Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

23 Mac 2017

SITUASI PANIK SERANGAN PENGGANAS KETIKA PARLIMEN BRITAIN SEDANG BERSIDANG


Seorang penyerang dilaporkan telah ditembak mati di luar bangunan Parlimen oleh anggota polis bersenjata menurut jurucakap Dewan Rakyat Britain pada Rabu selepas beberapa tembakan kuat kedengaran yang mengakibatkan sekurang-kurangnya sedozen orang awam di jambatan berdekatan.

Penyerang didakwa ditembak oleh polis bersenjata dan ambulans kini sudah berada di lokasi kejadian untuk menyelamatkan orang awam yang tercedera.

Perdana Menteri Britain, Theresa May yang sedang bersidang di bangunan Parlimen dilaporkan berada dalam keadaan selamat. 

Tiada rakyat Malaysia dilaporkan cedera dan terjejas dalam insiden serangan di luar bangunan Parlimen Britain yang mengakibatkan kira-kira 10 cedera termasuk anggota polis.

Jurucakap Wisma Putra memberitahu Bernama pihaknya akan terus memantau situasi berkenaan dan memaklumkan segala perkembangan terkini jika ada.

Media asing melaporkan, seorang anggota polis ditikam, penyerang ditembak dan beberapa orang awam cedera dalam insiden yang dilabel sebagai serangan pengganas.

Perdana Menteri Britain Theresa May yang sedang bersidang di bangunan Parlimen tersebut, dilaporkan selamat.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI