Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

24 Jun 2017

PENGEBOM BERANI MATI GAGAL SERANG MASJIDIL HARAM


Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom berani mati yang berlaku di Kota Suci Mekah pada Jumaat, 23 Jun 2017 yang berlaku berhampiran dengan Masjidil Haram. 

Serangan ini telah mencederakan 11 orang iaitu termasuk 5 orang pegawai polis Arab Saudi. Sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam serangan tersebut.


Kerajaan Malaysia merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan dan rakyat Arab Saudi dan keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan ini. Serangan pengganas ini adalah lebih tragik memandangkan ianya berlaku dalam bulan Ramadan.

Keganasan merupakan ancaman global dan serangan di Mekah ini sekali lagi menunjukkan pentingnya masyarakat antarabangsa bersatu dalam menanganinya.

Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah, Arab Saudi akan terus memantau situasi ini.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI