Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KESALAHAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KESALAHAN. Papar semua catatan

2 Januari 2017

GENG PANJAT PAPAN TANDA 'IPOH' SUDAH SERAH DIRI


IPOH : Kumpulan pendaki yang melakukan aksi bahaya memanjat mercu tanda 'IPOH' di Jalan Kuala Kangsar di sini tampil memberi keterangan kepada pihak polis pagi tadi.

Difahamkan lapan individu terbabit tampil bagi membantu siasatan berhubung tindakan mereka lakukan itu.

Menurut sumber kumpulan berkenaan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh kira-kira jam 10 pagi tadi.

"Kesemua mereka diambil keterangan dan setakat ini lapan individu yang tampil," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, polis minta semua individu yang terbabit memanjat mercu tanda 'IPOH' tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan berhubung tindakan berbahaya yang mereka lakukan itu.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya sudah menerima laporan polis dibuat seorang pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) berhubung kejadian berkenaan.

"Kes kini disiasat mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu kerana perbuatan membahayakan diri sendiri atau orang lain.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan tindakan penjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya," katanya.
Share:

21 Mei 2015

HARI MALANG BUAT FERRARI W A70M ITALIA


Pemandu Ferrari ini disaman bukan sahaja atas kecuaian menyebabkan kenderaannya tersadai dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga atas kesalahan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPJ.

Seorang pemilik Ferrari 458 Italia berhadapan denga nasib malang apabila kereta mewahya itu kehabisan petrol di Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru) menghala ke Seremban.

Menurut laman Facebook, Trafik KL, beberapa minit selepas kereta itu tersadai di tepi jalan, seorang pegawai polis tiba di tempat kejadian dan membuat kesimpulan bahawa ia adalah kesalahan pemandu itu sendiri kerana tidak memastikan bahawa enjin V8 4.5 liter Ferrari 458 beliau tidak diisi petrol secukupnya.

Pemandu telah dikeluarkan Pol 257A oleh anggota Trafik kepada pemandu akibat kecuaian diri sendiri dan menyebabkan kesesakan lalulintas kepada pengguna jalanraya lain dibawah Akta APJ 1987.

Dalam pada itu, pegawai polis berkenaan turut menyaman pemandu tersebut atas kesalahan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Share:

11 September 2014

SAMAN MAKSIMUM GUNA LAMPU TAMBAHAN - JPJ

Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ Mulai 1 Oktober 2014


Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014. Keputusan itu dibuat selepas mendapati ianya antara salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Pada masa yang sama, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.

Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ:

1. Pemasangan lampu HID secara retrofit.
2. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
3. Pemasangan apa-apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.

Sakit hati dengan golongan ni konon kool pakai lampu putih. Dia je yang nak jalan nampak terang, tak fikir orang lain yang bertentangan silau mata.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI