Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

Memaparkan catatan dengan label BOBOIBOY THE MOVIE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BOBOIBOY THE MOVIE. Papar semua catatan

22 November 2016

IKUTI PENGEMBARAAN BARU BOBOIBOY GALAXY


SUPERHERO kegemaran ramai, Boboiboy kini kembali dengan aksi lebih hebat dalam musim terbaharunya yang bakal disiarkan di TV3 bermula 25 November ini, jam 5 petang.

Siri animasi popular terbitan Animonsta Studios Sdn Bhd (Monsta) ini kesinambungan daripada Boboiboy musim pertama yang diperkenalkan TV3 pada 2011.

Kali ini, Boboiboy musim baharu yang juga dikenali sebagai Boboiboy Galaxy tampil dengan pengembaraan unik.

Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata, Boboiboy Galaxy akan menyaksikan imej baharu karakter Boboiboy yang lebih besar dan menarik.

“Watak dalam Boboiboy masih dikekalkan, cuma imej mereka dibesarkan untuk disesuaikan dengan fizikal kanak-kanak bagi pasaran luar.

“Bagaimanapun dari segi jalan cerita, ia masih dalam ruang lingkup dunia kanak-kanak yang penuh dengan warna-warni.

“Memandangkan animasi ini mempunyai pengaruh cukup besar di kalangan kanak-kanak, kami menitik-beratkan segala aspek yang ditampilkan dalam siri ini terutama kandungan skripnya,” tegasnya.

Meskipun mengambil masa lima tahun untuk kembali dengan musim terbaharu, Boboiboy Galaxy dijangka dapat sambutan hangat penonton cilik.

Share:

8 Mac 2016

FENOMENA ANIMASI BOBOIBOY THE MOVIE GEGAR PANGGUNG!


Penangan Boboiboy The Movie yang mula ditayangkan pada 3 Mac lalu menyaksikan ada ibu bapa mengambil cuti bekerja untuk membawa anak mereka menonton filem animasi itu.

Tinjauan para wartawan di GSC Mid Valley semalam mendapati ada ibu bapa membawa anak masing-masing mula berbaris di kaunter bermula 8 malam bagi membeli tiket untuk menonton filem berkenaan yang ditayangkan pada 10.00 malam.

Kakitangan swasta, Abu Hurairah Ruslan, 31, berkata, dia tidak melepaskan peluang untuk membawa anaknya berusia dua tahun menyaksikan filem animasi itu.

"Saya memang mengambil cuti kerja untuk membawa anak saya memandangkan dia memang gemar menonton filem itu sudah mula ditayangkan.

"Ini cara saya untuk memenuhi permintaan anak yang sebelum ini kerap bertanyakan masa untuk menonton filem ini. Saya lihat jualan tiket laris dan tempat duduk sangat terhad sama ada di bahagian hadapan atau tayangan tengah malam di beberapa pawagam di ibu negara.

“Jadi saya ambil cuti untuk bawa anak menonton filem animasi itu," katanya.

Seorang lagi penonton, Firdaus Mohd Norazman, 29, berkata dia cukup teruja untuk menyaksikan watak animasi yang menjadi kegemarannya itu.

“Saya sudah terlepas untuk menonton tiket wayang di pawagam berhampiran kediaman saya di Rawang pada Sabtu lalu. Kebetulan hari ini saya cuti bekerja, jadi saya ambil peluang yang ada untuk ke Mid Valley bagi menonton filem ini.

"Saya lihat kutipan filem ini sangat menakjubkan dan pastinya filem ini hebat berikutan mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

"Filem ini juga sesuai untuk tontonan semua peringkat umur," katanya.

Sementara itu, kakitangan swasta, Syafiqa Mustafa, 25, berkata, filem animasi itu mempunyai jalan cerita yang menarik.

"Saya teruja untuk menontonnya sejak ia ditayangkan dan hari ini saya baru berpeluang ke pawagam berhampiran kerana cuti.

“Semua orang kena tengok kena tengok filem ini kerana ia mendapat sambutan yang luar biasa," katanya.

Selepas empat hari tayangan, filem animasi itu mencatat kutipan RM3.2 juta. Ia akan ditayangkan di Indonesia bermula 13 April ini dan rangka promosi giat dijalankan di negara itu.

Share:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI