahayakan keselamatan awam di mahkamah daerah Liandu di Lishui, wilayah Zhejiang.

Beberapa orang dilaporkan cedera apabila bas itu merempuh pokok di tepi jalan, termasuk seorang lelaki berusia 62 tahun yang patah tulang di beberapa bahagian badannya.

Kejadian berlaku September lalu apabila Wan bersama dua anaknya menaiki bas terbabit untuk melawat ibu mentuanya.

Dia membayar tambang empat yuan (RM2.60) meliputi kos seorang dewasa dan seorang kanak-kanak, tetapi pemandu bas terbabit memintanya membayar empat yuan lagi untuk anak keduanya.

Wan kemudian membayar tiga yuan (RM2), tetapi mula bertekak dengan pemandu bas itu kerana enggan membayar baki selebihnya.

Dia kemudian memukul pemandu itu di kepala dengan beg sandangnya menyebabkan bas terbabit hilang kawalan dan merempuh sebatang pokok.

Kes pemandu bas diserang penumpang kerana perkara remeh bukanlah perkara yang luar biasa di China. Isnin lalu, seorang pemandu bas cedera teruk apabila seorang lelaki berang kerana tidak menyediakan wang kecil untuk membayar baki tambangnya di Nantong, wilayah Jiangsu.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI