Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

22 November 2016

IKUTI PENGEMBARAAN BARU BOBOIBOY GALAXY


SUPERHERO kegemaran ramai, Boboiboy kini kembali dengan aksi lebih hebat dalam musim terbaharunya yang bakal disiarkan di TV3 bermula 25 November ini, jam 5 petang.

Siri animasi popular terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) ini kesinambungan daripada Boboiboy musim pertama yang diperkenalkan TV3 pada 2011.

Kali ini, Boboiboy musim baharu yang juga dikenali sebagai Boboiboy Galaxy tampil dengan pengembaraan unik.

Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata, Boboiboy Galaxy akan menyaksikan imej baharu karakter Boboiboy yang lebih besar dan menarik.

“Watak dalam Boboiboy masih dikekalkan, cuma imej mereka dibesarkan untuk disesuaikan dengan fizikal kanak-kanak bagi pasaran luar.

“Bagaimanapun dari segi jalan cerita, ia masih dalam ruang lingkup dunia kanak-kanak yang penuh dengan warna-warni.

“Memandangkan animasi ini mempunyai pengaruh cukup besar di kalangan kanak-kanak, kami menitik-beratkan segala aspek yang ditampilkan dalam siri ini terutama kandungan skripnya,” tegasnya.

Meskipun mengambil masa lima tahun untuk kembali dengan musim terbaharu, Boboiboy Galaxy dijangka dapat sambutan hangat penonton cilik.

Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI