Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label KELAB MALAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KELAB MALAM. Papar semua catatan

31 Disember 2016

VIRAL RAKAMAN PEMANDU MABUK LANGGAR PEJALAN KAKI DI JOHOR BHARU


SKUDAI: Satu rakaman menunjukkan aksi berbahaya pemandu kenderaan yang didakwa mabuk sebelum melanggar seorang pejalan kaki dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang dalam sebuah bas sebelum ditularkan ke media sosial sejak semalam.

Kejadian itu terkandung dalam rakaman CCTV berdurasi pendek dikongsikan pemilik akaun Facebook (FB) yang didakwa berlaku di hadapan pusat beli-belah di Jalan Dato Sulaiman, di sini, pagi kelmarin.

Status dikongsikan lelaki berkenaan memberikan catatan ringkas berbunyi “minta viral kan..baru jadi pagi tadi. Depan Holiday Plaza..kereta kelisa langgar pejalan kaki..pemandu kereta mabok baru balik pub” sebelum dikongsi bersama empat rakaman CCTV di dalam bas dan luar bas.

Timbalan Ketua Polis Daerah II Johor Bahru Selatan (JBS) Superintendan M Kumar mengesahkan tiada laporan diterima membabitkan mangsa, pemandu kenderaan serta orang awam berkaitan kemalangan itu.
Share:

22 September 2016

MAK PERGI CLUBBING, ANAK MENANGIS DALAM KERETA


Seorang wanita bakal didakwa kerana mengurung anaknya di dalam kereta sementara beliau pergi berhibur di kelab malam.

Menurut laporan Dailymail, beberapa orang awam menemui anak wanita berumur 25 tahun tersebut menjerit-jerit dan menangis dalam sebuah kereta.

Orang awam kemudian cuba mencari pemilik kenderaan di kawasan sekitar namun gagal, lalu menelefon polis.

Polis yang tiba tidak lama kemudian pula memanggil mekanik untuk membuka kereta berkenaan yang terkunci dari dalam.

Ibu kanak-kanak tersebut kemudian tiba dan memberitahu polis beliau pergi ke kelab malam bersama rakan sepejabat.

Polis Schaffhausen memberitahu beliau boleh didakwa atas tuduhan cuai dalam tanggungjawab menjaga anak. Polis masih menyiasat kejadian tersebut.
Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI