Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label HAIWAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HAIWAN. Papar semua catatan

4 Oktober 2016

SI MEK GEMAR SINGGAH GERAI MINTA TEH O AIS


Mek adalah nama panggilan manja seekor kerbau betina berusia dua tahun dua bulan yang mencuri tumpuan penduduk kampung berikutan gelagatnya gemar meminum teh O ais di sebuah gerai makan di Jeti Nelayan Kampung Sungai Baru, Selinsing dekat sini.

Gelagat Mek yang mencuit hati turut viral di laman sosial sejak kebelakangan ini. Haiwan itu dikatakan sering meminta minuman kegemarannya daripada pemilik dan pekerja premis gerai makan berkenaan.

Pemilik gerai, Jamilah Osman, 49, berkata, sudah hampir setahun Mek sering berkunjung ke belakang premis perniagaannya meminta minuman kesukaannya itu.

Menurutnya, setiap hari, Mek akan berjalan sejauh hampir satu kilometer dari rumah pemiliknya dan singgah di premisnya untuk menikmati minuman kegemarannya itu.
Share:

15 Februari 2016

NAMANYA PYGMY MARMOSET


BAGI meraikan tahun monyet sempena sambutan Tahun Baru Cina, golongan kaya warga China sanggup menghabiskan beribu-ribu dolar untuk membeli pygmy marmoset sebagai haiwan peliharaan.

Dikenali sebagai spesies monyet paling terkecil di dunia, pygmy marmoset dijual secara haram pada harga AS$4,000 (RM16,000) kepada warga China yang sekadar mahu memilikinya atas dasar trend atau hobi.

Berat pygmy marmoset dikatakan lebih ringan dari sebuah telefon pintar iPhone serta digelar sebagai thumb monkeys (monyet ibu jari) kerana saiznya yang sebesar ibu jari manusia.

Difahamkan, memiliki haiwan itu merupakan satu trend, dengan rata-rata masyarakat di China menganggap monyet kecil itu sebagai satu hadiah yang paling lumayan bagi tahun ini.

Tetapi menurut portal People's Daily, tindakan tersebut merupakan satu isu besar kerana walaupun pygmy marmoset dikenali sebagai haiwan yang comel, ia merupakan spesies terancam. Ia juga tidak berasal dari China. 

Monyet kecil itu biasanya ditemui di Amerika Selatan seperti di hutan Amazon, dan itu bermakna setiap seekor akan dipindahkan dari habitat asalnya untuk dijual sebagai haiwan peliharaan.

Menurut seorang pakar, proses pemindahan itu akan memberi tekanan yang serius kepada haiwan tersebut, sehingga boleh menyebabkan kematian.

Pygmy marmoset juga memerlukan penjagaan khas, perhatian dan perlu dipantau sepanjang masa bagi memastikan kelangsungan hayat dan spesiesnya.

Oleh itu, orang ramai diseru untuk tidak membeli monyet itu secara haram kerana ia hanya akan membahayakan spesies berkenaan.
Share:

24 Ogos 2015

ZOO JOHOR ABAI KESIHATAN SINGA?


ZOO JOHOR : Singa biasanya digelar raja hutan, namun berdasarkan sebuah video yang dipercayai diambil dari sebuah zoo di Johor menunjukkan seekor singa yang lemah dan tidak berupaya.

Keadaan singa yang kelihatan lemah dan cedera di kaki itu mengundang perhatian pengguna Twitter.

"Pihak berkuasa zoo, sila lakukan sesuatu. Singa itu kelihatan lemah dan perlukan rawatan perubatan," tweet Nardnazeer individu yang memuatnaik video berkenaan.

Dalam rakaman 30 saat itu, haiwan itu dilihat lemah dan tidak mampu untuk berjalan malah fizikal singa itu juga kelihatan kurus.

Video ini telah mendapat perhatian pengguna Internet yang prihatin dan marah dengan keadaan haiwan yang seolah-olah terabai.

Video yang dimuatnaik sejak semalam telah menerima lebih 18,544 ulang tweet.

Dalam pada itu, keadaan haiwan itu turut mendapat perhatian anakanda Sultan Johor, Tunku Aminah.

Melalui laman rasmi Instagramnya, kerabat diraja itu memuatnaik print screen perbualannya dengan seorang individu dan mengarahkan agar tindakan segera diambil untuk merawat haiwan itu.

"Sila periksa dengan pihak zoo mengenai singa tersebut. Kenapa lukanya tidak berbalut dan kelihatan kurus," tulisnya.

Tunku Aminah turut mengucapkan terima kasih kepada  semua yang memberitahu mengenai perkara tersebut dan mengharapkan ada tindakan yang akan diambil.
Share:

11 Mei 2015

BERUANG LAGAK SEPERTI MANUSIA?


Seekor beruang yang suka berdiri dan berjalan seperti manusia kini menjadi tarikan di sebuah pusat perlindungan haiwan di sini.
Share:

21 Mac 2015

HANYA MANUSIA DURJANA YANG GEMAR MENDERA HAIWAN


Seremban: “Manusia zaman sekarang memang kejam dan sanggup mendera haiwan,” kata seorang jurugambar, Muhammad Shah Adnan M Hanapiah, 26, yang kecewa apabila kucing peliharaannya dipercayai didera individu tidak bertanggungjawab.

Muhammad Shah Adnan yang ditemui di daerah ini, semalam berkata, dia yang tinggal di Taman Kencana, Pandan Indah, Ampang, Selangor meninggalkan kucing kesayangannya digelar Putih di rumah pada jam 5 petang kelmarin.

Katanya, sejurus pulang ke rumah berikutan merakam gambar di kawasan berhampiran jam 2 pagi, semalam, kucingnya dilihat dalam keadaan tenat di dalam rumahnya.

“Saya terkejut mendapati mata kanan Putih hampir terkeluar dan kepalanya cedera dipercayai dihentak atau diterajang seseorang,” katanya.Menurutnya, bahagian badan haiwan peliharaan itu turut tercedera dan menitiskan darah.

Share:

26 Oktober 2014

ITIK AKAN PULANG KE REBAN APABILA DENGAR AZAN

KELANTAN: Setiap kali azan Asar berkumandang, 1,800 itik milik Nawi Latiff, 61, akan mula bergerak masuk ke dalam reban terletak berhampiran rumahnya.


Seperti sudah dididik, semua itik milik warga emas yang mesra dikenali sebagai Pok Wie itu berbuat demikian tanpa arahan daripadanya.

Nawi berkata, selewat-lewatnya jam 5 petang, semua itik berkenaan yang mula dipelihara sejak tujuh tahun lalu akan memenuhi reban tanpa seekor pun tertinggal di luar.

Menurutnya, ada tekniknya untuk mengajar itik berkenaan berdisiplin hingga begitu.

"Sebagai permulaan setiap kali azan Asar berkumandang, saya akan mengumpan semua itik ini dengan meletakkan dedak dalam reban.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI