SKUDAI: Satu rakaman menunjukkan aksi berbahaya pemandu kenderaan yang didakwa mabuk sebelum melanggar seorang pejalan kaki dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam sebuah bas sebelum ditularkan ke media sosial sejak semalam.
Kejadian itu terkandung dalam rakaman CCTV berdurasi pendek dikongsikan pemilik akaun Facebook (FB) yang didakwa berlaku di hadapan pusat beli-belah di Jalan Dato Sulaiman, di sini, pagi kelmarin.
Status dikongsikan lelaki berkenaan memberikan catatan ringkas berbunyi “minta viral kan..baru jadi pagi tadi. Depan Holiday Plaza..kereta kelisa langgar pejalan kaki..pemandu kereta mabok baru balik pub” sebelum dikongsi bersama empat rakaman CCTV di dalam bas dan luar bas.
Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Bahru Selatan (JBS) Superintendan M Kumar mengesahkan tiada laporan diterima membabitkan mangsa, pemandu kenderaan serta orang awam berkaitan kemalangan itu.
0 comments:
Catat Ulasan