Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

10 November 2014

ZALIM DAN KEJAM !!

ZALIM DAN KEJAM, itulah ungkapan 'marah' yang di luahkan oleh beberapa individu yang menjumpai 4 orang kanak-kanak ditinggalkan di sekitar pekan Sibu Jaya.

Kanak-kanak terbabit yang kelihatan terpinga-pinga itu dijumpai orang ramai yang sedang lalu lalang di hadapan Kedai Rahmah Cafe.Ketika dijumpai mereka dibekalkan RM70 dan sebuah beg dan dipercayai dari kaum Iban.

Hasil siasatan polis, kanak-kanak terbabit telah dihalau keluar dari rumah mereka namun masih tidak dapat mengesan keluarga yang bertanggungjawab dan pihak polis telah menyerahkan kanak-kanak terbabit kepada pihak yang berwajib untuk penjagaan sementara.

Kanak-kanak yang berumur 2-7 tahun dijumpai orang ramai


"Ada juga ibu bapa yang sanggup meninggalkan anak-anaknya. Perbuatan yang sangat kejam dan keterlaluan. Kasihan dengan anak-anak ini. Siapakah ibu bapa yang kejam ini?"
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI