Kebencian seorang pesara China terhadap Jepun mendorong dia mencipta robot ala tentera Jepun era Perang Dunia Kedua yang digunakan untuk menarik pedati bagi membawanya sekitar pekan.
Duan Shaojie mengambil masa setahun untuk mencipta apa yang digelarnya ‘robot syaitan Jepun’ itu yang ditunjukkan kepada orang ramai di pekan Luoyang, wilayah Henan, 8 Julai lalu.
Bekas askar itu yang gemar menghabiskan masa lapang dengan mengecat serta mengimpal berkata, dia mendapat ilham mencipta robot itu daripada filem perang dan menghasilkannya menggunakan bahan buangan.
Gambar disiarkan menunjukkan Duan menaiki pedati yang ditarik robotnya dan dikelilingi orang ramai yang mengambil gambar.
Rakaman video menunjukkan robot itu berjalan seperti manusia dan mempunyai kaki besar yang membolehkannya menarik pedati. Robot itu juga mampu berjalan ke belakang.
0 comments:
Catat Ulasan