KARAK - Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Kilometer 52.5 Jalan Lentang - Bukit Tinggi sekitar jam 7.04 malam tadi.
Ketua Polis Daerah, Suprintendan Mohamad Mansor Mohd Nor barkata, kesemua laluan terhalang selain trafik sesak dan terhenti di kedua-dua arah.
Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif Kuantan keluar ke persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke persimpangan Genting Sempah.
Mohamad Mansor berkata, pengendali lebuh raya, Anih Berhad telah menghantar jentolak untuk membersihkan lokasi kejadian.
"Kedua-dua arah jalan ditutup kepada semua kenderaan.
"Kejadian berkenaan dilaporkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan harta benda," katanya.
Selain itu pihak Bomba dan Penyelamat Bentong juga memaklumkan turut berlaku satu lagi kejadian tanah runtuh di jalan lama Bentong - Kuala Lumpur.
Sementara itu, Twitter Lembaga Lebuh Raya Malaysia melaporkan pengguna dari Kuala Lumpur juga boleh membuat u-turn di KM29.3 manakala dari Kuantan keluar ke Karak dan melalui jalan Bahau.
"Makluman info dari IPD Bentong laluan FR68 tidak boleh dilalui, pengguna dinasihati untuk tangguhkan perjalanan anda," katanya.
UPDATE!!
Empat kenderaan yang tertimbus di kawasan banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) pada petang Rabu telah berjaya dikeluarkan.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, PPJB Morni Mamat ketika memaklumkan perkara itu pada Rabu turut berkata lapan penumpang yang pada awalnya terperangkap dalam kenderaan terbabit juga berjaya diselamatkan.
Tiada sebarang kematian dilaporkan setakat ini katanya.
Banjir lumpur yang berlaku sekitar pukul 7 malam di KM52.4 lebuhraya itu turut menyebabkan kesesakan teruk di lebuhraya itu yang ditutup dari kedua-dua hala.
Sementara itu Morni memaklumkan beliau sendiri terperangkap ketika sedang menuju ke tempat kejadian berikutan ada pengguna yang menggunakan laluan kecemasan.
Tambahnya lagi, pihaknya turut meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat dari Selangor dan Kuala Lumpur untuk memantau keadaan dan trafik sepanjang kerja-kerja pembersihan.

0 comments:
Catat Ulasan