Mek adalah nama panggilan manja seekor kerbau betina berusia dua tahun dua bulan yang mencuri tumpuan penduduk kampung berikutan gelagatnya gemar meminum teh O ais di sebuah gerai makan di Jeti Nelayan Kampung Sungai Baru, Selinsing dekat sini.
Gelagat Mek yang mencuit hati turut viral di laman sosial sejak kebelakangan ini. Haiwan itu dikatakan sering meminta minuman kegemarannya daripada pemilik dan pekerja premis gerai makan berkenaan.
Pemilik gerai, Jamilah Osman, 49, berkata, sudah hampir setahun Mek sering berkunjung ke belakang premis perniagaannya meminta minuman kesukaannya itu.
Menurutnya, setiap hari, Mek akan berjalan sejauh hampir satu kilometer dari rumah pemiliknya dan singgah di premisnya untuk menikmati minuman kegemarannya itu.
0 comments:
Catat Ulasan