Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

14 September 2016

BAPA TERLUPA BAYI DALAM KERETA


JOHOR : Bayi perempuan berusia 12 bulan maut dipercayai lemas selepas ditinggalkan lebih lima jam dalam kereta milik bapanya.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Razak Md Said berkata, menurut laporan polis dibuat bapa bayi itu pada 9.30 pagi, isterinya meletakkan anak mereka di bahagian tempat duduk belakang kereta untuk dihantar ke rumah pengasuh yang terletak tidak jauh dari kediaman mereka di Bandar Putra, Kulai.

"Kira-kira 10 pagi, lelaki terbabit terus ke tempat kerja dan berkerja di Pekan Saleng di sini tanpa menyedari bayi berkenaan masih berada di bahagian belakang kenderaan miliknya.

"Lelaki terbabit menerima panggilan telefon daripada pengasuh anaknya, kira-kira 3 petang yang bertanyakan mengenai bayi berkenaan yang tidak dihantar ke rumah pengasuh seperti kebiasaannya.

"Dia kemudian terus ke kereta miliknya dan mendapati anaknya berada dalam keadaan lemah dan dipercayai sudah meninggal dunia," katanya.

Beliau berkata, bapa bayi itu kemudian menghantar bayi berkenaan ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di sini, sebelum pegawai perubatan yang bertugas mengesahkan bayi itu sudah meninggal dunia.

"Bedah siasat akan dijalankan esok bagi mengetahui sebab kematian dansiasat lanjut secara terperinci serta menyeluruh juga sedang dijalankan," katanya.

Razak berkata, kes diklasifikasikan sebagai pengabaian kanak-kanak sehingga menyebabkan kematian tang disiasat mengikut Seksyen 31(a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Sementara itu di Kota Bharu Kelantan, Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terkunci dalam kereta Toyota Vios selama lebih setengah jam di Jalan Kampung Cina di sini, hari ini.

Dalam kejadian 6.30 petang itu, kanak-kanak berkenaan berada di bahagian penumpang hadapan, selamat dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Pegawai Bomba Kanan II Che Mazlan Mohd berkata, pihaknya mendapat panggilan kecemasan pada 6.47 petang dan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik sampai, seorang kanak-kanak didapati terkunci dalam kereta dan duduk di bahagian penumpang hadapan kereta.

"Pasukan kita membuka pintu kereta menggunakan peralatan khas yang mengambil masa selama 15 minit," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kanak-kanak itu berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada ibu bapanya.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI