Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

24 Mac 2017

HENTAK KEPALA DEKAT MONITOR KOMPUTER SELEPAS KALAH MAIN GAME


Gara-gara kecewa kerana tewas dalam permainan video dalam talian, seorang pemuda bertindak menghentak kepalanya di skrin komputer hingga menyebabkan kepalanya tersangkut pada alatan berkenaan.

Pemuda berkenaan dilaporkan bermain permainan League of Legends bersama beberapa rakannya di sebuah kafe Internet baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia dan rakan-rakannya sering tewas menyebabkan kedudukan pasukannya dalam permainan dalam talian itu jatuh.

Kerana terlalu kecewa dengan prestasi rakan sepasukannya, pemuda itu secara tiba-tiba menghantuk kepalanya pada skrin komputer menyebabkan alatan itu berlubang.

Tindakan pemuda itu menyebabkan rakan-rakannya dan petugas di kafe Internet berkenaan terkejut.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI