Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KECEWA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KECEWA. Papar semua catatan

24 Mac 2017

HENTAK KEPALA DEKAT MONITOR KOMPUTER SELEPAS KALAH MAIN GAME


Gara-gara kecewa kerana tewas dalam permainan video dalam talian, seorang pemuda bertindak menghentak kepalanya di skrin komputer hingga menyebabkan kepalanya tersangkut pada alatan berkenaan.

Pemuda berkenaan dilaporkan bermain permainan League of Legends bersama beberapa rakannya di sebuah kafe Internet baru-baru ini.

Bagaimanapun, dia dan rakan-rakannya sering tewas menyebabkan kedudukan pasukannya dalam permainan dalam talian itu jatuh.

Kerana terlalu kecewa dengan prestasi rakan sepasukannya, pemuda itu secara tiba-tiba menghantuk kepalanya pada skrin komputer menyebabkan alatan itu berlubang.

Tindakan pemuda itu menyebabkan rakan-rakannya dan petugas di kafe Internet berkenaan terkejut.
Share:

5 Ogos 2016

BERDENTUM JATUH DARI LANGIT!


Seorang lelaki yang baru berpisah dengan isteri maut selepas dipercayai terjun dari tingkat empat bangunan Terminal One, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7.18 petang itu, tukang masak berusia 40 tahun itu ditemui terbaring atas jalan oleh orang awam lalu menghubungi ambulans.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki terbabit mengalami kecederaan parah segera dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Susulan itu, polis menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca kejadian. Berdasarkan maklumat daripada bapa lelaki terbabit, anaknya baru berpisah dengan isteri dan mempunyai dua anak. Namun, mereka tidak mengetahui punca kejadian kerana anaknya seorang yang pendiam.

"Malah, pemeriksaan di lokasi kejadian juga tidak menemui sebarang senjata dan barang peribadi miliknya. Kita percaya kejadian itu tiada unsur jenayah," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, siasatan masih diteruskan sementara menunggu laporan bedah siasat, hari ini.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI