Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

31 Disember 2016

JAMBATAN TERTINGGI DI DUNIA ATAS GUNUNG YUNNAN SUDAH MULA BEROPERASI


CHINA : Jambatan tertinggi di dunia telah dibuka kepada lalu lintas di China yang menghubungkan dua wilayah barat daya pergunungan dekat Yunnan.

Jambatan Beipanjiang setinggi 565 meter dibina di atas sungai yang menghubungkan dua wilayah pergunungan Yunnan dan Guizho telah mengurangkan waktu perjalanan sehingga 75 peratus.

Jambatan ini berjaya mengalahkan Jambatan Sungai Si Du di wilayah Hubei - Sumber gambar AFP

Menurut pemandu lori yang ditemui, masa perjalanan antara Xuanwei di Yunnan ke Shuicheng di Guizho telah dikurangkan dari empat jam kepada hanya sejam masa perjalanan.

“Ia sangat menjimatkan masa dan memudahkan urusan seharian,” kata Duan ketika ditemui agensi berita Xinhua.

Laporan Guizho Daily melaporkan kos membina jambatan tersebut dianggarkan sekitar 1 billion yuan (RM604 juta).
Ia menjadi jambatan tertinggi di dunia selepas menewaskan Jambatan Sungai Si Du di wilayah Hubei.

Biarpun banyak jambatan tertinggi di dunia berada di China - yang diukur dari segi ketinggin struktur bukan jarak ke tanah, tetapi jambatan tertinggi kekal miik Jambatan Millau di Perancis pada ketinggian 343 meter dari tanah.
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI