Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label NGERI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label NGERI. Papar semua catatan

5 November 2017

DOKTOR TERPAKSA GUNA KHIDMAT 'MAGNET' TARIK 639 PAKU DALAM PERUT PESAKIT


Seorang lelaki berjaya diselamatkan selepas doktor mengeluarkan 639 paku besi dari perutnya menggunakan magnet.

Lelaki berusia 48 tahun itu menghidap skizofrenia dan menelan semua paku sepanjang lima sentimeter itu tetapi ajaibnya, tidak satupun menembusi sistem penghadamannya.

Lelaki itu dibawa ke hospital dua minggu lalu selepas tidak henti-henti muntah selain mengadu sakit perut.

Rakaman video yang tersebar menunjukkan doktor memeriksa kandungan ususnya menggunakan kaedah endoskopi sebelum membedahnya dalam prosedur selama dua jam untuk mengeluarkan paku berkenaan.

Rakaman video menunjukkan doktor di Kolej Perubatan dan Hospital Calcutta mengeluarkan paku berkenaan menggunakan magnet dengan berat keseluruhannya 1.3 kilogram.

Dr Siddhartha Biswas berkata: “Ususnya beralih disebabkan paku berkenaan. Semua paku itu berukuran lebih lima sentimeter dan tajam, tetapi dia bernasib baik ia tidak menyebabkan kelukaan teruk di dalam ususnya.

“Kami membuat potongan sepanjang 10 sentimeter di dalam abdomen sebelum mengeluarkan paku itu menggunakan magnet.

“Namun kami turut menemui sisa tanah yang juga dipercayai ditelan pesakit ini.”

Times of India melaporkan, pesakit itu kini stabil dan dalam pemerhatian.
Share:

1 November 2017

SUSPEK BUNUH POTONG SEMBILAN MANGSA DENGAN GERGAJI


JEPUN :  Polis menahan seorang lelaki susulan penemuan sembilan mayat tanpa kepala yang dipotong dan daging disiat di sebuah rumah di pinggir Tokyo, lapor media semalam.

Takahiro Shiraishi, 27, dilaporkan mengaku menyiat daging mayat berkenaan dan membuangnya ke dalam tong sampah sebelum meletakkan najis kucing untuk menutup bukti.

Shiraishi memberitahu polis, dia memotong mayat berkenaan di dalam bilik air dengan gergaji yang turut ditemui di dalam biliknya.

Tindakannya itu sekali gus mencetuskan spekulasi dia adalah pembunuh bersiri selepas dipercayai membunuh semua sembilan mangsa.

Beberapa jiran suspek kelihatan keliru dan sukar untuk mempercayai bagaimana tindakan kejam seperti itu boleh berlaku berhampiran mereka.

“Ia sangat kejam. Dia menggunakan gergaji untuk memotong mayat berkenaan. Dia mesti tidak normal,” kata seorang penduduk berusia 83 tahun, Hideaki Hosogaya.

Akhbar Sankei Shimbun turut memetik kenyataan seorang lelaki yang mengatakan tercium bau yang luar biasa di kawasan kediaman itu.

“Saya ingatkan ia bau kumbahan,” katanya.

Polis menggunakan kanvas biru untuk menghalang pandangan di dalam bangunan dua tingkat itu dan menutup tingkap di bilik tempat mayat berkenaan ditemui.

Polis pada mulanya menemui dua kepala di dalam sebuah kotak penyejuk di pintu masuk rumah berkenaan sebelum menemui bahagian badan lain.

“Ketika siasatan dijalankan, kepala semua mayat itu ditemui di dalam pelbagai bekas penyejuk di rumah berkenaan,” lapor rangkaian televisyen swasta, TBS.
Share:

18 Februari 2017

DOKTOR BEDAH SARAF SIMPAN GAMBAR NGERI UNTUK TATAPAN UMUM


Gambar pisau terpacak di belakang leher pemandu teksi motosikal antara gambar kejadian ngeri yang dikumpul pakar bedah saraf, Profesor Sam Nang, sejak Jun tahun lalu, yang ditunjukkannya semalam.

Dalam kejadian itu, seorang penumpang mahu merompak pemandu teksi pada satu malam di Phnom Penh dan apabila mangsa enggan menyerahkan wangnya, penumpang terbabit menikam belakang leher lelaki itu menggunakan pisau dapur sepanjang lima inci.

Gambar X-ray menunjukkan pisau menembusi seluruh leher mangsa namun lelaki itu bernasib baik kerana terbabas hanya beberapa milimeter daripada saraf tulang belakang (spinal cord) membolehkan mangsa hidup.


Pisau yang digunakan dan luka mangsa yang semakin pulih. Gambar kanan, Profesor Sam Nang.
Profesor Sam Nang melakukan pembedahan mengeluarkan pisau itu namun beliau tidak menyatakan bila kejadian terbabit berlaku.

Beliau yang bersama dua lagi pakar bedah mengambil masa 90 minit untuk mengeluarkan pisau berkenaan berkata: “Mangsa amat bernasib baik kerana tikaman pisau itu tidak mengenai saraf penting.

“Pisau itu terbabas hanya satu atau dua milimeter, jika terkena lelaki itu sudah mati serta-merta.”

Menurutnya, lelaki itu pulih sepenuhnya tanpa sebarang kesan sampingan atau masalah saraf.

Profesor Nang yang mula menyertai pasukan pembedahan saraf pada 2005, kini bertugas di Hospital Preah Kossamak dan mengumpul gambar kes seperti kejadian itu sebagai bahan rujukan dan pembelajaran untuknya mengajar di Hospital Universiti Antarabangsa Sen Sok.
Share:

29 Disember 2016

OUCH!! BESI TERTUSUK CELAH KANGKANG SAMPAI KE RUSUK!!


Seorang lelaki hampir maut selepas sebatang besi sepanjang 60 sentimeter menusuk celah kangkang hingga hampir menembusi rusuk kirinya.

Kejadian itu berlaku baru-baru ini ketika Wu Qiang bekerja di sebuah tapak pembinaan di bandar ini.

Menurut media tempatan, ketika bekerja, Wu, 36, terjatuh di atas beberapa batang besi yang tercacak di atas tanah.

Sebatang besi berkarat berkenaan menusuk buah zakarnya hingga hampir menembusi rusuk kiri lelaki itu.

Wu masih sedar sepanjang masa dan beberapa pekerja membantunya berdiri sehingga pasukan bomba serta paramedik tiba di lokasi kejadian.
Share:

29 Julai 2016

MATI KERANA BERGURAU TAK KENA TEMPAT


Mayat seorang lelaki yang hilang selepas ditolak jatuh dari sebuah bot oleh kawan-kawannya pada 16 Julai lalu ditemui Jumaat lepas.

Dailymail mengatakan mangsa, Nishanthan Gnanathas berusia 32 tahun ditolak atas alasan bergurau sekumpulan 12 orang kawannya.

Selepas Nishanthan gagal timbul, dua orang rakannya bergegas terjun dan menyelam untuk menyelamatkan mangsa namun beliau gagal ditemui.

Anggota Pencari dan Penyelamat kemudian mengerahkan 30 anggota, bot polis dan sebuah helikopter untuk membantu operasi mencari.

Ketua Polis Maritim, Malaquais Dominguez menyifatkan kematian Nishanthan sebagai tragik.

"Saya pasti mereka yang terlibat dalam prank tersebut akan ingat saat mengerikan ini," kata Malaquais.

Keluarga Nishanthan pula tidak mahu mendakwa mereka yang terlibat dalam insiden tersebut kerana 'mereka tidak berniat jahat'.
Share:

6 Jun 2016

KREW DAN PENUMPANG MH-01 HADAPI DETIK CEMAS DAN MENGERIKAN


KUALA LUMPUR: Pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH-1 dari London menuju Kuala Lumpur mengalami gegaran udara yang menyebabkan beberapa penumpang dan anak kapal cedera.

Malaysia Airlines dalam kenyataannya berkata pesawat itu mengalami gelora udara stabil ketika berada di ruang udara Teluk Benggala.

Mangsa kejadian dilaporkan sudah menerima rawatan oleh pasukan keselamatan sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas pesawat mendarat kira-kira jam 6 petang.


Sementara itu, Bernama melaporkan pengalaman ngeri seorang penumpang pesawat tersebut.

Wanita warga Singapura berusia dalam lingkungan 50-an itu menyangka beliau akan menemui ajal semasa gegaran menakutkan itu berlaku.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Mary, berkata gegaran udara itu berlaku kira-kira lima minit dalam masa tiga jam sebelum pesawat itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

"Saya duduk di bahagian dek atas. Pesawat itu seakan-akan terhentak ke bawah sebelum melambung semula ke atas. Ketika itu, anak kapal hendak mengedarkan makanan kepada penumpang...saya lihat bungkusan makanan bertaburan daripada troli makanan.

"Saya juga nampak seorang pramugari terhantuk kepalanya sebelum terjatuh dan luka di lutut," katanya sambil memberitahu juruterbang turut membuat pengumuman meminta semua penumpang memakai tali pinggang keselamatan semasa insiden itu.


Mary, yang tidak cedera dalam kejadian itu, ditemui semasa menemani temannya seorang warga Malaysia mendapatkan rawatan kerana kecederaan di tulang pinggul di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Putrajaya.

Beliau yang merancang bercuti beberapa hari di Kuala Lumpur sebelum pulang ke Singapura, tidak menyangka akan menghabiskan masanya di Hospital Putrajaya selepas tiba dari London.

Setakat 10.30 malam ini, lima penumpang MH01 yang cedera telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan.

Sejumlah kecil penumpang dan anak kapal yang cedera diberi rawatan oleh pegawai perubatan sejurus pesawat jenis Airbus A380 yang membawa 378 penumpang dan anak kapal itu mendarat di KLIA.

Kenyataan itu menyebut MAB telah membantu kesemua penumpang dan anak kapal serta memohon maaf di atas sebarang kesulitan berikutan keadaan cuaca yang di luar kawalan.

Share:

14 November 2014

TERKEJUT JUMPA KEPALA DAN KAKI MANUSIA KETIKA POTONG JERUNG

FILIPINA: Lima nelayan menemui sesuatu yang mengerikan apabila memotong perut seekor jerung harimau yang mereka tangkap di perairan sekitar Filipina.


Bodoy Gorgod, 48, berkata, dia dan rakannya menangkap ikan itu di laut antara Pulau Bohol dan Camigiun yang dianggar seberat 590 kilogram.

Apabila memotong perut ikan itu, mereka menemui kepala dan sebelah kaki manusia.

“Ia sungguh memualkan. Kami tidak tahan baunya,” kata Gorgood kepada akhbar Minda News.

“Saya mula menangkap ikan ketika berusia 20 tahun dan ini kali pertama saya menemui anggota manusia dalam ikan,” kata Gorgod.

Nelayan berkenaan mencampakkan semula bangkai ikan itu ke laut kerana bimbang ia membawa nasib buruk jika dibawa pulang.

Penduduk tempatan percaya kepala dan kaki itu milik seorang mangsa feri MV Maharlika yang karam di luar pantai Leyte Selatan pada 13 September lalu.

Kira-kira 100 penumpang diselamatkan oleh kapal yang berada di kawasan itu ketika itu, tetapi dua lagi diisytihar hilang.

Seorang isteri kepada nelayan berkenaan berkata, dia akan membuang rahang dan sirip ikan yang dibawa pulang suaminya.

“Saya tidak mahu melihatnya selepas tahu jerung berkenaan memakan manusia. Saya bimbang roh mangsa akan datang ke rumah kami,” katanya.
Share:

28 September 2014

IBU MENGANDUNG MAUT BERCERAI BADAN DI GILIS KERETAPI

Seorang wanita yang sarat mengandung ditemui meninggal dunia dalam keadaan mengerikan dengan anggota badannya terpisah, begitu juga janinnya, akibat dilanggar kereta api dalam kejadian berhampiran Kampung Kuala Alor, Alor Merah di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, mangsa, Ku Nurul Shuhada Ku Rosli, 28, yang sarat mengandung tujuh bulan ditemui dalam keadaan anggota badan terpisah pada jarak kira-kira 50 meter manakala janinnya, daripada bahagian pinggang ke bawah, dijumpai di tepi landasan kereta api oleh penduduk kampung.

Penduduk kemudiannya memaklumkan kejadian kepada polis.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa yang mempunyai seorang anak lelaki berusia 18 bulan dilihat berjalan di sekitar kampung berkenaan sambil menegur beberapa penduduk.

Tanpa disedari, Ku Nurul Shuhada masuk ke kawasan landasan kereta api yang berpagar itu.

Suami mangsa yang mahu dikenali sebagai Saiful, 43, berkata, Ku Nurul Shuhada memaklumkan mahu ke kedai yang terletak berhampiran kediaman mereka.


ORANG ramai menutup anggota badan Ku Nurul Shuhada (gambar kecil) di tempat kejadian.

“Bagaimanapun, saya tidak sedap hati apabila isteri masih tidak pulang selepas 30 minit sedangkan kebiasaannya, ia hanya mengambil masa kira-kira 10 minit.

“Saya bersama bapa mentua, Ku Rosli Ku Hassan yang berusia 50-an, dengan bantuan penduduk kemudian keluar mencari Ku Nurul Shuhada di sekitar kawasan kampung tetapi gagal sebelum pulang ke rumah jam 10 pagi,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Alor Setar.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI