Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label JEPUN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JEPUN. Papar semua catatan

1 November 2017

SUSPEK BUNUH POTONG SEMBILAN MANGSA DENGAN GERGAJI


JEPUN :  Polis menahan seorang lelaki susulan penemuan sembilan mayat tanpa kepala yang dipotong dan daging disiat di sebuah rumah di pinggir Tokyo, lapor media semalam.

Takahiro Shiraishi, 27, dilaporkan mengaku menyiat daging mayat berkenaan dan membuangnya ke dalam tong sampah sebelum meletakkan najis kucing untuk menutup bukti.

Shiraishi memberitahu polis, dia memotong mayat berkenaan di dalam bilik air dengan gergaji yang turut ditemui di dalam biliknya.

Tindakannya itu sekali gus mencetuskan spekulasi dia adalah pembunuh bersiri selepas dipercayai membunuh semua sembilan mangsa.

Beberapa jiran suspek kelihatan keliru dan sukar untuk mempercayai bagaimana tindakan kejam seperti itu boleh berlaku berhampiran mereka.

“Ia sangat kejam. Dia menggunakan gergaji untuk memotong mayat berkenaan. Dia mesti tidak normal,” kata seorang penduduk berusia 83 tahun, Hideaki Hosogaya.

Akhbar Sankei Shimbun turut memetik kenyataan seorang lelaki yang mengatakan tercium bau yang luar biasa di kawasan kediaman itu.

“Saya ingatkan ia bau kumbahan,” katanya.

Polis menggunakan kanvas biru untuk menghalang pandangan di dalam bangunan dua tingkat itu dan menutup tingkap di bilik tempat mayat berkenaan ditemui.

Polis pada mulanya menemui dua kepala di dalam sebuah kotak penyejuk di pintu masuk rumah berkenaan sebelum menemui bahagian badan lain.

“Ketika siasatan dijalankan, kepala semua mayat itu ditemui di dalam pelbagai bekas penyejuk di rumah berkenaan,” lapor rangkaian televisyen swasta, TBS.
Share:

6 Oktober 2017

JEPUN BAKAL DI BOM OLEH KOREA UTARA?


KOREA UTARA : Pyongyang mengugut untuk menggunakan senjata nuklearnya keatas Jepun selepas negara tersebut cuba meyakinkan dunia supaya memaksa Korea Utara menghentikan program nuklearnya.

Menurut laporan International Business Times, Korea Utara membuat ugutan tersebut melalui artikel yang disiarkan Agensi Berita Korea (KCNA).

"Tokyo, mangsa pertama senjata nuklear mungkin akan menghadapi kemusnahan (melalui senjata nuklear) sekali lagi," kata kenyataan tersebut.

September lepas, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang hadir ke mesyuarat agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, Amerika Syarikat.

Dalam mesyuarat tersebut, Shinzo menggesa tekanan diberikan kepada Korea Utara dan bukannya diajak berdialog.

Ketika ini, PBB telah mengenakan beberapa sekatan terhadap Korea Utara sebagai tekanan untuk negara tersebut menghentikan program nuklearnya.

Dalam kenyataan KCNA lagi, Shinzo dituduh 'mempunyai sasaran tidak elok dalam politik negaranya' dengan menaikkan kos pertahanan negara Jepun dan mengadakan pilihan raya mengejut.

"Tiada siapa tahu bila situasi kecam-mengecam ini akan menjadi perang nuklear, jika ia terjadi, Jepun akan terbakar dalam masa sesaat," kata kenyataan KCNA lagi.

Share:

28 Ogos 2017

PELURU BERPANDU KOREA UTARA LINTAS RUANG UDARA JEPUN


Korea Utara dilapor telah melancarkan peluru berpandu dari Pyongyang ke arah utara Jepun awal Selasa.

Perkara itu disahkan kerajaan Jepun dan Korea Selatan.

Stesen penyiaran NHK Jepun melaporkan peluru berkenaan berkecai dan jatuh ke laut berhampiran Hokkaido.

Bagaimanapun, tiada usaha dilakukan Jepun untuk menembak jatuh peluru berpandu itu yang melintasi ruang udara Jepun pada jam 6.06 pagi.

Dalam pada itu, tentera Korea Selatan berkata peluru berpandu itu dilancarkan dari wilayah Sunan berdekatan Pyongyang sebelum jam 6 pagi.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menegaskan kerajaan maklum tentang serangan itu sejurus peluru berpandu berkenaan dilancarkan.

Abe kemudian mengemukakan permohonan supaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan mesyuarat tergempar untuk berbincang tentang tindakan tegas ke atas Pyongyang.
Share:

14 Mei 2017

KEGILAAN TERKINI ORANG JEPUN SUKA MAKAN RAMEN ULAT GORENG


JEPUN : Hidangan ramen dengan cengkerik yang dicampur ulat goreng menjadi pencinta makanan di negara matahari terbit itu sanggup beratur panjang.

Dalam sebuah acara di sebuah restoran Ramen berjaya menjual 100 mangkuk ramen 'tsukemen serangga' dalam masa kira-kira empat jam.

Ramen itu akan dihidangkan bersama-sama dengan kira-kira sedozen cengkerik dan ulat di mana pelanggan akan mencelupnya di dalam sup dengan cengkerik, belalang atau ulat sutera.

“Bila ia digoreng, rasanya menjadi rangup,” kata salah seorang pelanggan, Anri Nakatani, 22 tahun.

Bagi Yuta Shinohara, 22, pula, dia berkata, rasanya seperti udang digoreng.

“Saya mula makan serangga sejak kecil dan hari makan serangga ini bagi mempromosikan budaya makan alternatif di Jepun dan seluruh dunia melalui ramen iaitu makanan popular Jepun,” katanya.

Hidangan satu set makanan berharga 3,000 yen (RM120) iaitu ramen serangga, semangkuk nasi dengan cengkerik, popia cacing goreng dan ais krim yang berperisa serannga manakala harga bagi semangkuk ramen ialah 1,500 yen (RM 60)
Share:

24 Oktober 2016

SEORANG MAUT LETUPAN KERETA DI SEBUAH TAMAN DI JEPUN


Sekurang-kurangnya, seorang terbunuh manakala dua cedera selepas dua letupan di sebuah taman di Jepun, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Letupan berlaku di sebuah taman di Utsunomiya, yang terletak kira-kira 100 kilometer (60 batu) di utara Tokyo pada kira-kira 11.30 pagi (waktu tempatan) pada Ahad, lapor AFP memetik seorang jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat. Namun punca kejadian tidak dapat dikenal pasti.

"Seorang mangsa dijumpai mati," kata jurucakap tersebut.

Stesen televisyen NHK melaporkan pihak penyelamat telah menjumpai mayat mangsa di sebuah tempat letak basikal di kawasan taman tersebut. 

"Jantina dan usia kesemua mangsa masih belum dapat dikenal pasti," menurut seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat. 

Beliau turut berkata, satu letupan terkena sebuah kereta di tempat parkir taman tersebut. Visual NHK memaparkan kereta tersebut hangus selepas letupan berlaku. Bau serbuk letupan dapat dikesan di kawasan kejadian, menurut seorang saksi.

Share:

15 Oktober 2016

JEPUN LANCAR `WALKCAR` KERETA TERKECIL DI DUNIA


JEPUN : COCOA MOTORS, Inc. (R) mengumumkan pada 13 Oktober bahawa WALKCAR (R), kereta terkecil di dunia, boleh diperolehi untuk pratempahan di Stor Dalam Talian Cocoa Motors (http://www.cocoamotors.com) dari Jumaat, 21 Oktober, pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan di Jepun.

WALKCAR adalah sebuah kereta bersaiz komputer riba berukuran 13 inci yang beratnya hanya 2.8 kg, yang dibina dengan mempunyai badan yang diperbuat daripada karbon. Ia boleh mencapai kelajuan 16km sejam.

Satu caj akan memberikan anda satu jam masa penggunaan. Tidak ada stereng atau peranti kawalan jauh, tetapi dengan hanya mengalihkan berat badan anda pada badan rata WALKCAR, anda boleh pergi ke mana-mana arah. Apabila anda mahu menghentikannya, anda hanya perlu melangkah keluar. Ia boleh didapati pada harga AS$1,280 dan akan memulakan penghantaran dari September 2017.

Pencipta dan Ketua Pegawai Eksekutif COCOA MOTORS Kuniaki Sato, menghasilkan idea untuk "Kereta dalam beg anda" apabila beliau berpindah ke Tokyo untuk melanjutkan pengajian di universiti.

Beliau memerhatikan bagaimana orang ramai bergerak di bandar raya dengan menggunakan pengangkutan awam dan berjalan kaki berbanding dengan bagaimana beliau memandu keretanya untuk ke mana-mana semasa berada di kampung halamannya.

Beliau mahukan satu bentuk pengangkutan yang membolehkan beliau untuk bergerak ke semua tempat yang anda boleh pergi dengan berjalan kaki, sementara berupaya bergerak untuk jarak yang lebih jauh tanpa mengalami keletihan kerana berjalan kaki.

Dengan penuh inspirasi, beliau dengan segera mula untuk mereka bentuk perisian dari peringkat awal dan hari ini, hasil daripada keghairahan dan kreativiti beliau itu kini boleh dinikmati oleh semua orang.

Sato percaya bahawa kebijaksanaan Jepun ini boleh mengubah dunia -- kini tidak ada keperluan untuk mencari tempat letak kereta; anda sekarang boleh membawa kereta anda di dalam beg anda.

WALKCAR boleh diperolehi untuk pratempahan dan permohonan pembelian di seluruh dunia. Ia akan memulakan penghantaran dari September 2017 ke 13 buah negara di seluruh Asia Pasifik, Amerika Utara dan Eropah, dengan ketersediaan berkembang untuk memasukkan lebih banyak negara, atas permintaan, pada masa terdekat.

Share:

23 Julai 2016

BENCI SANGAT DENGAN ASKAR JEPUN


Kebencian seorang pesara China terhadap Jepun mendorong dia mencipta robot ala tentera Jepun era Perang Dunia Kedua yang digunakan untuk menarik pedati bagi membawanya sekitar pekan.

Duan Shaojie mengambil masa setahun untuk mencipta apa yang digelarnya ‘robot syaitan Jepun’ itu yang ditunjukkan kepada orang ramai di pekan Luoyang, wilayah Henan, 8 Julai lalu.

Bekas askar itu yang gemar menghabiskan masa lapang dengan mengecat serta mengimpal berkata, dia mendapat ilham mencipta robot itu daripada filem perang dan menghasilkannya menggunakan bahan buangan.

Gambar disiarkan menunjukkan Duan menaiki pedati yang ditarik robotnya dan dikelilingi orang ramai yang mengambil gambar.

Rakaman video menunjukkan robot itu berjalan seperti manusia dan mempunyai kaki besar yang membolehkannya menarik pedati. Robot itu juga mampu berjalan ke belakang.
Share:

23 Mei 2016

PENYANYI JEPUN KRITIKAL DI TIKAM PEMINAT FANATIK


SEORANG penyayi Jepun ditikam beberapa kali oleh seorang peminat fanatik ketika sedang menunggu untuk membuat persembahan di Tokyo pada Sabtu.

Lapor agensi berita AFP, Mayu Tomita, 20, ditikam di bahagian leher dan dada. Menurut polis tempatan, keadaan Tomita masih kritikal dan tidak sedarkan diri. Polis juga sudah menahan suspek Tomohiro Iwazaki, 27, di tempat kejadian.

Menurut laporan The Japan Times, Iwazaki bertindak untuk menikam Tomita hanya kerana penyanyi wanita itu menolak pemberian hadiahnya.

Iwazaki dilaporkan sering cuba untuk berhubung dengan Tomina menerusi laman blognya dan Twitter.

Dalam perkembangan lain, penyanyi Jepun sering membuat kemunculan di lokasi-lokasi kecil untuk bertemu dengan peminat.

Sebelum ini dua anggota kumpulan AKB48 diserang oleh seorang peminat ketika satu acara ‘meet and greet’.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI