Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label JPJ. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JPJ. Papar semua catatan

21 Mei 2015

HARI MALANG BUAT FERRARI W A70M ITALIA


Pemandu Ferrari ini disaman bukan sahaja atas kecuaian menyebabkan kenderaannya tersadai dan menyebabkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga atas kesalahan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPJ.

Seorang pemilik Ferrari 458 Italia berhadapan denga nasib malang apabila kereta mewahya itu kehabisan petrol di Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru) menghala ke Seremban.

Menurut laman Facebook, Trafik KL, beberapa minit selepas kereta itu tersadai di tepi jalan, seorang pegawai polis tiba di tempat kejadian dan membuat kesimpulan bahawa ia adalah kesalahan pemandu itu sendiri kerana tidak memastikan bahawa enjin V8 4.5 liter Ferrari 458 beliau tidak diisi petrol secukupnya.

Pemandu telah dikeluarkan Pol 257A oleh anggota Trafik kepada pemandu akibat kecuaian diri sendiri dan menyebabkan kesesakan lalulintas kepada pengguna jalanraya lain dibawah Akta APJ 1987.

Dalam pada itu, pegawai polis berkenaan turut menyaman pemandu tersebut atas kesalahan nombor pendaftaran yang tidak mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Share:

11 September 2014

SAMAN MAKSIMUM GUNA LAMPU TAMBAHAN - JPJ

Peraturan Baru Lampu Kereta JPJ Mulai 1 Oktober 2014


Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil tindakan tegas terhadap pemandu jalan raya yang melakukan kesalahan menggunakan lampu aksesori tambahan pada kenderaan bermula 1 Oktober 2014. Keputusan itu dibuat selepas mendapati ianya antara salah satu penyumbang kepada kemalangan jalan raya. Pada masa yang sama, pengguna yang ingkar dengan peraturan itu akan dikenakan kompaun saman sebanyak RM300.

Pemasangan lampu aksesori yang tidak dibenarkan JPJ:

1. Pemasangan lampu HID secara retrofit.
2. Lampu berkelip-kelip (selain daripada lampu penunjuk arah dan lampu berjaga-jaga) pada bahagian hadapan atau belakang kereta.
3. Pemasangan apa-apa lampu tambahan selain warna putih / amber pada bahagian hadapan dan selain warna merah / amber pada bahagian belakang.

Sakit hati dengan golongan ni konon kool pakai lampu putih. Dia je yang nak jalan nampak terang, tak fikir orang lain yang bertentangan silau mata.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI