Blog Yang Memaparkan Isu Isu Semasa Yang Tular (Viral)

16 September 2016

MAT TERAJANG KENA PENJARA TIGA BULAN!


Seorang kerani di Kementerian Pertahanan yang mencetuskan kemarahan orang ramai apabila menendang seorang wanita dua bulan lalu, mengaku bersalah bagi kesalahan sama di sini, hari ini.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman penjara tiga bulan terhadap Marmi Zabrin Mian, 33, kerana menendang belakang Shakira Mohd Khalid, 28, setiausaha di Bukit Aman, tanpa sebab.

Lelaki itu dalam kejadian sebelum ini, menendang kakitangan Bank Negara di laluan pejalan kaki berdekatan bangunan bank pusat itu. Perbuatannya dirakam kamera litar tertutup dan rakaman itu menjadi viral, mencetuskan kemarahan orang ramai.

Marmi melakukan perbuatan terbaru itu di terowong pejalan kaki dari Jalan Cenderasari ke Dayabumi di sini, pada 5.30 petang Selasa lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Ketika merayu hukuman ringan, Marmi, yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah mengurangkan hukumannya kerana dirinya "penjawat awam".

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar menggesa mahkamah mengenakan hukuman penjara kerana tertuduh sekali lagi melakukan kesalahan sama dan "kamu tidak boleh menendang orang sesuka hati tanpa sebab".
Share:

0 comments:

Page Views

Viral Vision Media Co.. Dikuasakan oleh Blogger.
Propellerads

FEMES BLOG

KISAH SERAM !

TONTON INI